Posts Tagged ‘persembahan nasyid’

Cuti Sekolah 2011 (Part 2)

Hari ni Aina dan Super Alya dah tamat Kem Pemantapan Solat 2011 yang dianjurkan oleh Surau Al-Munawarrah untuk kali ke-2…Aina dan Alya pergi lewat sehari kerana hanya pada hari Selasa kami bertolak pulang ke Kulim..Super Alya beriya hendak menyertai kem kali …Kami membenarkan Alya pergi kali ini…bagi dia pendedahan kata suami..Sejak petang tadi Aina dan Alya sibuk berlatih nasyid di surau, untuk persembahan di majlis penutupan..

Sebentar tadi berlangsung majlis penutupan Kem Pemantapan Solat…berlangsung selepas majlis bacaan Yasin yang telah menjadi rutin setiap malam Jumaat…dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh kanak2 yang menyertai Kem Pemantapan Solat kali ini….

Dan saya sejak lewat tengahari mendapat sakit kepala yang teruk..malah saya berasa gusar sekali samada saya mampu ke surau…Menjelang Maghrib, sakit kepala beransur2 hilang….Alhamdulilah, Alhamdulillah…

Syukur kepada Allah!! Sesungguhnya hari ini seperti hari2 indah yang lain…Allah masih mempermudahkan segalanya…untuk kami dan semua!!