Archive for the ‘Jom Baca!’ Category

Pelancaran Buku 3 Serangkai

Alhamdulillah, kisah perjalanan warna-warni kehidupan Aiman Si Hebat CP telah dibukukan dan bakal dilancarkan pada 18 April 2015 ini. 

Jemputan untuk semua pembaca di blog Timang Tinggi-tinggi. InsyaAllah, kami sekeluarga akan berada di sana.

Nantikan kemunculan buku “Lihat Langit Tinggi – Menggapai Impian Aiman”!!

En Hasan

Mudahnya Menjemput Rezeki..

Baru-baru ini ke Landmark Book Store lagi…Semasa suami sedang beratur menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter, suami disapa oleh seseorang…”Bagus buku ni..”, sambil menunjuk sebuah buku berwarna putih kepada suami. Suami memberi isyarat kepada saya untuk kepastian…dan terus saya memaklumkan kepada suami…”Ya, kita sudah ada”…dan dalam hati saya menyambung…”Memang bagus buku itu…”

Buku ini yang saya maksudkan…

buku1

Terbitan : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM  18.00 (Sem. Malaysia), RM 20.00 (Sabah/Sarawak)

ISBN 978-983-097-365-4

Penulis : Fathuri Salehuddin

Fakta : Telah diulang cetak sebanyak 5 kali.

 

Ia tentang jalan mudah menjemput rezeki dan bukan mengejarnya..!! Rezeki bukan $$$ semata…Kebaikan yang datang dari Allah, dilimpahkan kepada kita, itu rezeki….Anak yang soleh, suami atau isteri yang sudi bersusah payah bersama, ilmu yang dipelajari, mata yang masih boleh memandang, kaki yang masih boleh melangkah…itu semua rezeki….Ujian berat dari Allah, kami sepakat mengatakan ia masih rezeki, kerana jika kita sabar, jalan2 untuk penyelesaiannya itu rezeki, di hujungnya ada hikmah yang tersembunyi..dan hikmah itu juga rezeki….

Saya kagum dengan penulis yang berjaya membawa kita sebagai pembaca menilai kembali amalan2 kita dalam usaha mencari keredhaan Allah sekaligus memudahkan menjemput rezeki.

Di suatu petang, ketika saya sudah menyelesaikan bacaan di helaian terakhir buku ini, saya mengajak suami untuk melihat kembali segala amalan selama Allah meminjamkan nyawa…Ia momen yang manis, di mana Allah membuka pintu hati kami untuk kebaikan dunia akhirat…dan kami bertekad untuk istiqamah….

Kembali kepada lelaki itu….Dari seorang pelanggan ke seorang pelanggan, dia menunjukkan buku kecil itu….Pertama kali melihat lelaki ini..Mungkin dia tuan punya kedai..yang pasti merangkap perantara dari Allah selain daripada penulis buku itu sendiri…untuk menunjuk jalan, MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI…!!

Quranic Law of Attraction

“Serlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran.”

(Rusdin S. Rauf)

 

Terbitan : PTS Millenia Sdn Bhd

Harga : RM  13.90

ISBN 978-983-3603-72-5

Penulis : Rusdin S. Rauf

Fakta : Telah diulang cetak sebanyak 8 kali.

What to Do about Your Brain-injured Child : Or Your Brain-damaged, Mentally Retarded, Mentally Deficient, Cerebral-Palsied, Epileptic, Autistic, Athetoid, Hyperactive,Attention Deficit Disordered, Developmentally Delayed, Down’s Child

Buku tulisan Glenn Doman ini membuka lembaran baru kepada mereka yang dikategorikan sebagai ‘Brain-Injured’ mampu untuk pulih dan menjalani hidup seperti mereka yang normal. Buku yang cukup memberi inspirasi keapada saya dan suami dalam pemulihan Aiman Si Hebat CP.

Glenn Doman seorang fisioterapi tipikal pada mulanya menemui kehebatan tentang otak manusia selepas bertemu sifunya seorang pakar neuro Profesor Temple Fay yang akhirnya membawa kepada penubuhan organisasi yang tidak berteraskan keuntungan-The Institutes for the Achievement of Human Potential.

Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu Decade of Despair-1940 to 1950, Decade of Discovery-1950 to 1960 dan The Future-1970 to The Present. Buku ini pasti memberi semangat dan inspirasi baru pada mereka yang mempunyai anak2 yang dikategorikan sebagai ‘Brain-injured Child’.

ISBN 9780757001864

Penulis : Glenn Doman

Harga : RM 70.30 (di Kinokuniya Book Store (M) Sdn Bhd, KLCC)

Penerbit : Square One Publishers

Fakta : International Bestseller dan boleh dibeli secara online di Kinokuniya.

Dr. Who?!

Sambil menikmati secangkir kopi panas di petang yang dingin dan damai ini, apakata kita menyelusuri suka duka perjalanan politik, negarawan ulung Tun Mahathir dari kisah beliau mula dilantik menjadi Menteri Pelajaran hingga ke akhir garisan menerajui kerajaan. Buku ini hasil garapan Datuk Lat, kartunis terkenal tanah air yang pastinya amat menghiburkan, informatif dan dalam masa yang sama menyelit unsur2 humor dan sinis..Jom baca!!

Terbitan : Berita Publishing Sdn Bhd

Harga : RM  16.90

ISBN 978-967-969-528-1

Kartunis : Datuk Lat

Fakta : Telah diulang cetak untuk kali ke-8 pada tahun 2009

Children with Cerebral Palsy – A Parents’ Guide

Buku yang menghimpunkan tulisan dari pakar-pakar di bidang masing-masing tentang perihal anak-anak Cerebral Palsy. Buku pertama yang anda WAJIB BELI & BACA ini menyentuh hampir kesemua aspek tentang CP dan amat bermanfaat untuk ibu bapa CP mengenali, memahami dan bertindak untuk anak-anak CP mereka. Topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:

1. What is Cerebral Palsy

2. Adjusting to Your Child’s Disability

3. Medical Concerns and Treatment

4. Daily Care

5. Family Life and Self-Esteem

6. Your Child’s Development

7. Physical Therapy, Occupational Theraphy, and Speech and Languange Theraphy

8. Early Intervention and Special Education

9. Legal Rights and Hurdles

10. Some Lessons Learned about Advocacy

****************

Terbitan : Woodbine House

Harga : RM 70.30 (di Kinokuniya Book Store (M) Sdn Bhd, KLCC)

ISBN-13: 978-0-933149-82-3    

Editor : Elaine Geralis 

Fakta : Edisi kedua dan boleh dibeli secara online di Kinokuniya.

Teaching Motor Skills to Children with Cerebral Palsy and Similar Movement Disorders (A Guide for Parents and Professionals)

Buku ini amat bermanfaat kepada ibu bapa khususnya yang memiliki anak-anak yang mengalami kesukaran dalam gross motor skill mereka. Ia ditulis oleh seorang physical therapist yang bepengalaman luas yang juga mempunyai seorang anak Cerebral Palsy. Penerangan yang diberikan tentang teknik-teknik pemulihan disertakan dengan gambar dan FAQ amat mudah di fahami, boleh dan perlu dilakukan oleh ibu bapa di rumah.

Topik yang dibincangkan termasuklah teknik kawalan kepala, kedudukan yang betul, duduk dan berdiri sendiri, peralihan pergerakan,latihan meregang, memperbaiki kekuatan dan koordinasi otot, latihan keseimbangan dan latihan untuk berjalan.

Bagi saya ia adalah buku panduan yang sangat komprehensif dan WAJIB DIMILIKI oleh semua ibu bapa yang dianugerahkan insan istimewa dalam memperbaiki dan memulihkan gross motor skill anak-anak istimewa mereka!!

Terbitan : Woodbine House

Harga : RM  77.91 (di Kinokuniya Book Store (M) Sdn Bhd, KLCC)

ISBN 978-1-890627-72-0

Penulis : Sieglinde Martin, M.S., P.T.

Fakta : Diterbit pada 2006 dan boleh dibeli secara online di Kinokuniya dan Popular.

 
 
%d bloggers like this: