Posts Tagged ‘kasut sekolah’

Kasut baru Super Alya!

Malam ini kami keluar bershopping..dan ia bukan rutin biasa..selalunya kami akan bershopping di hujung minggu…tetapi Super Alya perlukan kasut bertutup untuk Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Jumaat petang nanti, kena jugalah keluar membeli..

Mula-mula saya, Aiman dan Aina singgah ke Landmarks Books Store, sementara suami dan Super Alya melihat2 kasut sebelum menyusul bersama ke Landmarks..tempat kegemaran kami bila ingin membeli buku….Kami belikan buku-buku untuk aktiviti harian pada cuti sekolah nanti..Buku Latihan BM, English, Matematik & Sudoku untuk Super Alya dan buku latihan English dan novel kanak2 ‘Lego Vs Milo’ untuk Aina..

Untuk Aiman Si Hebat CP, berkotak-kotak Sustagen kami belikan memandangkan harga di Giant masih murah…Stok baru nanti memang takkan dapat harga seperti ini lagi..Ambil peluang selagi boleh mendapatkan stok harga lama!! Sambil bershopping susu, melihat2 kasut untuk Alya tetapi tiada yang berkenan di hati suami..

Jadi selepas itu, kami pergi membeli kasut Alya di kedai pertama tadi…Emmm..kasut bertutup baiklah beli sahaja kasut sekolah…Alya pun tahun depan dah masuk darjah satu…Punya seronok Super Alya dapat kasut sekolah…berlari-lari penuh gaya dengan kasut baru, sampai kami tertawa melihat gelagatnya…!!

Cukuplah malam ini bershopping…nanti bershopping pula untuk persediaan ke sekolah!!