Posts Tagged ‘Anak Istimewa’

Lihat Langit Tinggi: Menggapai Impian Aiman

Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini, saya mahu bikin sedikit promo. Jika anda berminat mahu membeli buku kisah benar perjalanan dan kehidupan kami bersama Aiman, anak hebat Cerebral Palsy, whatsapp saya di talian 017-4080600. Harga buku hanya RM20 (Semenajung Malaysia) dan RM22 (Sabah/Sarawak).

Ia bakal datang beserta tandatangan dan hadiah percuma juga..!!

poster aiman

Advertisements

Bilal Muda..

Saya tidak menulis kosong tentang  ‘Bilal Muda’ apabila mengemaskini status tentang Aiman di FB baru-baru ini. Saya benar-benar maksudkannya.

1452123_689259184431109_1101782818_n

Saya ingin melihat Aiman menjadi seorang muazzin. Melaungkan azan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat, dapat berjemaah di setiap waktu solat, di saf pertama, di awal waktu dan Insya-Allah di bawah lindungan serta rahmat-Allah di hari kebangkitan kelak. Bila saya mendengar pelajar Tahfiz di komuniti kami melaungkan azan, saya begitu kepingin sekali untuk melihat Aiman juga begitu suatu hari nanti. Saya yakin suami juga bersetuju tentang itu.

Alhamdulillah, sejak semalam Aiman sudah boleh menyebut ‘Muhammad asulullah (Rasulullah)’..Aiman sudah petah dalam zikirnya menyebut ‘Ya Allah’ dan ‘Ya Latif’. Kalau sudah masuk waktu dan dia melihat Alya tertidur, pasti Aiman sibuk kejutkan Alya..”Ya, solat, Ya..solat”…Aiman juga sudah mampu menyebut kesemua huruf jawi dengan agak baik dan dia juga sudah mula mengingati sesetengah susunannya!!

Begitulah yang berlaku ketika ini. ..Tetapi kami tidak mahu ia berhenti setakat itu..Perjalanan ke Kuala Lumpur baru-baru ini membawa kami ke Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan Faqeh) beralamat di No.17, Jalan 16/4, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

935042_361953847240223_1247240663_n

1459863_438316869603920_2040703969_n

Bertemu tuan Zaini Abas dan isterinya Dr. Nazean Jomhari pengasas yayasan ini yang kini berkerjasama dengan Pusat Penyelidikan Quran, Universiti Malaya.  Kesukaran pasangan ini mendapatkan guru yang mahu mendidik anak istimewa mereka, seorang anak Autistik membawa kepada penubuhan yayasan ini. Kami kagum dengan mereka. .!! Ketika ini, sudah ada kelas harian dan mingguan untuk anak-anak istimewa. 

Terima kasih kepada tuan Zaini dan Dr Nazean serta kakitangan sukarelawan mereka yang sudi menerima kami sekeluarga dan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Kami mendapat inspirasi baru untuk Aiman dan Insya-Allah juga pada kawan-kawan Aiman nanti. Kata Ustazah dari Temerloh Pahang (Maaf, saya betul-betul terlupa namanya..) yang turut menjadi pendidik di situ, ada anak CP di tempatnya yang sudah mampu membaca juzuk-juzuk Al-Quran. Katanya, Aiman punya jiwa yang besar….!! Aamin dan mudah-mudahan ia benar begitu..!!

Klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Yayasan Faqeh : http://www.youtube.com/watch?v=xwm6NYpsT1s

Insya-Allah, kami akan usahakan pembelajaran Al-Quran yang lebih sistematik untuk Aiman…Langkah demi langkah, ia tidak mudah, tapi moga jalan-jalan usaha ini nanti dipermudahkan Allah.

Muazzin..? Ya, memang ia benar-benar dimaksudkan untuk Aiman…..!! Dan semalam walau tidak penuh dan sempurna lagi, Aiman mula ‘berlatih’ saya kira untuk menjadi seorang muazzin..!!

IMG14045-20131203-2058

2 Kisah..

Saya ingin membantu mereka yang melalui ujian yang sama ketika ini dengan menaikkan semangat yang mungkin selalu turun naik  atau mungkin merudum terus. Saya ingin semua yang punya anak istimewa tidak cepat mengalah, apatah lagi berputus asa. Jadi kali ini, saya kongsikan 2 kisah Aiman. Hakikatnya, kami masih punya cerita pilu cuma kami menukarkannya menjadi satu semangat untuk terus berusaha demi Si Hebat Cerebral Palsy ini.

Kisah 1.

Doktor Pakar: Aiman ni PVL tahap berapa ( sambil mencari2 maklumat di fail Aiman)

Saya : Tahap 5 doktor..** (Tahap 5 ialah tahap tertinggi kecederaan bagi kategori PVL)

Doktor Pakar : Hmm… (Mukanya berubah dari cerah ke ‘gelap’ dan saya cukup memahami maksudnya dan terus tiada komen dari doktor pakar tersebut tentang keupayaan mobiliti Aiman, melainkan cadangan penggunaan kerusi roda!!)

Kisah 2.

Saya : Aiman ni ada peluang untuk duduk sendiri tak Mr XXX?

Pakar Perawat TCM : (Sambil memeriksa Aiman)…Tiada jawapan untuk seketika, sebelum dia berkata “Cubalah..”

IMG13007-20130723-1531

Kami boleh sahaja ‘rebah’ dengan 2 kisah ini. Tapi kami memilih untuk terus berjuang….kerana kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya..!! Pstt…..Semalam, kami diberi harapan oleh seseorang…Katanya, dia dapat merasai perubahan positif iaitu peningkatan kekuatan dalaman pada tubuh Aiman…Alhamdulillah!!! Ganbatte!!

“No Limits”

Bersama Mujaheeda!!

Kami berjumpa di dalam FB…Walau tidak mengenalinya, cukup membaca coretan2 di blognya http://lightnur.blogspot.com , saya tahu wanita ini wanita tabah…Saya menangis bila pertama kali membaca coretan tentang anak CPnya, Mujaheeda setahun lalu…Ingin sekali bertemu..

Benarlah, jika sudah rezeki, tidak ke mana….12hb Januari 2013, akhirnya kami dipertemukan juga oleh Allah….Tahun ini, kak Nurul dan keluarga pulang dari Australia untuk bercuti seketika di Malaysia.. Walaupun tiada kepastian hingga saat akhir dek kebimbangan tidak sempat dengan jadual masa terapi Aiman yang padat, akhirnya hajat saya tertunai bila kami dapat tiba ke Tanjung Malim lebih awal dari perjalanan selalu… Alhamdulillah, dapat juga bertemu dan berbual ringkas bersama kak Nurul dan keluarga….Bertemu anak CPnya, Mujaheeda, anak yang cukup istimewa….Sebaya Alya…walau terlantar, saiz badannya sama seperti kanak2 tipikal sebayanya…!!

IMG09078-20130112-0955

Cukup gembira dengan pertemuan ini walau hanya sebentar…memandangkan masa yang tidak mengizinkan untuk berbual lama kerana perlu berkejar ke Kajang untuk sesi ‘accupressure’ Aiman…Sebelum beredar saya cium pipi dan dahi Mujaheeda…Ada getar di dada dan terasa amat sayang pada anak ini…

Untuk kak Nurul dan keluarga, terima kasih atas layanan mesra dan ole2 dari bumi kangaroo..Moga urusan kalian sentiasa dirahmati dan  dipermudahkan -NYA….Untuk Mujaheeda… kami doakan  Mujhee terus menjadi permata dalam keluarga, bertambah sihat, panjang umur, dan bertambah maju..!!

“Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi..!!”

Suami di sisi…

Sewaktu menunggu Occupational Therapist sampai tempoh hari, saya berbual-bual dengan seorang kakak yang turut membawa anak istimewa perempuannya yang berusia 12 tahun….melihat suami yang turut menemani saya, dia mengeluh…katanya hanya dia yang selama ini membawa anaknya ke hulu hilir untuk rawatan…tidak kuat katanya…sangka saya kakak ini mungkin seorang ibu tunggal, tapi menurutnya suaminya masih ada, tapi tidak begitu peduli tentang rawatan anak perempuannya….

Saya cuba meletak diri saya dalam keadaan kakak ini…pasti sedih..mempunyai anak istimewa sudah merupakan satu ujian, menanggungnya seorang diri pasti diri merasa tidak kuat dan tiada sokongan sedangkan suami ada di sisi…

Alhamdulillah, sepanjang rawatan demi rawatan, terapi demi terapi, suami sentiasa ada di sisi menemani saya…ada masanya, sesekali saya berasa terlalu sedih bila memikirkan masa depan Aiman, suami pasti meniup semangat kembali pada saya….menyakinkan saya bila tiba masanya Aiman pasti boleh berjalan dan bertutur….

Suami memberi kekuatan, tidak pernah saya mendengar dia merungut menyesal malah jarang sekali memberitahu dia keletihan walaupun terpaksa memandu 4-5 jam selepas waktu kerja, 2-3 minggu sekali ke Kuala Lumpur untuk rawatan akupuntur Aiman…dan kini mula memandu sekitar jam 3 pagi setiap hujung minggu ke Felda Gedangsa…Bila tiba masanya Aiman pergi untuk sesi follow-up di hospital suami memgambil cuti 1/2 hari..dan bila terapi Aiman semakin bertambah di hujung minggu (hanya terhenti seketika kini untuk memberi laluan kepada rawatan kak Raw), suami tetap di sisi..berkongsi segalanya…

Doa saya….semoga suami sentiasa terus ada di sisi memberi kekuatan, dorongan dan menjadi inspirasi kepada saya dan anak-anak…Dipanjangkan umurnya, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang bertambah, dan jodoh yang berkekalan……Insya-Allah.

Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah

Jika anda ingin melihat sebuah realiti kehidupan, kesedihan, pengorbanan,harapan dan keindahan suratan kehidupan,  bacalah buku ini… kisah realiti keluarga Hasan Suyut ‘bergelut’ dengan takdir dan berkejar dengan masa demi memulihkan anak istimewanya, Atiq Wazif….dari Malaysia, ke China akhirnya berhijrah ke Amerika hanya untuk anak istimewa mereka…dan ia memberi inspirasi kepada saya, menongkah arus untuk memulihkan Aiman, Si Hebat CP…

Terbitan : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM  24.50

ISBN 978-983-097-190-2

Penulis : Hasan Suyut

Fakta : Diterbit pada 2008 dan telah diulang cetak pada 2010

Anak Istimewa…..

Telatah Aiman, anak hebat ‘Cerebral palsy’  kadang-kadang memang memenatkan dan membuatkan saya kadang-kadang kehilangan ‘mood’….tapi itulah realitinya kerana anak-anak istimewa memang selalu inginkan belaian dan perhatian yang lebih……….Aiman masih belum boleh berjalan dan bertutur walaupun sudah berusia 2 tahun…sedangkan nalurinya seperti kanak-kanak normal yang ingin sentiasa aktif dan mencuba benda-benda baru….dan Aiman masih dalam rawatan….walaupun perubatan moden mengatakan CP tidak boleh sembuh, tapi saya dan suami sentiasa positif dan percaya pada kebesaran Allah..dan kami tidak pernah putus asa untuk ‘membebaskan’ Aiman…

2 minggu lepas semasa pergi ke madrasah bersama suami dan anak-anak, untuk turut serta bersama komuniti Muslim membaca surah Yasin, saya disapa isteri Ustaz, katanya “Allah memberi kita anak istimewa untuk memberi kita peluang merapatkan diri lagi kepada-NYA…” Subhanallah, memang betul cakap isteri ustaz, saya diberi peluang,rezeki dan rahmat untuk terus mendekatkan diri kepada Allah setelah saya menetapkan pendirian untuk tidak lagi mencari pekerjaan idaman tetapi mendidik dan menjaga anak-anak dan rumah tangga…..

%d bloggers like this: