Posts Tagged ‘oku’

Lihat Langit Tinggi: Menggapai Impian Aiman

Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini, saya mahu bikin sedikit promo. Jika anda berminat mahu membeli buku kisah benar perjalanan dan kehidupan kami bersama Aiman, anak hebat Cerebral Palsy, whatsapp saya di talian 017-4080600. Harga buku hanya RM20 (Semenajung Malaysia) dan RM22 (Sabah/Sarawak).

Ia bakal datang beserta tandatangan dan hadiah percuma juga..!!

poster aiman

Advertisements

It’s okay…

Selepas hampir 5 tahun kehadiran anak istimewa ini dalam famili kecil kami, perasaan ini juga telah bertukar hampir sepenuhnya. Tiada lagi tangis hiba, tiada lagi kerisauan memuncak. Yang ada hanya rasa syukur yang tiada berpenghujung..Alhamdulillah. “RAIKAN HIDUP” (meminjam kata-kata sis Raja Rohaisham yang punya 2 anak Cerebral Palsy). Coretan dari hati untuk satu-satunya anak lelaki istimewa kami, Muhammad Aiman dan rakan-rakan seperjuangan..!!

IMG13007-20130723-1531

IT’S OKAY!!

It’s okay, 

Bila punya anak istimewa..

Ia bukan tentang kenan, sumpahan atau kifarah…

Ia tentang tulisan takdir yang telah tertulis lama…..di Luh Mahfuz.

It’s okay,
Bila punya anak istimewa,
Kelainannya bikin mata hati kita terbuka, 
Bikin kita sentiasa bermuhasabah diri,
Tentang hubungan kita dengan Sang Pencipta…

It’s okay,
Bila punya anak istimewa,
Makin kita redha, makin kita bersyukur,
Urusan kita Insya-Allah sentiasa dipermudahkan,
Rezeki kita sentiasa akan bertambah,
Kasih sayang kita bercambah,
Keimanan kita bertingkat…

It’s okay,
Bila punya anak istimewa,
Tidak perlu menangis hiba,
Redhakan kehadirannya…
pasti senyuman sentiasa di bibir kita…

Alhamdulillah!!!

2 Kisah..

Saya ingin membantu mereka yang melalui ujian yang sama ketika ini dengan menaikkan semangat yang mungkin selalu turun naik  atau mungkin merudum terus. Saya ingin semua yang punya anak istimewa tidak cepat mengalah, apatah lagi berputus asa. Jadi kali ini, saya kongsikan 2 kisah Aiman. Hakikatnya, kami masih punya cerita pilu cuma kami menukarkannya menjadi satu semangat untuk terus berusaha demi Si Hebat Cerebral Palsy ini.

Kisah 1.

Doktor Pakar: Aiman ni PVL tahap berapa ( sambil mencari2 maklumat di fail Aiman)

Saya : Tahap 5 doktor..** (Tahap 5 ialah tahap tertinggi kecederaan bagi kategori PVL)

Doktor Pakar : Hmm… (Mukanya berubah dari cerah ke ‘gelap’ dan saya cukup memahami maksudnya dan terus tiada komen dari doktor pakar tersebut tentang keupayaan mobiliti Aiman, melainkan cadangan penggunaan kerusi roda!!)

Kisah 2.

Saya : Aiman ni ada peluang untuk duduk sendiri tak Mr XXX?

Pakar Perawat TCM : (Sambil memeriksa Aiman)…Tiada jawapan untuk seketika, sebelum dia berkata “Cubalah..”

IMG13007-20130723-1531

Kami boleh sahaja ‘rebah’ dengan 2 kisah ini. Tapi kami memilih untuk terus berjuang….kerana kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya..!! Pstt…..Semalam, kami diberi harapan oleh seseorang…Katanya, dia dapat merasai perubahan positif iaitu peningkatan kekuatan dalaman pada tubuh Aiman…Alhamdulillah!!! Ganbatte!!

“No Limits”

Hari Sambutan Cerebral Palsy Sedunia…!!

Hari Sambutan Cerebral Palsy Sedunia...!!

Bacalah Anakku..

Kami sudah memulakan misi belajar membaca untuk Aiman. Kami memilih set ‘Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku’ untuk Aiman.

Perjuangan ini baru bermula. Tapi kami yakin dengan izin dan rahmat dari Allah, Aiman mampu membaca dengan sempurna satu hari nanti. Kami mensasarkan sebelum umurnya mencecah 5 tahun pada tahun hadapan, Aiman mampu membaca ayat-ayat mudah. Insya-Allah dan ganbatte!!

“No Limits”

Anak Istimewa…..

Telatah Aiman, anak hebat ‘Cerebral palsy’  kadang-kadang memang memenatkan dan membuatkan saya kadang-kadang kehilangan ‘mood’….tapi itulah realitinya kerana anak-anak istimewa memang selalu inginkan belaian dan perhatian yang lebih……….Aiman masih belum boleh berjalan dan bertutur walaupun sudah berusia 2 tahun…sedangkan nalurinya seperti kanak-kanak normal yang ingin sentiasa aktif dan mencuba benda-benda baru….dan Aiman masih dalam rawatan….walaupun perubatan moden mengatakan CP tidak boleh sembuh, tapi saya dan suami sentiasa positif dan percaya pada kebesaran Allah..dan kami tidak pernah putus asa untuk ‘membebaskan’ Aiman…

2 minggu lepas semasa pergi ke madrasah bersama suami dan anak-anak, untuk turut serta bersama komuniti Muslim membaca surah Yasin, saya disapa isteri Ustaz, katanya “Allah memberi kita anak istimewa untuk memberi kita peluang merapatkan diri lagi kepada-NYA…” Subhanallah, memang betul cakap isteri ustaz, saya diberi peluang,rezeki dan rahmat untuk terus mendekatkan diri kepada Allah setelah saya menetapkan pendirian untuk tidak lagi mencari pekerjaan idaman tetapi mendidik dan menjaga anak-anak dan rumah tangga…..

%d bloggers like this: