Archive for June, 2011

Homework lagi!!

Hari ini dah hari Khamis pun…hari terakhir persekolahan…dan hari ini Aina dan Alya  boleh bermain lebih awal dari hari-hari biasa persekolahan…. tetapi masih perlu menyiapkan homework  mereka terlebih dahulu..!!

Jika ada homework pada hari Khamis, kadang-kadang Aina dan Alya akan melakukan rundingan dengan saya….samada mereka boleh menghabiskan separuh daripada homework pada hari Jumaat (dan Alhamdulillah setakat ini mereka berpegang pada janji)….saya akan kata ‘OK’ jika kerja rumah memang banyak (dan tidak mungkin habis sehingga waktu riadah) atau nampak mereka benar-benar letih….dan ‘No’ jika mereka sebenarnya hanya mahu bertangguh….dan saya akan beritahu sebabnya…

Oleh kerana hampir setiap 2-3 minggu sekali kami akan ke KL saya juga perlu memastikan homework mereka siap sepenuhnya sebelum pergi….

Pernah juga Aina dan Alya mempunyai homework yang banyak dan tidak dapat dihabiskan sebelum kami ke KL, jadi baki homework disiapkan semasa rawatan akupuntur Aiman dijalankan….jika tidak mereka pasti susah untuk membuat baki homework bila balik dari KL kerana kepenatan…menghabiskan homework anak-anak (dan terpaksa bersusah-payah meniru tulisan comel mereka) hanya kerana kasihan pada mereka bukan cara kami dan tidak sama sekali….saya juga berharap kawan-kawan di luar sana juga  sama seperti kami…

Saya dan suami akan membimbing dalam homework anak-anak terutama Alya yang masih perlukan sokongan dan Aina jika dia tidak memahami sesuatu berkenaan homeworknya.

Melalui homework, saya melihat prestasi anak-anak….dan bersama suami mengambil tindakan susulan…harap2 anda juga begitu!!

Israk Mikraj 2 – Perjalanan Rasullullah S.A.W

27hb Rejab 1432-Bersama mengingati peristiwa besar Israk Mikraj….

Kemudian di langit yang ketujuh, Muhammad melihat Baitul Makmur, Kaabah bagi penduduk langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan Baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi. Di situ Muhammad melihat ada seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan-akan rupa beliau.

Muhammad bertanya, “Wahai Jibril, siapa ini?”

Jibril berkata, “Itulah bapa kamu, Ibrahim.”

Pada setiap langit, beliau disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat. Sampai di penghujung langit yang ketujuh, Muhammad melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat kali pertama semasa Muhammad berlari pulang ke rumah dari Gua Hira’. Ini kali kedua Muhammad melihat Jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratul Muntaha. ……………

Kemudian beliau sampai ke suatu tempat dan Jibril meminta Muhammad ke depan. Jibril berkata, “Kalau aku ke depan selangkah aku akan terbakar”.

Akhirnya, beliau sampai di Sidratul Muntaha. Di tempat yang sangat luar biasa ini, dalam pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan sembahyang kepada Muhammad dan umat beliau. Semua undang-undang Islam Allah perintahkan melalui Jibril, tetapi perintah sembahyang diterima sendiri oleh Muhammad terus daripada Allah. Ini menunjukkan betapa besarnya sembahyang di sisi Allah. Sembahyang menjadi tiang agama ini.   (Petikan dari ‘Biografi Muhammad Bin Abdullah-Perjalanan Seorang Nabi’)

Israk Mikraj 1 – Perjalanan Rasullullah S.A.W

27hb Rejab 1432-Bersama mengingati peristiwa besar Israk Mikraj….

Pada suatu malam, Jibril datang kepada Muhammad Bin Abdullah yang sedang tidur di Kaabah. Seperti yang sama-sama kita ketahui, Jibril membawa Muhammad naik Buraq iaitu kenderaan dari syurga, dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.

Di Masjid al-Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghidupkan para rasul dan para nabi untuk bertemu Muhammad di Masjid al-Aqsa. Ulama menyebut jumlah para rasul 315 orang dan jumlah para nabi 24,000 orang.

Allah mengumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu Muhammad. Tidak ada tempat di dunia ini yang mana semua rasul dan nabi-nabi berkumpul di situ melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, “Semua rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah”.

Bagaimana kita hendak bayangkan Muhammad mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi. Persidangan para rasul dan nabi. Inilah kemuliaan Muhammad. Sembahyang dan persidangan yang tidak berulang lagi buat kali kedua kedua di bumi ini.   (Petikan dari ‘Biografi Muhammad Bin Abdullah-Perjalanan Seorang Nabi’)

Kisah Putera Puteri…

Saya memang dah lama menghidap migrain…pelbagai usaha juga sudah dilakukan tetapi migrain saya masih belum hilang….setengah orang berpendapat mungkin saya stress….mungkin dulu, kini stress saya di tahap minima…cuma baru sekarang saya sedar bila saya kurang minum air masak..saya akan terkena migrain…lama jugak tak kena selepas membuat rawatan di The Tole…Master Yen beritahu, saya kena berpantang masakan pedas, ais dan kopi….tapi yang masakan pedas tu la paling tak boleh….rasa sempit dunia ni kalau makan yang tak pedas…..

Maka alkisahnya, semalam 3 putera puteri yang hebat ditugaskan membantu merawat permaisuri yang gering…puteri sulung, Si Aina memang dah terror…tugasnya memicit dari atas kening ke kepala….puteri tengah, si Alya, sukarela nak melakukan urutan spa di kaki dan tangan bondanya (yang kemudiannya meminta alasan perlu berehat, kerana nak pengsan..) dan putera bongsu juga dah tahu tugas rasminya, menarik rambut bondanya..sampai rasa nak tercabut rambut!!

Sebagai ganjarannya, puteri sulung dibenarkan tengok cerita favourite-Chriss Angel (pasal silap mata) sambil melakukan rawatan …

Memandangkan puteri tengah nak pengsan, saya meminta dia membaca Sirah Nabi, dan dia membaca kisah Nabi Ayob dengan sihatnya….dan kemudiannya membuat aktiviti di majalah Aulad (dan masih tak pengsan lagi rupanya)….putera bongsu, malam kelmarin diberi makan ubat dan terapi al-Quran oleh ayahandanya…

Begitulah kisah ‘Kisah Putera Puteri’ yang diriwayatkan semalam…

Love & Suprise….

Semasa TV sulung saya rosak tempoh hari ialah semasa episod akhir Nora Elena disiarkan di TV3…walaupun kecewa jugak sebab tak dapat menontonnya, akhirnya ia hilang begitu sahaja dek kesibukan seharian mengurus rumah tangga…Tahu akan kekecewaan saya,diam-diam rupanya suami meng’copy’ episod akhir Nora Elena…dan pada Sabtu lepas saya dapat menontonnya bersama-sama suami dan anak-anak…..Thank you dear!!

Bercakap soal suprise ni, dulu saya selalu bertanyakan padanya mengapa tiada sejambak bunga sebagai kejutan untuk saya….kata suami dia lebih suka membawa saya keluar makan daripada membeli bunga…geram + lucu pun ada, geram kerana waktu tu saya memang impikan sejambak bunga ros terutamanya sebagai kejutan dan lucu, mungkin kerana saya memang suka makan, jadi suami memilih makan yang mengenyangkan daripada sejambak bunga…

Namun suami pernah sekali menghadiahkan bunga iaitu semasa konvokesyen 12 tahun yang lalu…dia meminta kawannya menghantar sejambak bunga yang cukup besar dan cukup suprise….kerana ketika itu suami masih di Jepun…

Dan saya akhirnya menerima, bahawa kejutan sejambak bunga ros untuk saya bukanlah cara suami menunjukkan kasih sayangnya, tetapi melalui tanggungjawabnya kepada saya dan anak-anak ……….serta pemberian suami kepada saya….sekuntum bunga Cempaka or Harum Malam segar yang suami tanam sendiri di halaman rumah…dan itulah yang lebih bermakna sebenarnya…!!

Aiman..”Ma,nak..”

Sejak minggu lepas, kami especially kakak2 Aiman perasan Aiman dah mendapat satu perkataan baru..”Nak”…bila meminta sesuatu…perkataan ke-3 selepas Ma dan Abah…Alhamdulillah, rasa gembira dan sejuk telinga bila mendengar Aiman bercakap ‘Ma..nak!!’…sambil menuding jari…

Kakak2nya juga ada memberitahu sesekali Aiman boleh mengikut mereka bercakap seperti bila Aina menyebut Ga..jah..Aiman membunyikannya sama tapi cuma sekali….

Sekarang bila Aiman memegang buku pun Aiman akan ‘membaca’ dengan kuat…dan meminta saya mendengarnya…

Saya dan suami kini sedang berusaha membuat appointment dengan Speech Therapist di area berdekatan rumah kami untuk Aiman…Doa saya panjatkan kepada Allah S.W.T setiap hari agar Aiman boleh bertutur dan petah bertutur!!

“No limits for Aiman Si Hebat CP “…

 

Wajib Baca!! Al-Quran Tajwid Dan Terjemahan

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a: Aku mendengar  Rasululullah S.A.W  bersabda ” Bacalah selalu Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti untuk memberi syafaat kepada para pembacanya”.

&

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.” (Abu Daud & Ahmad)

Qur’an Tajwid Dan Terjemah yang saya miliki:

Terbitan : Pustaka Maghfirah

Harga : RM  125.00

ISBN 979-1026-81-5

Marilah kita bersama membaca Al-Quran setiap hari, memahaminya dan mengamalkannya….Insya-Allah semoga kita sentiasa akan dilimpahi kebaikan di dunia dan akhirat…

Kad O.K.U dan Redha….

Apabila saya memberitahu nenek Aiman iaitu ibu saya bahawa doktor mencadangkan saya dan suami mendaftarkan Aiman sebagai anak O.K.U di mana Aiman boleh menerima hak yang sewajarnya…ternyata neneknya menjadi begitu sedih….tapi saya katakan padanya sebelum Aiman bersekolah nanti, pihak berwajib akan menilainya semula…dan jika pada masa itu Aiman sudah boleh berjalan,bertutur dan penilaian yang lainnya bagus, taraf O.K.Unya akan ditarik balik…

Jika nenek Aiman begitu sedih hatinya, apatah lagi kami….tapi kami menerimanya secara positif, amat positif sebenarnya…..kami redha…tetapi ia tidak berakhir di situ sebenarnya…

Kerana redha bagi kami, bermakna kita menerima ujian atau pemberian Allah S.W.T dengan hati terbuka…bersyukur tetapi dalam masa yang sama berusaha bukan berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang usaha….

Dan pada mereka yang mungkin memiliki anak istimewa seperti kami….kita terpilih dari jutaan manusia untuk menerima pemberian istimewa daripada Allah S.W.T…kita dipilih untuk diuji kesabaran dan keimanan pada pemberianNya…

Dan sebagai tanda redha, sewajarnya kita memelihara pemberianNya sebaik mungkin, lebih beramal dan lebih bersedekah…dan Insya-Allah pasti ganjarannya lebih hebat apabila kita TERIMA, REDHA DAN BERUSAHA!!

Dan Aiman sejak tahun lepas sudah pun memiliki kad pendaftaran O.K.Unya sendiri…

Dari 24 ke No 2..

Pagi tadi bersama jiran dan Aiman Si Hebat CP saya ke sekolah Aina untuk mengambil kad kemajuan….Alhamdulillah, Aina mendapat tempat ke-2 dalam kelas…daripada 46 murid…rasa syukur dan gembiranya kami  bila Aina akhirnya berjaya menjadi Top 2 dalam kelas…

Saingan di kelas pertama memang sengit sedari dulu……waktu di darjah 1, saya sedih dan terkejut bila Aina menunjukkan kad kemajuannya..dia mendapat tempat ke-24 daripada 43 murid…tapi suami cepat meminta saya melihat pada % keseluruhan..dia mendapat 91.4%….saya andaikan murid di tempat pertama pasti %nya mendekati 100%…dan selepas itu saya lebih suka memerhatikan %nya daripada kedudukan dalam kelas (walaupun saya amat berharap Aina akan mendapat kedudukan yang lebih baik)…

Pernah satu hari Aina balik dari sekolah menangis teresak-esak (Aina lembut hatinya) kerana diejek rakan baiknya bila mendapat markah rendah dari rakannya semasa ujian bulanan…saya memujuknya, memberi semangat dan kami mengambilnya sebagai cabaran…

…dan saya mencari sebabnya…sebelum ini Aina cuma melakukan latihan latih tubi 2 minggu sebelum peperiksaannya bermula…dan saya bersalah bila meminta Aina melakukan latih tubi dalam keadaan tergesa-gesa..dan meminta dia belajar dan belajar tanpa mengetahui kelemahan dan kekuatannya…hanya kerana saya seorang ‘workholic’ ketika itu…dan saya amat berharap anda semua tidak mengulangi kesilapan ini…walaupun sesibuk manapun!!

….Saya adalah root causenya dan saya berusaha memperbetulkan kesilapan saya…saya ingin Aina menjadi anak yang bijak untuk keyakinannya, dan masa depannya…saya sediakan jadual harian dan latih tubi menjadi perkara wajib dilakukan setiap hari…melainkan bila homeworknya banyak hingga ke malam, latih tubi dikecualikan…melalui prestasi latih tubinya dan pemantauan buku latihannya, saya melihat kekuatan dan kelemahannya..dan bersama suami memberi tunjuk ajar kembali kepada Aina hingga dia betul2 faham konsepnya….

Petang tadi buku ‘Puteri Kemilau Cahaya’ menjadi milik Aina, hadiah atas kejayaannya…dan saya & suami belikan majalah Aulad terbaru untuk Alya untuk menjaga hatinya…(Alya memang menanti-nanti exam di tadikanya, yang kesiannya JPN Kedah mengeluarkan arahan tiada mid-term exam untuk pelajar tadika!!)…

DIY-Rumput oh Rumput (Part 1)

Projek pertama kami sebelum berpindah ke rumah sendiri lebih 5 tahun lepas ialah projek menanam rumput….dengan bajet terhad, kami mengambil keputusan menanam rumput sendiri di halaman rumah…Suami begitu teliti membuat pengukuran & pengiraan luas tanah dan kepingan rumput yang perlu kami beli…dan pengiraan bilangan potongan rumput dan jarak menanam dari rumput ke rumput !!

Waktu tu bulan Ramadhan…dan cuaca memang panas terik…tapi oleh kerana semangat dan motivasi yang sangat tinggi untuk asas landskap di rumah sendiri, kami gagahi jua……

Ketika itu saya sedang sarat mengandungkan Alya…memang syahdu rasanya kalau diingat kembali waktu tu…terbongkok-bongkok suami isteri dengan topi ala uncle tanam sayur…habis saja stok rumput, saya dan suami bergilir memotong kepingan rumput menjadi bahagian2 kecil….lebih daripada 100 potongan kecil…macam potong puding pun ada jugak rasanya..dan Aina waktu tu masih kecil..sampai tertidur menunggu kami….memandangkan kami berdua bekerja, projek cuma boleh dilakukan ketika hujung minggu dan mengambil masa 3 minggu untuk menyiapkannya…memang mencabar tapi Alhamdulillah, mission accomplished..

 Akhirnya, dengan modal kurang daripada RM 400, kami berjaya mengakhiri projek tanam rumput ini….dan kurang dari setahun selepas itu, rumput kami telah menutupi keseluruhan halaman rumah….melihat rumput yang menghijau, terbit rasa syukur dan puas melihat hasil penat lelah kami dulu…malah ia bukan sahaja menjadi kegemaran tapi menjadi motivasi kepada jiran-jiran untuk mendapat hasil yang sama…..

Sekiranya kami mengupah pihak tertentu, pasti kos akan meningkat 5 kali ganda…dan jika suami tidak merancang untuk melakukan potongan kecil rumput yang ditanam mengikut jarak tertentu mungkin kos rumput akan meningkat lebih RM 1,000….

Jadi untuk Bab 4-Berbelanja Dengan Bijak (Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah) kami telah berjaya menyahut cabaran Zaid Mohamad untuk D.I.Y…dan ia memerlukan komitmen dan sedikit homework untuk memastikan ia boleh berjaya!! Let’s do it…