Ramadhan 2012

Ramadhan datang lagi….cepat betul masa berlalu rasanya…Ramadhan kali ini seperti 2 tahun sudah..saya memasak sepenuhnya jika ada di rumah…Dan sudah 7 hari berpuasa, kami belum lagi menjengah bazar Ramadhan…

Tahun ni tahun ke-3 Super Alya berpuasa, dan tahun pertama bersekolah..Alhamdulillah Super Alya masih belum pernah tinggal puasanya, walaupun ada juga meminta buka puasa..Kata Alya, lepas raya Alya ganti….Hari tu balik sekolah Alya mengadu sakit dada…Tapi, bila kami beritahu supaya cepat bersiap sebab nak ke Tesco, terus hilang  sakit dada Super Alya!! Aina pula ‘maintain’…petang selepas balik sekolah,  saya biarkan 2 beradik tidur..kasihan melihat mereka keletihan…Bagusnya, masa sahur 2 beradik senang nak bangun, mungkin sudah biasa dan minuman Milo wajib disediakan untuk 2 beradik..

Aiman masih dengan rutin biasanya, ‘exercise’ dan ‘exercise’…cuma Aiman macam pelik bila sarapan pagi dan makan tengahari seorang diri….Makan pun kurang seleranya…Tapi bila masa berbuka puasa, boleh tahan Aiman makan..nak ‘cover’ agaknya…Aiman pun sekarang lebih suka minum guna cawan sendiri bukan dari bekas ‘tommy tippee’nya.

..dan saya masak yang mudah-mudah sahaja…diselang-seli dengan menu yang lebih istimewa….

 

Karipap gajah??? Emmm, macam biasa tahun ini juga, tunggu suami buatkan..juadah istimewa bulan Ramadhan..untuk dikongsi bersama jiran-jiran…

…dan esok, Insya-Allah, membeli-belah untuk 3 beradik!!

“Selamat menunaikan ibadah puasa daripada kami sekeluarga..!!”

 

2 responses to this post.

  1. Posted by wani mohd on July 28, 2012 at 9:29 am

    selamat berpuasa kak ju!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: