Umrah pertama..

Sebelum keluar dari bilik hotel, kami berdoa satu famili moga Allah mempermudahkan rukun umrah yang akan kami laksanakan. Lafaz talbiyah diteruskan semasa menaiki van hotel yang sudah sedia menunggu bagi menghantar kami menuruni jalan berbukit di Ajyad.

TalbiyahHati semakin berdebar bila kami mula melangkah kaki menuju Masjidil Haram. Dari jauh ternampak menara Masjidil Haram yang terang bercahaya. Suara suami tiba-tiba menjadi sebak. Ada getaran pada lafaz talbiyahnya. Talbiyah kami tersekat-sekat. Air mata kami laju turun tanpa dipaksa tatkala ia semakin hampir. Ia perasaan yang sukar digambarkan. Perjalanan yang tidak pasti sebelumnya, dan kami kini melangkah semakin hampir menuju Baitullah. Ada rasa syukur yang dalam….Allah menjemput dan menerima kami dalam keadaan kami yang masih serba kekurangan….Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar..!!

Alhamdulillah!!  Kaki memijak dataran. Berhenti seketika di sisi Masjidil Haram, Memandang seluas-luas pandangan Masjidil Haram yang penuh cahaya dan jemaah yang kian ramai. Kami menuju laluan ke Mataf kemudiaannya untuk menunaikan tawaf tujuh pusingan memandangkan Aiman yang berkerusi roda. Kerusi roda tidak dibenarkan di dataran Kaabah. Sampai di Mataf,  melihat Kaabah untuk pertama kali walau dari kejauhan. Allahuakbar, Allahukhbar, Allahukhbar…!!

Keadaan di Mataf agak selesa, tidak padat seperti di dataran. Ini yang terbaik bagi anak-anak. Walaupun cukup teringin untuk melakukan tawaf di dataran Kaabah. Suami berniat untuk Aiman melakukan tawaf sunat. Pusingan tawaf bermula di lampu hijau yang selari dengan kedudukan Hajarul Aswad. Kami melangkah perlahan, sambil mata tidak putus melihat Kaabah. Kaabah yang dulunya hanya dilihat pada foto-foto atau kaca tv, kini tersergam gagah di hadapan mata. Pusingan kedua, Aina berbisik, “Ma, wuduk Aina batal..”. Saya, suami yang menolak Aiman dan Alya menyelesaikan dahulu pusingan kedua sebelum berhenti menemani Aina mencari tempat megambil wuduk. Pertama kali di Masjidil Haram, kami masih belum mengetahui selok belok Masjidil Haram. Yang kami tahu tempat wuduk di luar tapi tidak pasti kedudukannya kerana kami terus ke Mataf ketika tiba. Tidak mahu mengambil masa yang lama, kami mencari sudut sesuai, mengepung Aina untuk dia mengambil wuduk menggunakan air zam-zam. Melihat jam, sudah hampir memasuki jam lima. Kami mengambil keputusan, berehat sebentar dan menunaikan solat subuh terlebih dahulu. Tika azan subuh berkumandang ia saat yang cukup manis. Pertama kali menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram. Usai solat, kami menyambung kembali pusingan tawaf yang masih berbaki.

Alhamdulillah, tujuh pusingan tawaf kami dapat disempurnakan dengan istighfar, zikir  dan selawat seperti yang dicadangkan oleh Ustaz Huzairi dan Ustaz Imran. Tips mereka sebenarnya memudahkan kami mengingati pusingan tawaf dengan yakin. Tangan kiri Alya saya pegang kemas sepanjang pusingan tawaf bagi memastikan bahu kirinya tidak lari dari menghadap Kaabah. Saya dan anak-anak turun dari Mataf, untuk menunaikan solat sunat tawaf. Berehat sambil menikmati sejuknya air zam-zam yang membasahi tekak kami sambil menunggu suami menyelesaikan urusan tawafnya pula sebelum menyambung perjalanan umrah ke Bukit Safa bagi menunaikan Saie.

P1000441

Alhamdulillah, anak-anak diberi kekuatan walau sekadar minum madu dan habbatus sawda semasa di hotel dan dapat menyempurnakan rukun Saie walaupun ada masa kami berhenti untuk berehat dan minum air zam-zam yang banyak terdapat di laluan Saie.  Pesan Ustaz Huzairi, bila kita berniat untuk berhenti sebentar ketika saie bagi tujuan rehat atau minum air zam-zam, sewaktu hendak menyambungnya kembali, undurlah beberapa langkah ke belakang dari tempat kita berhenti tadi kerana ketika itu niat kita sudah berbeza.

P1000439

P1000451

Selesai saie, kami bertahalul dengan hati-hati, bimbang aurat terlihat oleh lelaki asing. Alhamdulillah, selesai rukun umrah kami dan bebas dari larangan dalam ihram. Perut juga sudah mula berbunyi-bunyi…

p/s: Foto-foto di laluan Saie, hanya diambil selepas selesai rukun Saie.

P1000456

8 responses to this post.

  1. Posted by Zuraida on August 19, 2014 at 3:22 pm

    Assalamualaikum Puan, saya bercadang ingin lakukan umrah hujung tahun ni secara diy…Insyaallah…saya ngin bertanya bagaimana puan dapatkan servis transport setibanya di Jeddah…adakah melalui hotel atau kenalan…terima kasih.

    Reply

  2. Posted by Nurul on December 27, 2014 at 6:28 pm

    Assalamualaikum,

    Boleh saya tahu berapa jumlah perbelanjaan puan kesana..per person,utk.berapa hari. Berapa jauh jarak hotel ke masjid?
    Terima kasih.

    Reply

    • Waalaikummusalam Cik Nurul.

      Jumlah pelaburan bersih kami ialah RM 19k++ untuk 2 orang dewasa dan 3 kanak-kanak (11++ tahun, 9++ tahun dan 4++ tahun). Jumlah ini termasuk bayaran untuk urusan visa, tiket penerbangan pergi balik, pengangkutan, hotel, makan minum, pembelian cenderahati dan perkongsian. Jarak hotel ke Masjidil Haram dan jarak hotel ke Masjid Nabawi kurang 10 minit jika berjalan kaki.

      Reply

      • Posted by Nurul Aini Ab. Adi on December 28, 2014 at 3:52 pm

        Terima kasih Puan,

        Kos di atas termasuk ke ja’ranah dan ziarah luar yang lain ke? Puan ada masalah tak dgn teksi yang di sewa dgn mecca taxi tu?Saya ada baca dan di nasihat supaya berhati hati dgn teksi di Mekah dan Madinah.

        Nurul

      • Ya, Cik Nurul termasuk sekali teksi untuk ziarah di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, kami cukup berpuas hati dengan perkhidmatan Mecca Taxi. InsyaAllah, kami akan menggunakan khidmat Tuan Rahman lagi jika ke sana lagi. Untuk ziarah kami mengambil teksi biasa. Pada pendapat saya, di mana pun kita perlu berhati-hati. Kami mengambil teksi rasmi bukan ‘prebet sapu’ yang juga banyak di sana. Seperti biasa, saya pastikan suami sudah duduk di kerusi hadapan teksi sebelum saya dan anak-anak naik dan duduk di belakang.

  3. Posted by Zaidi on June 23, 2015 at 5:55 am

    Assalam.. input yg amat baik puan sekeluarga berikan. Saya amat mengharapkan satu hari nanti saya akan dapat menjadi tetamuNya dgn niat bersama anak-anak 3 org yg kecil. Puan beri inspirasi kerana juga membawa anak. Kos umrah dgn agen tinggi, kene plan tanpa agent. Pertanyaan:
    1. Ada terbaca beberapa mereka yg pergi tanpa agent maklumkan perlu ada org yg ambik kita di airport, baru dibenarkan utk keluar airport..mcm puan ni tiada?
    2. Ada terbaca kalau booking Saudi perlu makesure tiket itu kuota umrah, jika tidak perlu caj tambahan.
    3. Saya tidak jumpa cerita lanjut selepas hari pertama.. mohon dapat dikongsi lagi hingga pulang ke Malaysia. Tq

    Reply

    • Waalaikumussalam.InsyaAllah, saya doakan tuan dan famili dapat pergi ke bumi barokah suatu hari nanti.Ini jawapan saya ya pada petanyaan tuan.
      1. Dari exp kami, tiada wakil di airport yang menunggu cuma En Rahman pemandu yang kami tempah sahaja. Selepas tiba, beratur di kaunter imigresen, ambil bagasi dan melalui di tempat pemeriksaan kastam, terus keluar.
      2. Hmmm, rasanya tidak begitu. Kami beli tiket seperti belian tiket ke negara lain.
      3. Sebenarnya, sambungan kisah umrah kami telah dibukukan dalam buku pertama saya, “Lihat Langit Tinggi-Menggapai Impian Aiman”. Ia boleh dibeli di MPH dan kedai-kedai buku atau boleh order terus dari saya.
      Harap dapat membantu.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: