Kad O.K.U dan Redha….

Apabila saya memberitahu nenek Aiman iaitu ibu saya bahawa doktor mencadangkan saya dan suami mendaftarkan Aiman sebagai anak O.K.U di mana Aiman boleh menerima hak yang sewajarnya…ternyata neneknya menjadi begitu sedih….tapi saya katakan padanya sebelum Aiman bersekolah nanti, pihak berwajib akan menilainya semula…dan jika pada masa itu Aiman sudah boleh berjalan,bertutur dan penilaian yang lainnya bagus, taraf O.K.Unya akan ditarik balik…

Jika nenek Aiman begitu sedih hatinya, apatah lagi kami….tapi kami menerimanya secara positif, amat positif sebenarnya…..kami redha…tetapi ia tidak berakhir di situ sebenarnya…

Kerana redha bagi kami, bermakna kita menerima ujian atau pemberian Allah S.W.T dengan hati terbuka…bersyukur tetapi dalam masa yang sama berusaha bukan berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang usaha….

Dan pada mereka yang mungkin memiliki anak istimewa seperti kami….kita terpilih dari jutaan manusia untuk menerima pemberian istimewa daripada Allah S.W.T…kita dipilih untuk diuji kesabaran dan keimanan pada pemberianNya…

Dan sebagai tanda redha, sewajarnya kita memelihara pemberianNya sebaik mungkin, lebih beramal dan lebih bersedekah…dan Insya-Allah pasti ganjarannya lebih hebat apabila kita TERIMA, REDHA DAN BERUSAHA!!

Dan Aiman sejak tahun lepas sudah pun memiliki kad pendaftaran O.K.Unya sendiri…

5 responses to this post.

  1. Posted by wani on June 27, 2011 at 3:20 pm

    Sepatutnya oku ni tukar nm..warga istimewa..

    Reply

    • Sekarang ni diaorang panggil Orang Kelainan Upaya…macam kat The Tole tu ada anak sorang kawan tu menghidap Autisme, bapa dia beritahu kalau buat puzzle sesusah manapun kejap ja anak dia selesaikan…sedangkan dia sendiri pun tak boleh siapkan!!

      Reply

  2. sudah mula addicted dgn blog ni…keep on blogging ya…
    lebih 20 tahun x jumpa…harap dpt jumpa Aiman si hebat CP ni one fine day…

    Reply

    • Tima kasih ya..tu la nanti arrange lagi re-union tu..cuma bila time hari raya 2-3, sekarang ni balik ke Perak, Insya-Allah some day jumpa jugak kita nanti….I will keep blogging, Insya-Allah…

      Reply

      • biasanya buat time raya juga…sbb time tu lah ramai yg balik mai SP pun…takpa..panjang umur nnt kita jumpa…insyaallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: