Julang Bestari 2012..

Hari ini, di sekolah Aina dan Alya diadakan Majlis Julang Bestari 2012..Selalunya keputusan penggal ke-2 akan diambil untuk pengiktirafan di Majlis Julang Bestari dan keputusan peperiksaan akhir tahun akan menjadi penentu kedudukan kelas pada tahun berikutnya..

Jadi, pagi2 lagi kami dah bersiap dan ke sekolah…Kali ini, kali pertama suami tak dapat hadirkan diri untuk majlis ini…Suami baru bertukar kerja..agak sukar untuk dirinya memohon cuti dek tanggungjawab yang semakin besar…Jadi terpaksalah saya yang kurang arif tentang ‘shoot2’ cantik ni jadi jurugambar untuk Aina…

Alhamdulillah, tahun ini Aina mendapat 2 hadiah untuk subjek terbaik dalam Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Cina…Cuma untuk kedudukan dalam kelas dan aliran Aina mendapat tempat ke-4..tak derlah rezeki untuk kali ini….

Saya masih ingat lagi, tahun 2010 ialah tahun kami berjuang untuk Aina dan Alya…Menaikkan kembali gred dan markah…dan untuk Alya boleh membaca….Alhamdulillah, kami berjaya!! Dan Aina terus kekal di kelas pertama …

“Tahniah Aina!! Terimakasih kerana buat Ma dan Abah bangga dengan pencapaian Aina…Maafkan Ma dan Abah kerana tahun ini Ma dan Abah tak dapat memberi sepenuh perhatian pada Aina dan Alya seperti dahulu…dan kalian sering keletihan di hujung minggu….Ma dan Abah amat berharap Aina dan Alya memahami situasi yang sedang kita lalui sekarang ini…Namun Ma dan Abah yakin Aina sudah boleh berdikari!…Teruskan perjuangan Aina untuk menjadi yang No.1. Untuk Alya…harap2 tahun depan Ma dan Abah boleh melihat Alya naik ke pentas juga…Ganbatte!!”

Leave a comment