Homework lagi!!

Hari ini dah hari Khamis pun…hari terakhir persekolahan…dan hari ini Aina dan Alya  boleh bermain lebih awal dari hari-hari biasa persekolahan…. tetapi masih perlu menyiapkan homework  mereka terlebih dahulu..!!

Jika ada homework pada hari Khamis, kadang-kadang Aina dan Alya akan melakukan rundingan dengan saya….samada mereka boleh menghabiskan separuh daripada homework pada hari Jumaat (dan Alhamdulillah setakat ini mereka berpegang pada janji)….saya akan kata ‘OK’ jika kerja rumah memang banyak (dan tidak mungkin habis sehingga waktu riadah) atau nampak mereka benar-benar letih….dan ‘No’ jika mereka sebenarnya hanya mahu bertangguh….dan saya akan beritahu sebabnya…

Oleh kerana hampir setiap 2-3 minggu sekali kami akan ke KL saya juga perlu memastikan homework mereka siap sepenuhnya sebelum pergi….

Pernah juga Aina dan Alya mempunyai homework yang banyak dan tidak dapat dihabiskan sebelum kami ke KL, jadi baki homework disiapkan semasa rawatan akupuntur Aiman dijalankan….jika tidak mereka pasti susah untuk membuat baki homework bila balik dari KL kerana kepenatan…menghabiskan homework anak-anak (dan terpaksa bersusah-payah meniru tulisan comel mereka) hanya kerana kasihan pada mereka bukan cara kami dan tidak sama sekali….saya juga berharap kawan-kawan di luar sana juga  sama seperti kami…

Saya dan suami akan membimbing dalam homework anak-anak terutama Alya yang masih perlukan sokongan dan Aina jika dia tidak memahami sesuatu berkenaan homeworknya.

Melalui homework, saya melihat prestasi anak-anak….dan bersama suami mengambil tindakan susulan…harap2 anda juga begitu!!

2 responses to this post.

  1. Posted by nor aini on July 1, 2011 at 3:28 pm

    Oh ye, saya sama sekali tidak akan berkompromi dlm soal kerja sekolah anak2.
    Andai kata mereka tidak dapat siapkan kerja sekolah atas alasan mereka sendiri yg menangguhkan masanya/lebih pentingkan bermain/atas perasaan malas (setakat ini belum malas lagi); selepas di beri peringatan; saya akan biarkan sahaja supaya mereka akan learn a lesson bila terkantoi dgn guru masing2. Harapan saya, timbullah perasaan bertanggungjawab mereka sbg pelajar.

    Reply

    • Setuju!! Tapi saya selalu pastikan kerja sekolah anak2 siap (terutama Alya) sebelum ke sekolah unless ada kerja rumah yang anak2 lupa,memang kena tanggung sendirilah! Aina dulu suka terlupa, so kami belikan buku nota mini mintak dia tulis nota untuk kerja sekolah yang dia perlu buat..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: