Posts Tagged ‘felda gedangsa’

Pelancaran Buku 3 Serangkai

Alhamdulillah, kisah perjalanan warna-warni kehidupan Aiman Si Hebat CP telah dibukukan dan bakal dilancarkan pada 18 April 2015 ini. 

Jemputan untuk semua pembaca di blog Timang Tinggi-tinggi. InsyaAllah, kami sekeluarga akan berada di sana.

Nantikan kemunculan buku “Lihat Langit Tinggi – Menggapai Impian Aiman”!!

En Hasan

Advertisements

Aiman & Kak Raw @ Felda Gedangsa (Part 2)

Kata kak Raw, hari ni rezeki Aiman Si Hebat CP…Walaupun baru masuk minggu ke-3 Aiman mendapat sentuhan kak Raw, melihat keadaan kesihatan Aiman yang baik, hari ini kak Raw sudah memulakan sesi pemulihan tulang belakang Aiman yang sedikit bengkok dan membetulkan tulang paha Aiman yang terkeluar sedikit ..Selalunya hanya pada minggu ke-6 rawatan masuk tulang akan bermula…Saya ceritakan keadaan kaki Aiman yang bersilang…kata kak Raw Insya-Allah kalau tulang belakang lurus elok, kaki Aiman takkan bersilang lagi…Bagi kanak-kanak Cerebral Palsy keadaan tulang peha dan pinggul yang lari/terkeluar …atau tulang belakang bengkok serta kaki yang bersilang adalah perkara ‘biasa’…tetapi ia perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil!!

Kata kak Raw lagi kemungkinan Aiman boleh demam selepas sesi ini…jadi cuma berikan ubat demam sahaja.

Kali ini sepanjang perjalanan balik dari Felda Gedangsa yang memakan masa hampir 4 jam, Aiman lena di pangkuan saya…bangun sebentar menangis tetapi lena semula….Alhamdulillah!! Walaupun tangan dan kaki terasa cukup lenguh memangku Aiman….kami semua cukup lega kerana hari ini,  Aiman is a very very good boy!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

Super Mums @ Felda Gedangsa..

Hari ini di Felda Gedangsa pagi-pagi lagi dah ramai yang datang menunggu….dan saya pula menunggu Super Mums yang akan datang  bersama Super Kids mereka….Mula2 Ayu, kawan sedesa sewaktu di USM sampai dahulu bersama suami membawa anak2nya..Muhammad Hasif, anak bongsu Ayu yang mendapat rawatan daripada kak Raw….Seronok berjumpa kawan lama dan bertukar cerita..maklumlah dah lebih 10 tahun tidak berjumpa lantaran masing2 membawa haluan sendiri….

Semasa menunggu Aiman di standing frame, mata saya tiba2 terlihat pada wajah comel yang seperti saya kenali…Nabila..Betul Nabila…dan gembira bila pertama kali bersua muka dengan Ina, ibu Nabila….yang selama ini cuma dapat berbual di laman facebook sahaja…

Dan hari ini mencatat momen manis..pertemuan 3 Super Mums, 3 Super Dads dan 3 Super Kids di Felda Gedangsa…..Mengapa Super Mum?? Kerana sejak sebulan ini…ibu-ibu terpilih berkumpul di laman sosial Facebook ‘Super Mum’s Angel’ group berkongsi info, rasa dan cerita tentang anak-anak syurga…!!

%d bloggers like this: