Kerana itu…

Kadang2 bila kawan2 bergurau kepada saya untuk menambah cahaya mata, saya menjadi agak emosi…Mengapa???

Semasa saya mengandungkan Aina dan Alya..saya mengalami alah yang agak teruk….hingga ke hujung tempoh kandungan…dan kedua2nya perlu divakum semasa proses kelahiran….Semasa mengandungkan Aiman pula…lebih kurang begitu juga…malah dengan tiba2 saya mengalami ‘drooling’ yang teruk…hingga memaksa saya mengambil cuti sakit selama 2 minggu…

Dalam tempoh 2 tahun ++ sebelum dan semasa mengandungkan Aiman, fizikal dan mental saya begitu tercabar…Saya seorang yang komited dalam tugas..saya masih bekerja ketika itu…berusaha mencapai cita2 saya, sementelah saya amat meminati bidang kerja saya ketika itu…Tiada hari yang tidak pernah saya lupakan tentang tugas di pejabat…..

Dalam masa yang sama ketika itu,  kesihatan arwah mak dan abah mentua mula terjejas…Apabila arwah mak dijemput Ilahi, kesihatan arwah abah semakin menurun…dan arwah abah ingin kekal tinggal di rumahnya sendiri…Jadi, setiap hujung minggu kami perlu pulang ke Bruas untuk mengambil giliran menjaga arwah abah dan mengurus rumahtangga. Mujurlah ketika itu, bibik yang baru kami ambil, bersama2 membantu..Saya mengandungkan Aiman tidak lama selepas itu.. dan bibik lari entah ke mana semasa kandungan semakin membesar…. Bermulanya episod stres & keletihan amat….Saya masih sibuk dengan tugas di pejabat dan berulang-alik setiap minggu ke Bruas ….Saya masih ingat, kadang2 saya benar2 ingin menangis dek kepenatan….Tetapi pada masa itu, saya dan suami tidak banyak pilihan…dan saya akur….Pada masa usia kandungan 6 bulan ++ bermulanya episod ‘bleeding’ dan akhirnya kami mendapat tahu Aiman tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup dan air ketuban yang agak kritikal…Doktor memberitahu rutin harian yang sibuk dan keadaan penat yang berterusan mungkin menjadi punca berlakunya kekurangan oksigen pada Aiman….Arwah abah mentua meninggal 2 bulan sebelum kelahiran Aiman…Aiman yang disahkan Cerebral Palsy beberapa bulan kemudian…

..dan saya pernah menyalahkan diri sendiri dan segalanya atas apa yang berlaku…..Mujur suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada saya….di mana saya akhirnya cukup redha dengan bahagian Aiman dan kami….

Jadi memiliki cahaya mata baru bukanlah impian saya dan suami ketika ini…..Di kala kami begitu sibuk dengan jadual terapi jarak jauh dan pemulihan Aiman di rumah…Saya cuba membayangkan keadaan Aiman jika saya mengandung lagi….9 bulan + masa berpantang…..dan bagaimana Aiman perlu melalui tempoh2 itu bila saya perlu berehat secukupnya untuk mengelakkan episod lama berulang??? Tempoh masa hampir setahun yang akan dikorbankan dengan kurangnya stimulasi dan latihan secara mendadak, di kala Aiman semakin maju dalam pemulihannya walau secara perlahan…

Saya juga membayangkan jika saya terus komited dengan perjalanan terapi jarak jauh  dan ‘home program’ Aiman yang lasak..bagaimana nasib kandungan saya kali ini…. Untuk 2 keadaan ini, sudah membuatkan saya hampir menangis membayangkannya…..!!

Kerana itu, cukuplah ketika ini kami berlima..bersama 2 anak tipikal dan seorang istimewa..2 perempuan seorang lelaki…Sudah cukup lengkap rasanya famili ini….dan itulah juga yang saya harapkan dari perancangan Allah yang lebih hebat dan terbaik…Tetapi jika Allah sudah menetapkan yang sebaliknya untuk kami.. biarlah pada ketika itu Aiman sudah boleh berdikari dan kami berada dalam keadaan yang lebih bersedia..!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: