Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014..!!

“Selamat Tahun Baru 2014..!!”..Maaf, agak terlewat untuk mengucapkannya tahun ini . Lama saya tidak mengemaskini blog, jadi malam ini, saya akan berusaha untuk mengemaskini satu entri..

HNYKisah 2 puteri…

Bermula sahaja cuti sekolah penggal terakhir tahun lepas, Aina dan Alya terus menyertai Kem Pemantapan Solat, Adab & Qasidah selama 2 minggu anjuran surau di komuniti kami. Penyertaan tahun ini lebih ramai, melebihi 90 orang kanak-kanak dan anak-anak di awal remaja. Mungkin kerana pengisian tahun ini diberi nafas baru dengan pengisian tentang adab juga qasidah. Aina terpilih menyertai kumpulan qasidah perempuan yang turut mengadakan persembahan pada malam penutup kem.

IMG13898-20131117-0858

Selesai Kem Pemantapan Solat, Adab & Qasidah, Aina menyertai pula Kem KASIH (Kem Anak Soleh, Insan Hebat) di bawah kelolaan Ustaz Yusuf selama seminggu di Sungai Seluang. Tempatnya tidak jauh dari rumah kami, tetapi inilah kali pertama Aina berjauhan dari kami. Terasa benar ketiadaannya di rumah, malah Alya kawan bergaduh dan kawan bergurau Aina turut ‘mati kutu’. Sengaja kami masukkan Aina ke kem ini. Suami mahu Aina menjadi individu yang lebih berdikari. Cuak juga sebentar semasa menghantar Aina ke kem tersebut bila melihat kawasan perkuburan betul-betul bersebelahan kem. Saya tertanya-tanya juga di dalam hati, “Mampukah Aina bertahan…? .”…dan rupanya Aina lebih berani dari yang disangka. Yang lebih menggembirakan, Aina juga terpilih menjadi pelajar terbaik perempuan untuk Kem KASIH kali ini!!

18 Disember – Sambutan hari jadi Alya yang ke-8. Tahun ini Alya minta sesuatu yang lebih istimewa untuk majlis sambutan harijadinya. Alya mahu sambutan majlis harijadinya dibuat ala-ala Abby, watak kanak-kanak dalam cerita Filipina favourite kami iatu ‘Be Careful With My Heart’….Alya mahu sambutan yang lebih meriah dengan mini sukaneka!! Jadi tahun lepas  saya menjadi birthday planner yang lebih sibuk berbanding tahun-tahun sebelumnya dari urusan merancang persiapan termasuk untuk sukaneka, membeli-belah apa yang diperlukan, menghias rumah dan menyiapkan bahan-bahan majlis dan sukaneka. Kali ini juga, suami kami ‘rehatkan’ memandang suami cukup sibuk dengan urusan pejabat. Ke hulu hilir bersama tim Wonder Pets kami dan masing-masing cukup teruja!!

Alhamdulillah, majlis harijadi Alya berlangsung meriah walau dalam serba sederhana. Jiran depan rumah menghadiahkan kek coklat yang sedap dan cantik hiasannya.

IMG14181-20131218-1801

IMG14175-20131218-1754

IMG14177-20131218-1757

Mini sukaneka mendapat sambutan hangat dari kawan-kawan 2 beradik yang datang menghadiri majlis. Puas rasanya dapat menunaikan permintaan Alya walaupun penat…ia masih berbaloi bila melihat Alya gembira bersama anak-anak jiran!!

IMG14188-20131218-1836

IMG14189-20131218-1839

IMG14190-20131218-1852

IMG14191-20131218-1856

Kisah putera…

Tahun lepas mencatat kenangan cukup manis untuk perkembangan pertuturan Aiman….Sebelum berakhir tahun 2013, Aiman sudah mampu menggabungkan 2 hingga 4 perkataan menjadi ayat yang diiucapkannya!! Alhamdulillah, Alhamdulillah tiada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa syukur kami dengan perkembangan positif ini.  Walaupun dari segi mobilitinya, kemajuan Aiman masih berdikit-dikit kami masih bersyukur…Nikmat dapat mendengar suara Aiman melontarkan perkataan demi perkataan mengatasi rasa gusar kami tentang perkembangan mobiliti Aiman….

Tahun 2014…

Banyak yang ingin dilakukan untuk 3 beradik. Tahun ini, Aina akan menduduki peperiksaan UPSR.  Pencapaian Alya dalam akademik pula harus dipertahankan dan dipertingkatkan. Tahun ini Alya berjaya memasuki kelas pertama selepas 2 tahun berada di kelas corot. Alhamdulillah…

Aiman?? Kami amat berharap Aiman mampu untuk duduk sendiri tahun ini. Aiman juga akan meneruskan homeschoolingnya untuk tahun kedua….

IMG14282-20140104-1515

IMG14137-20131215-1900

Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan memberi lebih banyak khabar gembira untuk famili kecil kami dan anda yang membaca entri ini. Semoga Allah memberi kita pertolongan dan ilham, juga diberi ketabahan dan kesabaran dalam apa juga yang  sedang atau akan diusahakan.

Terus berdoa dan berusaha!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: