Archive for the ‘$ $ $’ Category

DIY lagi…

Alhamdulilah, hari ni baru dapat ber’blogging’ lagi setelah beberapa hari WordPress menghadapi masalah teknikal…banyak yang ingin saya kongsi..tapi harus ambil masa…mula2…

Projek terbaru suami untuk Aiman siap Ahad lalu-‘DIY Crawling Obstacles’ yang digunakan untuk melatih Aiman meletak beban kepada kedua tangan dan kakinya dalam posisi merangkak dan memberi ‘feel’ kedudukan merangkak yang betul.

 Sebelum ini kami menggunakan bantal peluk dan 2 bantal yang ditindih bersama untuk latihan rintangan Aiman..tetapi memandangkan bantal peluk dan 2 bantal yg ditindih 2 tidak lagi memberi cabaran kepadanya, kami perlu lakukan sesuatu yang baru…Dulu semasa meninjau-ninjau video di YouTube saya pernah terlihat ‘crawling obstacles’ yang digunakan oleh seorang kanak2 di luar negara. Puas mencari kembali video itu tidak berjumpa, akhirnya  sekadar memberi gambaran kepada suami  bagaimana bentuknya.

Eureka!! Suami mendapat idea bagaimana membina ‘DIY Crawling Obstacles’ untuk Aiman…Suami gunakan saluran paip yang dibeli di kedai ‘hardware’ dan karpet biru yang dijual di kedai permaidani dan papan lapis sebagai asasnya ..!! Dan inilah hasilnya..ternyata kali ini, DIY Crawling Obstacles’ memberi cabaran baru buat Aiman…!! Ganbatte!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

Advertisements

Jom Belajar Merangkak!!

Alhamdulillah, Aiman Si Hebat CP sudah berupaya untuk menegakkan kedua tangannya dalam posisi merangkak….Pernah 2x  Aiman berjaya melangkah selangkah dua tapi berhenti..Emm, mungkin Aiman masih belum cukup kuat badannya dan belum cukup yakin juga untuk terus merangkak…

Mencari-cari di internet, peralatan yang sesuai untuk Aiman…Yup! Crawl Trainer @ Creepster crawler memang sesuai untuk Aiman belajar merangkak…Ia dapat memberi sokongan kepada kami untuk menggalakkan Aiman merangkak dan untuk melatih Aiman cara merangkak yang betul!!

Tetapi seperti biasa peralatan sokongan untuk anak2 istimewa memang selalunya mahal…apatah lagi yang datang dari US..bila sampai ke Malaysia, harganya sudah mencecah ribuan ringgit…dan crawler trainer yang saya lihat di internet, di pasaran Malaysia berharga RM2,800!!…

Creepster crawler banyak faedahnya..antaranya menggalakkan penggunaan tangan dan lutut untuk menampung berat badan semasa bergerak, menguatkan leher, bahu dan otot lengan sebagai persediaan sebelum mula melangkah, memperbaiki daya visual dan koordinasi pegerakan kaki dan tangan serta dapat memberi keyakinan untuk bergerak!!

Seperti biasa, untuk menjimatkan kos dan menambah skil, suami ingin mencuba membuat sendiri crawler trainer untuk Aiman…dan kami amat bernasib baik…!! Bila saja sis Fezia mengetahui suami merancang untuk membuat sendiri creepster crawler, sis Fezia menawarkan kepada kami untuk melihat creepster crawler miliknya. Jadi 2 minggu lepas, bila kami ke Kuala Lumpur, singgah ke Damansara untuk mengambil crawler trainer  @ creepster crawler yang dimaksudkan…Suami bersemangat untuk ber’DIY’ sekali lagi…lagi bertambah semangat bila ada realiti creepster crawler yang boleh dijadikan rujukan….!!

Proses pembuatan DIY Creepster crawler walau nampak ringkas tetapi prosesnya tidak semudah itu…Mujur juga untuk kain penyokong, Kak Nah, jiran kami sudi membantu menjahitnya dengan upah yang sederhana. Maklumlah saya memang tidak berbakat dalam hal jahit-menjahit ini….

Akhirnya, inilah DIY Crawler Creeper yang berjaya dihasilkan oleh suami. Walau tidak secanggih creepster crawler dari US, namun fungsi dan keupayaannya masih sama…Lagi gembira bila rakan2 kami juga sudah mula menempah DIY Creepster Crawler buatan suami…Moga2 selepas ini, Aiman lebih kuat dan mampu untuk merangkak dengan  yakin….Ganbatte!!

http://youtu.be/vNRz73L73HU

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

DIY Super Dad untuk Super Kid….

DIY #1- Standing frame

Projek ini bermula pada bulan Disember tahun lalu… Mengapa standing frame perlu untuk Aiman?? Antara fungsi standing frame sebagai salah satu aktiviti regangan untuk kaki bagi mengelakkan otot kaki menjadi ketat, memperbaiki postur, mengurangkan spastisity bagi meningkatkan fungsi mobiliti dan mempertingkatkan fungsi organ dalaman secara semulajadi  apabila aktiviti berdiri di standing frame dilakukan…Suami mengeluarkan modal lebih kurang RM 1000 untuk welder dan cutter dan mendapat latihan intensif hanya sejam bagaimana welding dilakukan dari seorang kawan yang sudi membantu…Untuk memudahkan kerja, suami mengambil foto2 standing frame yang ada di rumah Kak Raw  untuk dijadikan rujukan….dan bermulalah projek pertama suami…. dengan kos keseluruhan kira2 RM 350++. 

DIY #2-Meja Patterning

Selepas sesi pre-assessment bersama Chad Timmerman dari AIAHP di mana melakukan aktiviti cross patterning adalah satu kemestian setiap hari…dan melihat contoh meja patterning di rumah sis Fezia, suami memulakan pembuatan meja patterning…Pada masa ini DIY #1 walaupun sudah siap masih memerlukan sedikit pembaikan…Selepas menimbang2, projek pertama ditangguhkan dahulu untuk memberi laluan kepada DIY #2 dan #3…dan inilah hasilnya…Untuk DIY #2 kos keseluruhan RM 200++.

DIY #3-Buaian

Berbuai adalah antara aktiviti yang perlu dilakukan Aiman untuk mempertingkatkan sistem vestibularnya….Dan ini ialah projek yang agak mencabar bagi suami..bermula dengan lakaran dan seterusnya kerja2 pengukuran yang perlu dibuat secara tepat.. Bila dah siap…emmm, memang puas hati dengan hasil kerja suami…Untuk ini suami membuat pelaburan sekitar RM 300++.

Kami bukan sahaja dapat mengurangkan kos untuk peralatan Aiman Si Hebat CP yang mencecah ribuan ringgit jika membelinya melalui pembekal, tetapi ia juga memberi suami skil yang baru dan sebagai simbol kasih sayang suami pada Aiman Si Hebat CP…..Jom DIY!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

Jimat wang, tambah ilmu!!

Emmm..baru sahaja pulang dari membawa 3 beradik ke perpustakaan awam…Sampai sahaja, terus ke kaunter untuk pulangkan buku yang dipinjam 2 minggu lepas..

Seperti biasa, Aina dan Alya ke bahagian kanak-kanak untuk meminjam buku…Saya pula sambil mendukung Aiman mencari-cari buku yang sesuai dengan jiwa…terutamanya yang berkaitan dengan keibubapaan, agama, motivasi kewangan dan diri… Aiman juga sibuk memilih buku2..terkekek-kekek dia ketawa bila dapat mengambil  buku dari rak..dan mula badannya ke kiri ke kanan mencari buku yang lain bila saya beralih tempat…Selalunya lenguh betul tangan saya..sambil mata mencari buku, tangan pula mendukung dan menahan keletah Aiman Si Hebat CP…ada sekali tu, Aiman siap goyang2kan rak buku….lepas tu punya ketawa..sampaikan mereka yang duduk di meja berhampiran turut ketawa….aduhai!

Dalam perjalanan pulang 3 beradik sibuk membaca buku …Jom! Pinjam buku…Jimat wang, tambah ilmu!!

Aiman & Hydrotheraphy @ Home

 

Mula-mula tu memang kami bercadang nak belikan tub dan float yang berharga lebih kurang RM 200 untuk Aiman memulakan terapi air. Antara terapi yang paling berkesan untuk kanak-kanak Cerebral Palsy…

Semasa melayari laman web yang menjual tub, suami mendapat idea..Kata suami mengapa tidak kita belikan tangki air untuk Aiman …lebih tahan lama, tambahnya…dan saya terus bersetuju…dia memang kreatif, bisik hati kecil saya sambil ketawa! 

Dan sejak 2 hari lepas Aiman sudah pun memulakan sesi hydrotheraphy di rumah menggunakan tangki air yang dibeli dengan harga RM 165.  Aiman cukup seronok bermain air…dan kakinya bergerak aktif dan pantas di dalam air….Alhamdulillah..dan itulah yang memang kami harapkan…apatah lagi bila kakaknya ikut serta….punyalah Aiman suka…ketawa sambil kedua kakinya terus menendang-nendang air…

Dan sesi ini akan kami teruskan untuk menguatkan otot dan mengurangkan kekejangan kaki Aiman…supaya Aiman mampu melangkah girang suatu hari nanti….Insya-Allah!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

DIY..Gazebo..

Pasti semua orang tahu harga gazebo bukannya murah…paling kecik 4’x4′ pun mahu lebih RM3,000..bergantung pada designnya…

Jadi memandangkan kami hanya mempunyai bajet kecil untuk landskap di syurga kami…setelah menimbang-nimbang, suami mengambil keputusan membuat sendiri..

Caranya…suami ke tempat membuat gazebo berdekatan rumah kami….ala-ala berminat macam nak beli…tanya apa yang patut dan tengok lebih kurang cara pembuatannya..balik saja, suami pun memulakan projek pengukuran dan designnya….untuk bahan asas kayu dan atap genting suami beli di kedai 2nd hand…genting atap berusia puluhan tahun..setiap kepingan atap ada cop kilang yang membuatnya, memang antik, belum masuk kayu yang  berasal dari rumah tradisional…kos bahan lebih kurang RM 2,000.

Dengan dibantu rakan seofis, caj perkhidmatan RM 30 sehari + snacks + lunch, projek pun bermula…saya kagum dengan suami dan kawannya yang begitu teliti dalam kerja termasuk ketika menaikkan tiang gazebo….tegak dan tepat! Saya pula membantu mereka memberus dan membasuh setiap kepingan atap genting selain tugas rasmi menyediakan minuman….Projek cuma berjalan di hujung minggu dan selama sebulan di mana akhirnya gazebo DIY berukuran 10′ X 10′ berjaya disiapkan.

Jika dilihat susah payah mereka bekerja menyiapkan gazebo ini tidak hairanlah jika di pasaran gazebo mahal harganya…  bukan sahaja kerana kos bahan mentah yang mahal tetapi upah pembuatan pastinya mahal kerana menggunakan tenaga kerja mahir.. 

Tetapi dengan D.I.Y dan menggunakan bahan asas 2nd hand (pastinya yang masih utuh keadaannya), belanja keseluruhan membuat gazebo berukuran 10′ x 10′ ini hanya sekitar RM 2,500 (tidak termasuk kening)…suami ingin membuat kening sendiri tetapi terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada projek memulihkan Aiman dulu…

Gembira melihat hasil titik peluh suami dan kawannya yang akhirnya membuahkan hasil…sebuah gazebo yang tersergam..ringkas tetapi cantik juga rasanya. Ia menjadi tempat yang disukai oleh anak-anak dan anak jiran untuk bermain dan menjadi tempat favourite tetamu dan jiran ketika mereka datang bertandang…!!

Kad Pertama..

Sejak kebelakangan ini, Aina sering meluahkan perasaannya…buku cerita dan Majalah Ana Muslimnya yang dimilikinya semua telah habis dibaca…dan ada yang diulang bacaannya…dari buku nipis Aina telah mula membaca novel kanak-kanak….Selalunya Aina membaca buku cerita sebelum tidur atau sewaktu masa riadah..

Emmm…macam mana nak buat ya…saya dan suami biasanya akan membeli buku cerita kegemarannya sebagai hadiah dan motivasi bila Aina beroleh keputusan yang cemerlang dalam ujian bulanan atau examnya. Sebaliknya, buku latihan yang paling kerap dibeli bila berkunjung ke kedai buku….

Ahad lepas suami menemui jalan penyelesaiannya! “Ma, kita bawa diaorang pergi perpustakaan awam petang ni…” Eureka!!

Jadi petang Ahad lalu kami membawa Aina, Alya dan Aiman pergi ke perpustakaan awam…punya la seronok dan excited anak-anak termasuk kami bila dapat ke sana buat pertama kali…oops…saya sampai terlupa memakai lipstick rupanya…!!.Saya dan suami memilih pakej keluarga untuk meminjam buku dan membayar RM22 sebelum mendapat kad pinjaman buku.

Semasa di sana juga saya dan suami memberitahu peraturan asas kepada Alya dan mengingatkan Aina supaya jangan membuat bising..maklumlah bila dah excited….

Aina dan Alya masing-masing meminjam 2 buah buku untuk 2 minggu dan saya juga tidak ketinggalan meminjam 2 buah buku (yang ingin saya beli sebelum ini) ….

Walaupun selepas ini bertambah tugas membawa mereka ke perpustakaan, rasanya ia masih berbaloi dan kami gembira bila melihat Aina dan Alya tersenyum….bersama buku yang dipinjam!

Jom ke perpustakaan awam…..jimat $$$ dan tambah ilmu!!

%d bloggers like this: