Archive for the ‘Cerita 3 Beradik’ Category

Pelancaran Buku 3 Serangkai

Alhamdulillah, kisah perjalanan warna-warni kehidupan Aiman Si Hebat CP telah dibukukan dan bakal dilancarkan pada 18 April 2015 ini. 

Jemputan untuk semua pembaca di blog Timang Tinggi-tinggi. InsyaAllah, kami sekeluarga akan berada di sana.

Nantikan kemunculan buku “Lihat Langit Tinggi – Menggapai Impian Aiman”!!

En Hasan

Advertisements

Milo Ais..

Semasa sibuk melihat-lihat barang-barang di Kedai Borong Man lebih sebulan yang lalu, terdengar suara anak kucing mengiau-ngiau. Tiba-tiba terasa sayu mendengar suara anak kucing tersebut. Kata juruwang di kaunter, anak kucing itu sudah ada sejak 2-3 hari yang lepas dan salah seorang adik jurujual perempuan memberinya makan. Aina dan Alya terus meminta untuk menjaga anak kucing tersebut. Tidak berfikir panjang kali ini, hati tergerak mahu memeliharanya.  “Kalau terus di sini, di jalan besar ini, mungkin anak kucing ini mati dilanggar…seperti nasib kebanyakkan anak kucing gelandangan yang lain..” bisik hati kecil saya. Suami juga beri lampu hijau. Adik jurujual yang memberi makan nampak gembira dengan keputusan kami. Tiga beradik?? Seronok habis..!!

Jadi bermulalah episod anak kucing kurus di rumah kecil kami. Hari kedua sudah bikin saya risau bila tidak melihat bayangnya. Tengahari, rakan Alya datang bawa anak kucing kurus. Kata kawan Alya, anak kucing Alya pergi sekolah. Alya pulang lewat dan minta rakannya memabawa anak kucing pulang. Lega rasanya melihat anak kucing masih selamat. Bila Alya pulang, Alya beritahu dia ternampak anak kucing di sekolah. Alya letak bawah tangga dan berpesan pada anak kucing jangan ke mana. Habis sesi persekolahan, Alya lihat anak kucing masih di bawah tangga dan meminta rakannya membawanya pulang kerana hari itu Alya masih ada tugasan.

Anak kucing kurus yang banyak kutu hilang kutunya bila dimandikan 2x seminggu oleh Aina. Ikan sardin tin dan nasi menjadi menu hariannya. Berselera dia makan. Cadangan menu yang diberi jiran yang memberi kucingnya menu yang sama. 

Hendak memberi nama pada anak kucing kurus juga satu hal. Aina dan Alya memanggil ‘Yogurt’. Aiman pula memanggilnya ‘Milo’. Bila saya bergurau dengan Aiman ingin beri nama ‘Milo Ais’ terus Aiman dan 2 kakak berkenan. Jadi anak kucing kurus dipanggil ‘Milo Ais’.

Milo Ais sebenarnya menjadi terapi pada Aiman. Dulu, walaupun Aiman suka melihat kucing tetapi bukan memegangnya. Bila ada Milo Ais, lama-lama Aiman sudah hilang takutnya. Aiman pula yang membuli Milo Ais. Milo Ais mesti di sisinya selalu. Kami pula yang stres bila terpaksa mencari Milo Ais serata rumah untuk diberi pada Aiman. Bila Milo Ais ‘naik syeikh’ pula, bergurau menggigit kaki dan tangan Aiman sudah Aiman pula menjerit..” Ma, tolong, tolong..”. Ayat yang sama keluar semasa Aiman dalam pantang masuk jawi tempoh hari. Tiap kali Milo Ais datang dekat, Aiman menjerit minta tolong, takut tempat khatannya digigit Milo Ais…

IMG14349-20140126-1107

IMG14474-20140218-0816

Milo Ais tidur dan makan di luar. Sengaja kami lepas bebaskan dia. Sebelah siang Milo Ais akan masuk bermain dan tidur di dalam rumah. 

IMG14454-20140212-2040 IMG14527-20140228-2142

Anak kucing kurus yang sudah semakin berisi badannya…..menjadi rakan sepermainan satu famili…Bila teringat Milo Ais akan ditinggalkan di kedai haiwan belaan semasa kami tiada di sini nanti, terasa kasihan…10 hari dalam kurungan. Moga-moga Milo Ais dapat bertahan menunggu kami pulang..!!

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014..!!

“Selamat Tahun Baru 2014..!!”..Maaf, agak terlewat untuk mengucapkannya tahun ini . Lama saya tidak mengemaskini blog, jadi malam ini, saya akan berusaha untuk mengemaskini satu entri..

HNYKisah 2 puteri…

Bermula sahaja cuti sekolah penggal terakhir tahun lepas, Aina dan Alya terus menyertai Kem Pemantapan Solat, Adab & Qasidah selama 2 minggu anjuran surau di komuniti kami. Penyertaan tahun ini lebih ramai, melebihi 90 orang kanak-kanak dan anak-anak di awal remaja. Mungkin kerana pengisian tahun ini diberi nafas baru dengan pengisian tentang adab juga qasidah. Aina terpilih menyertai kumpulan qasidah perempuan yang turut mengadakan persembahan pada malam penutup kem.

IMG13898-20131117-0858

Selesai Kem Pemantapan Solat, Adab & Qasidah, Aina menyertai pula Kem KASIH (Kem Anak Soleh, Insan Hebat) di bawah kelolaan Ustaz Yusuf selama seminggu di Sungai Seluang. Tempatnya tidak jauh dari rumah kami, tetapi inilah kali pertama Aina berjauhan dari kami. Terasa benar ketiadaannya di rumah, malah Alya kawan bergaduh dan kawan bergurau Aina turut ‘mati kutu’. Sengaja kami masukkan Aina ke kem ini. Suami mahu Aina menjadi individu yang lebih berdikari. Cuak juga sebentar semasa menghantar Aina ke kem tersebut bila melihat kawasan perkuburan betul-betul bersebelahan kem. Saya tertanya-tanya juga di dalam hati, “Mampukah Aina bertahan…? .”…dan rupanya Aina lebih berani dari yang disangka. Yang lebih menggembirakan, Aina juga terpilih menjadi pelajar terbaik perempuan untuk Kem KASIH kali ini!!

18 Disember – Sambutan hari jadi Alya yang ke-8. Tahun ini Alya minta sesuatu yang lebih istimewa untuk majlis sambutan harijadinya. Alya mahu sambutan majlis harijadinya dibuat ala-ala Abby, watak kanak-kanak dalam cerita Filipina favourite kami iatu ‘Be Careful With My Heart’….Alya mahu sambutan yang lebih meriah dengan mini sukaneka!! Jadi tahun lepas  saya menjadi birthday planner yang lebih sibuk berbanding tahun-tahun sebelumnya dari urusan merancang persiapan termasuk untuk sukaneka, membeli-belah apa yang diperlukan, menghias rumah dan menyiapkan bahan-bahan majlis dan sukaneka. Kali ini juga, suami kami ‘rehatkan’ memandang suami cukup sibuk dengan urusan pejabat. Ke hulu hilir bersama tim Wonder Pets kami dan masing-masing cukup teruja!!

Alhamdulillah, majlis harijadi Alya berlangsung meriah walau dalam serba sederhana. Jiran depan rumah menghadiahkan kek coklat yang sedap dan cantik hiasannya.

IMG14181-20131218-1801

IMG14175-20131218-1754

IMG14177-20131218-1757

Mini sukaneka mendapat sambutan hangat dari kawan-kawan 2 beradik yang datang menghadiri majlis. Puas rasanya dapat menunaikan permintaan Alya walaupun penat…ia masih berbaloi bila melihat Alya gembira bersama anak-anak jiran!!

IMG14188-20131218-1836

IMG14189-20131218-1839

IMG14190-20131218-1852

IMG14191-20131218-1856

Kisah putera…

Tahun lepas mencatat kenangan cukup manis untuk perkembangan pertuturan Aiman….Sebelum berakhir tahun 2013, Aiman sudah mampu menggabungkan 2 hingga 4 perkataan menjadi ayat yang diiucapkannya!! Alhamdulillah, Alhamdulillah tiada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa syukur kami dengan perkembangan positif ini.  Walaupun dari segi mobilitinya, kemajuan Aiman masih berdikit-dikit kami masih bersyukur…Nikmat dapat mendengar suara Aiman melontarkan perkataan demi perkataan mengatasi rasa gusar kami tentang perkembangan mobiliti Aiman….

Tahun 2014…

Banyak yang ingin dilakukan untuk 3 beradik. Tahun ini, Aina akan menduduki peperiksaan UPSR.  Pencapaian Alya dalam akademik pula harus dipertahankan dan dipertingkatkan. Tahun ini Alya berjaya memasuki kelas pertama selepas 2 tahun berada di kelas corot. Alhamdulillah…

Aiman?? Kami amat berharap Aiman mampu untuk duduk sendiri tahun ini. Aiman juga akan meneruskan homeschoolingnya untuk tahun kedua….

IMG14282-20140104-1515

IMG14137-20131215-1900

Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan memberi lebih banyak khabar gembira untuk famili kecil kami dan anda yang membaca entri ini. Semoga Allah memberi kita pertolongan dan ilham, juga diberi ketabahan dan kesabaran dalam apa juga yang  sedang atau akan diusahakan.

Terus berdoa dan berusaha!!

Buku untuk 3 beradik…

Sejak Aiman menjalani rawatan di PUSRAPI, naluri dan hati saya kuat meminta saya mendalami ilmu tentang amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. terutamanya dalam usaha kami untuk mencari penawar bagi Aiman. Selepas sesi ke-3 rawatan Aiman di PUSRAPI kami singgah di kedai buku kegemaran kami sekeluarga di Landmarks Books Store untuk mencari majalah-majalah kanak-kanak 2 beradik bila mata saya terpandang sebuah buku di rak buku2 terbaru yang membuatkan hati saya tertarik untuk memilikinya…dan bila sebuah buku lagi di rak yang sama menjadi perhatian suami pula..Kedua-dua buku yang berkisar tentang perubatan mengikut sunnah..dan hasilnya bukan 2 buku tetapi inilah buku2 pilihan kami…

Image

Image

Akhirnya, saya juga menemui sebuah buku untuk 2 beradik bagi menjawab persoalan mereka dan untuk menerangkan kepada mereka perihal hal2 perempuan dalam bahasa yang mudah difahami..2 beradik yang makin menginjak umurnya terutamanya Aina, menuntut saya mencari ilmu bagi memudahkan dan melindungi kehidupan mereka..

IMG09489-20130224-2109

Semoga ilmu2 baru ini dapat memberi kebaikan kepada keluarga kecil kami…!!

Kampung Selamat..

Pagi ini ke Kampung Selamat dalam usaha untuk menghilangkan sawan yang ada pada Aiman…Walau pun selepas episod ke-2 pada hari raya puasa tahun lalu Aiman tidak lagi pernah diserang sawan, kami masih bimbang sebenarnya…

Semasa melakukan urutan refleksologi Jumaat lepas terkeluar cerita tentang Aiman yang pernah di serang sawan…Lantas kak Syikin memberitahu ayahnya, Insya-Allah mungkin boleh membantu…caranya mudah sahaja, mencabut rambut sawan…Tiada bayaran khusus dikenakan..terpulang kepada keikhlasan kita….Apalagi berkongsi rawatan tradisional ini bersama kawan2 di MyCP yang rata2nya anak CP mereka mengalami keadaan sawan yang agak serius …

Rumah kak Syikin terletak berhampiran tepi jalan besar di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang…Jika datang dari arah Kulim, rumahnya terletak di sebelah kiri di mana ada kedai buah yang sudah ditinggalkan di hadapan rumah dua tingkatnya yang berdinding hijau…Ayah kak Syikin pesara guru  berusia 95 tahun dan masih sihat!! 

Selepas duduk seketika berbual, adik lelaki kak Syikin ke ruang tamu….Adik inilah yang kini membantu ayahnya mencari rambut sawan sebelum ayahnya meneruskan langkah…Kata adik kak Syikin, dia satu-satunya anak yang mampu membezakan antara rambut biasa dan rambut sawan…Kebolehannya datang sendiri selepas melihat berulang-kali ayahnya melakukan rawatan…

Memandangkan Aiman punya dua pusar rambut di kepalanya, bermakna ada dua helai rambut sawan…Sambil Aiman meniarap, adik kak Syikin mula mencari….Aiman senyum2 sambil meniarap…Jumpa satu, terus diberi kepada ayahnya untuk dipegang…Ayah kak Syikin yang sudah bersedia dengan sedikit kapur terus menandakannya dengan kapur, sebelum membaca doa dan mencabutnya…Rupanya memang rambut sawan berbeza..bentuknya agak pelik dan berlainan dari rambut biasa…Begitulah juga halnya untuk rambut sawan ke-2..Kami tidak dibenarkan memegang rambut sawan yang telah dicabut sebaliknya terus dibuang ke luar rumah….Selepas selesai, Aiman dibaringkan secara telentang sebelum doa penutup dibaca…Mudahkan..!! 

IMG09371-20130210-1053

IMG09372-20130210-1058

Alang2 buang rambut sawan Aiman, kami minta sekali buangkan rambut sawan Alya…Bimbang juga kerana Alya kalau demam, demamnya tinggi….Kalau demamnya tidak kebah, alamatnya Alya tidur di bilik kami untuk memudahkan kami memantau suhu badannya…

Moga2 Aiman tidak akan lagi diserang sawan dan terus sihat…dan moga2 Aina dan Alya akan kekal sihat hendaknya..Ameen…!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!!”

Happy Birthday Super Alya..!!

18 Disember 2012, genap umur Super Alya 7 tahun…Tahun ini sambutan ‘birthday’ Alya cukup ringkas…Kami tiba dari Singapura sekitar pukul 2 pagi, 18 Disember…Aiman juga demam….dan kami penat sekali…..

Memandangkan Alya tidak mahu sambutan ‘birthday’nya ditunda, kami turuti jua….Sebagaimana Alya bersetuju dengan permintaan kami…Jadi tahun ini, tiada kek besar dan anak2 jiran yang sama2 menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ untuk Alya…Kami membawa 3 beradik ke Restoran Kenny Rogers di Bandar Perda untuk makan tengahari istimewa @ sambutan ‘birthday’ Super Alya…

IMG08752-20121218-1400

IMG08761-20121218-1423

IMG08755-20121218-1407

IMG08758-20121218-1411

IMG08750-20121218-1358

IMG08754-20121218-1407

IMG08748-20121218-1358

….dan semuanya masih gembira…Doa kami, “Semoga Alya, Aina dan Aiman menjadi anak2 yang soleh dan solehah, baik budi pekerti, sentiasa bersatu dan beroleh kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan akhirat..!!” Amin..!!

 

Sekali-sekala…

Sekali-sekala ke taman permainan di hujung minggu memang bikin teruja…Selalunya bila ‘tiba masanya’, Super Alya akan menjadi tukang pujuk mewakili 3 beradik mengajak kami ke taman permainan….Tidak sampai hati untuk menghampakan mereka terutama Aina dan Super Alya yang sudah banyak berkorban untuk adik bongsu mereka….

Jom, kita lihat foto2 yang sempat diambil 2 minggu lepas…Emmm, baru berkesempatan mengemaskini blog hari ini….

Sekali-sekala bila lihat 3 beradik cukup gembira….bikin kami juga gembira…Alhamdulillah!!

%d bloggers like this: