Archive for the ‘Menuju Syurga’ Category

Tentang solat..

Allah memberi ilham kepada saya di satu pagi, mencatat sesuatu yang sering direnungkan tentang solat. Alhamdulillah, ia dikongsi bersama di ‘Page FB’ Inspirasi Sunnah kami dan kini dikongsikan pula di sini untuk renungan semua. 

solat1

 

Jika tidak tahu solat, belajarlah bersolat.

Jika masih belum bersolat, berusahalah untuk mula bersolat.

Jika masih meninggal-ninggal solat, berusahalah mencukupkan 5 waktu solat.

Jika masih solat di hujung waktu, berusahalah solat di awal waktu,

Jika masih solat seorang diri, berusahalah berjemaah dalam solat.

Jika sudah cukup 5 waktu, mulalah berusaha untuk solat sunat.

 

Belajarlah, berusahalah, berusahalah, berusahalah dan istiqomah dalam solat.

Solat demi mencari redha Allah. Semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah!!

 

KERANA…

 

Abu Hurairah berkata, “Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda”:

“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman:

” Lihatlah ( Hai para malaikat ) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?’

Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu “

( Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426 )

Advertisements

Selawat Fatih

Jom bersama amalkan!!

selawat fatih

Fakta tentang bekam..

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Pada malam aku di-isra’kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: “Wahai Muhammad suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Shahih Jami’us Shaghir 2/731)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan.”
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami’ dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

 

BAGAIMANA RAWATAN BEKAM BEKERJA DALAM MENINGKATKAN KESIHATAN TUBUH MANUSIA?

1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

(Diambil daripada http://www.bekam.biz)

Trust Allah..!!

Trust Allah..!!

Bismillah 5..

Mari bersama amalkan semasa ingin memulakan terapi untuk anak kita atau ketika kita sedang sakit…

Bismillah5

 

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali beserta niat penyembuhan. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Jika anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.

Semoga ikhtiar dan doa yang berterusan dimakbulkan Allah….Ameen..

 

Buat Renungan..

Ramai orang punya cita-cita dan harapan.
Tinggal tidak ramai yang membuat perancangan.

 

Dalam kalangan yang membuat perancangan itu pula,
sedikit sekali yang melaksanakannya.

 

Dalam yang melaksanakannya,
sedikit sekali yang istiqomah.

 

Kejayaan itu bukan jalan yang mudah,
tidak ditempa oleh mereka yang hanya berangan,
bahkan yang berusaha pun ramai yang berguguran,

 

Justeru kejayaan itu adalah untuk yang bersungguh-sungguh,

bersama usaha yang mampu dikekalkan.

 

(Hilal Asyraf)

Tentang rezeki…

Tentang rezeki...

%d bloggers like this: