Tekad..

Pasti setiap di antara kita pernah menyimpan impian atau paling tidak pernah terlintas di hati untuk pergi menunaikan umrah dan fardu haji. Kami juga begitu. Tetapi bila teringatkan tentang jumlah pelaburannya yang bukan sedikit, impian kekal di situ tidak terusik. Apatah lagi bila pelaburan demi pelaburan dilakukan untuk pemulihan dan kemajuan Aiman. Namun, impian menuju Baitullah kembali melonjak dan melonjak lebih enam bulan lepas. Rindu pada Baitulah sukar digambarkan. Buku ‘Travelog Haji’ nukilan Prof. Muhd Kamil Ibrahim saya kira sebagai mesej dari-Nya sekaligus antara yang mengubah sempadan iman kami. Alhamdulillah…!! 

download

Akhirnya kami cukup pasti dan tekad untuk pergi menunaikan umrah sekeluarga secara sendiri dek bajet yang  sederhana. Memilih untuk mencuba pergi sendiri tanpa melalui mana-mana agensi pelancongan. Teringat kata-kata suami..”Kita pergi sendiri…kita tawakal…macam yang kita pernah lakukan semasa pergi ke China dulu..Niat kita baik, Insya-Allah urusan kita Allah permudahkan..”.  Kata-kata yang menjadi kekuatan dalam kebimbangan yang kadang kala menjengah.

Namun kita hanya merancang. Air mata laju mengalir di pipi tatkala rancangan awal untuk pergi menunaikan umrah pada hujung tahun lepas tertangguh. Rancangan awal masih kabur dengan tabungan yang masih belum mencukupi. Sayu rasanya hati bila mendengar khabar seorang demi seorang kenalan dan jiran dijemput menjadi tetamu-Nya. Akhirnya kami memilih tarikh baru iatu pada cuti persekolahan bulan tiga nanti!! Mungkin Allah mahu kami benar-benar bersedia dari segi ilmu dan keperluan sebelum menjadi tetamu-Nya..!! 

Namun bantuan agensi pelancongan masih diperlukan bagi permohonan Visa Umrah yang  memerlukan agensi pelancongan yang berdaftar sebagai perantara dengan pihak Kedutaan Arab Saudi. Alhamdulillah, setakat ini urusan-urusan permulaan dipermudahkan Allah. 

Jom, saya kisahkan apa yang kami telah lakukan ketika ini untuk perkongsian info.

1. Mula-mula sekali tiket penerbangan perlu ditempah. Sebenarnya banyak penerbangan yang boleh ditempah untuk perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Jeddah. Antaranya MAS, Air Asia, Emirates Airlines, Saudi Airlines dan Bhiwani Airlines. Ada penerbangan terus dan ada juga yang  memerlukan kita transit seketika sebelum tiba. Akhirnya selepas sedikit waktu, kami memilih penerbangan terus yang pada ketika itu menawarkan harga tiket yang menarik!! Mengapa?? Memandangkan kami merancang pergi bersama anak-anak kami memilih penerbangan terus ke Jeddah kerana masa yang diambil mungkin mempengaruhi emosi juga keadaan anak-anak yang  mungkin keletihan dengan tempoh penerbangan yang panjang. Tiket yang ditempah juga boleh ditunda tarikhnya. Penting kerana urusan permohonan kelulusan Visa Umrah masih punya risiko yang tersendiri. Jadi walaupun perlu membayar lebih sedikit dari harga tawaran, kami kira kami mengambil langkah selamat, Insya-Allah.

2.  Tempahan hotel. Saya lakukan melalui Agoda.com. Tempah dahulu dan bayar kemudian serta yuran pembatalan percuma jika ia terpaksa dibatalkan (moga-moga ia tidak begitu!!). Yang penting lihat pada terma-termanya. Ada hotel yang memerlukan kita membayar seawal tempahan dan ada juga yang mengenakan caj pembatalan. Lihat pada komen-komen mereka yang pernah menduduki hotel-hotel supaya mudah kita mempertimbangkan hotel pilihan. Kami turut melihat jarak hotel ke Masjidil Haram dan ke Masjid Nabawi supaya pelan berjalan kaki bersama-sama anak-anak tidak terlalu memenatkan. Oops..hotel 6 bintang tidak berada dalam bajet kami…!!! 

3. Pengangkutan. Kami memilih Mecca Taxi Service untuk pengangkutan kami sepanjang berada di sana. Berhubung melalui email dengan tuan Abdul Rahman, warga Arab Saudi yang berada di sana memudahkan urusan kami. Alhamdulillah. Walaupun perkhidmatan bas menawarkan tambang yang jauh lebih murah, tetapi bila mengingatkan anak-anak dan kerusi roda Aiman, kami memilih untuk menyewa kenderaan sahaja. Tuan Abdul Rahman boleh dihubungi melalui info di bawah:

Phone

+966 55 803 0464

Email

b1881d@gmail.com

Facebook 

http://www.facebook.com/mecca.taxi

4.  Visa Umrah.  Ada beberapa dokumen yang perlu kita uruskan sendiri sebelum menyerahkannya kepada agensi pelancongan yang berdaftar untuk tujuan proses kelulusan Visa Umrah. Tetapi ada juga agensi pelancongan yang turut dapat melakukan penyediaan dokumen ini kepada kita. Saya senaraikan di bawah ini ya..

a. Salinan Sijil Nikah perlu mendapat pengesahan daripada pejabat agama Islam terdekat dan Wisma Putra. Jadi perlu ada 2 pengesahan pasa salinan dokumen ini.

b. Salinan Surat beranak anak-anak juga perlu mendapat pengesahan daripada pejabat JPN terdekat juga Wisma Putra.

c. Pasport antarabangsa yang tempoh tamatnya melebihi 6 bulan dari tarikh perjalanan.

d. Buku suntikan. Boleh dapatkan senarai klinik-klinik yang diberi tauliah oleh Tabung Haji di laman webnya.

e. 2-4 keping foto terkini (bilangan foto seperti yang dimnta oleh agensi). Pergi sahaja di kedai gambar dan beritahu kita perlukan gambar untuk Visa Umrah, pasti mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan!!

f. Salinan tempahan tiket.

g. Salinan tempahan hotel di Mekah dan Madinah.

h. Caj perkhidmatan berjumlah RM350/orang perlu dibayar kepada agensi pelancongan terbabit.

Semua dokumen ini perlu diserahkan 3-4 minggu sebelum tarikh berlepas. Untuk pengesahan di Wisma Putra, kawan-kawan boleh terus pergi ke Wisma Putra di Putrajaya untuk tujuan pengesahan. Tidak perlu temujanji.

Satu lagi pilihan jika kita bercadang pergi menunaikan umrah tanpa pakej. Kita boleh sahaja mencuba ‘Ground Package’ yang disediakan oleh pihak agensi. Kita hanya perlu membeli tiket penerbangan dan yang selebihnya akan diuruskan oleh agensi. Ia juga masih murah daripada pakej penuh. Namun kami memilih untuk mengurus sepenuhnya sendiri untuk lebih jimat dan sekaligus dapat mengetahui selok belok dan melalui setiap pengalaman dalam proses perancangan dan pelaksanaan sebelum pergi menunaikan umrah.

IMG14363-20140128-1522

Moga-moga impian untuk menunaikan umrah dan ziarah kali pertama ini mendapat keizinan dan rahmat dari-Nya. Ketika ini kami sedang menyiapkan diri dengan bekalan ilmu dan barang-barang keperluan sedikit demi sedikit. Insya-Allah akan saya kongsikan setiap pengalaman baru kami dalam usaha kami untuk merealisasikan impian. Menuju Baitullah. Doakan kami sekeluarga diizinkan Allah menjadi tetamuNya. 

19 responses to this post.

  1. Posted by Ummi on January 28, 2014 at 4:14 pm

    All the best, Kak Ju! Doa saya, semoga Allah permudahkan semua urusan Kak Ju sekeluarga.

    Reply

  2. Posted by sarizan on February 1, 2014 at 9:31 am

    Sis..terima kasih atas pengkongsian ilmu
    ..kat Mahdinah dan Makkah duduk hotel mana ek dan harga?
    Sewaan teksi?
    Tiket flight dapat berapa?

    Reply

    • Sama-sama. Insya-Allah di Madinah kami memilih Holiday Villa Hotel (RM1,907), di Mekah, Hotel Elaf Ajyad (RM2,350). Sewa van 8 tempat duduk dari Jeddah ke Mekah, Mekah ke Madinah dan dari Madinah ke Jeddah RM2,000. Kos tiket penerbangan untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak RM10,918.Semoga perkongsian ini dapat membantu.

      Reply

  3. Posted by Ina Trimo on March 18, 2014 at 1:31 pm

    Perkongsian yang hebat nak menangis rasanya Ju

    Reply

  4. Posted by Norlaila on June 12, 2014 at 12:58 pm

    Assalamualaikum kak jue..MasyaAllah Alhamdulillah kak jue sekeluarga dapat menunaikan umrah pertama kali secara bersendirian..Saya dan suami juga ingin menunaikan umrah secara bersendirian..Saya nak tanya akak tempahan tiket saudi air akak buat secara online ke?Dan bila waktu harga menarik bagi saudi air..
    Terima Kasih..

    Reply

    • Waalaikumussalam..Alhamdulillah..Ya, kami tempah tiket secara online…Tentang harga menarik, rajin-rajin ‘survey’ ya utk harga promosi, tidak pasti secara tepat bila mereka mengadakan promosi…kami tempah 3 bulan sblm pergi.

      Reply

  5. Assalam kak, boleh tahu bila date pergi?? Bulan Mac tu di sana sesak tak?? Boleh share tak antara Disember dgn Mac mana better? Saya pon merancang umrah backpack dgn 3 kids … Sedang mencari ilmu backpack

    Reply

    • Waalaikumussalam. Alhamdulillah, kami pergi pada 21 Mac lepas. Keadaan memang sudah sesak. Kalau ikut pengalaman jiran, kata mereka bulan Dec memang kurang jemaah kerana Visa Umrah baru dibuka. Hajarul Aswad dapat dikucup mudah. Cuma cuaca masih sejuk manakala cuaca bulan Mac okay untuk jemaah Malaysia.

      Reply

  6. Posted by yenny on January 9, 2015 at 1:42 pm

    Alhamdulillah akhirnya terjumpa blog ini sebagai panduan utk bt Umrah Tanpa Agen.

    Syukur dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu & membantu siapa saja termasuk saya sendiri. Sebenarnya ramai yg di luar sana teringin sgt nak ke sana Tapi memandangkan kos agak tinggi maka ramai yg menyimpan hasrat tersebut.

    Dgn ada Blog ini,saya pasti ramai yg telah cuba2 mengintai2 & merancang sesuatu.

    T kasih Jue.Blog ini cukup membantu.

    Blh saya saya tahu brp lama JUe di Mekah & Madinah.Bgmna plk kos teksi utk kita pergi ziarah.Apakah Syarikat yg mengendalikan teksi ini org kita.
    Jika org kita mgkn mudah utk berurusan(bhsa kita)

    hrp dpt penjelasan dari Jue

    Reply

    • Alhamdulillah, kami di Mekah selama 4 hari dan 3 hari di Madinah. Hotel Elaf Ajyad menyediakan khidmat ziarah semasa kami di Mekah dengan caj 120 Riyal. Pengangkutan dari Airport Jeddah ke Mekah, Mekah ke Madinah dan Madinah ke Airport Jeddah diuruskan oleh Tuan Rahman, warga Arab Saudi dan caj 2,000 Riyal utk khidmat ini. Tuan Rahman boleh berbahasa Inggeris. Di Madinah kami mengambil teksi untuk ziarah. Untuk keselamatan naiklah teksi yang berdaftar bukan ‘prebet sapu’.

      Reply

  7. Posted by Rozila Rashid on September 17, 2015 at 3:39 pm

    Aslm
    Nk tanya Kak Ju sikit..

    1) kita kena beli ticket dulu kan before apply Visa Umrah kan, tp saya dengar.. ada yg kata if beli flight tix from Saudi Online tp bila kat airport, kena bayar extra lagi sbb apparently tix yg kena beli

    2) Kak Ju pakai sapa as Mutawif? Ada contact tak? Madinah pakai tak mutawif?

    Harap Kak Ju sudi nk bantu saya. Tq

    Reply

    • Waalaikumussalam…Maaf lambat benar reply…
      1) Alhamdulillah, semasa menunaikan umrah dahulu, kami tiada masalh dengan tiket yang dibeli dari Saudi Airlines secara online. Tiada caj tambahan dikenakan. Yup, kena beli tiket dulu kerana semasa hendak memohon visa umrah, kerana Kedutaan Arab Saudi mahukan bukti tiket penerbangan sudah dibeli.

      2) Kami tidak menggunakan khidmat mutawif.

      Reply

  8. Posted by Rozila Rashid on September 17, 2015 at 4:15 pm

    Sorry.. utk soalan no 1… tix yg kena beli x valid utk visa umrah. Betul ke?

    Reply

  9. Posted by zaidi on February 25, 2016 at 8:56 pm

    Asslm. Saya ingin buat umrah tanpa agen..tapi ada maklumkan kastam di airport hanya benarkan kita keluar dari airport jika ada org/wakil di Jeddah yg ambik kita. Jika kita p tanya agent, mcm mana nak ada org ambikkan kita dari airport. Bolehkan driver sbg wakil dari Jeddah utk ambik kita

    Reply

    • Waalaikumussalam. Daripada pengalaman kami, ia tidak berlaku begitu. Kami dapat melalui Kastam di Airport Jeddah tanpa perlu memaklumkan siapa wakil kita di sana. Harap dapat membnatu.

      Reply

  10. Posted by ahmad bin ismail on July 19, 2016 at 11:28 am

    as salam. nak tahu agen mana yang boleh proses visa umrah persendirian

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: