Kuala Lumpur….Alor Setar..

Bila mendapat panggilan telefon di tengah malam daripada seorang tenaga pengajar untuk kelas ilmu baru yang terpaksa dibatalkan atas hal kecemasan…Tertangguhlah juga hasrat untuk membawa anak-anak berjalan-jalan ke Kuala Lumpur. Menimbang-nimbang mahu ke mana di tengah malam….Hanya pada sebelah pagi esoknya, kami mengambil keputusan……Jom pergi Alor Setar!!

Terfikir mahu anak-anak mencuba naik keretapi…Lihat di laman web KTMB, keretapi sudah bertolak ke Alor Setar pukul 7.00 pagi dari Sungai Petani…Melihat pula dari Bukit Mertajam….Alamak!! Pukul 5 petang baru ada trip ke Alor Setar….Jadi naiklah kereta biru kesayangan kami menuju Alor Setar….bila ada sesuatu yang berlaku……

Destinasi pertama bila tiba ke Alor Setar…..ke rumah kelahiran Tun Mahathir Mohamad, negarawan ulung Malaysia….Masuk percuma….Suka saya melihat foto-foto Tun bersama isterinya….ada rasa patriotik yang menjengah di hati bila memasuki ke ruang pameran membaca kisah-kisah Tun di awal pembabitannya dalam kerjaya dan politik…Sungguh, Tun juga seorang insan yang penuh empati dan kaya dengan ‘CSR’nya semasa berkhidmat sebagai seorang doktor!!..Sebelum terlupa, Aiman sempat naik basikal yang Tun M suka tunggangi!!

IMG13814-20131102-1124

IMG13801-20131102-1108

IMG13802-20131102-1114

Dari rumah kelahiran Tun, kami singgah ke Muzium Diraja…Dilarang mengambil foto di sini…..sebelum kami singgah ke Masjid Zahir untuk solat Zuhur berjemaah….

???????????????????????????????

Selesai solat, singgah makan tengahari di KFC sahaja dek menunaikan permintaan Aiman…”Yam (ayam), FC…Yam, FC”… (Sebenarnya, saya dan 2 kakaknya juga kepingin..) Punya berselera Aiman makan…..

Sudah dapat tenaga baru, kami singgah ke Menara Alor Setar untuk melihat panorama…..

??????????????????????

??????????????????????

Nampak jelas Gunung Keriang….berhajat mahu ke sana, apatah lagi bila melihat Muzium Padi dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara letaknya dalam kawasan tersebut sahaja….tetapi rancangan tinggal rancangan bila kami  ‘tersangkut’ dan terus ‘tersangkut’ di Pekan Rabu….Hujan lebat turun di akhir jalan-jalan di Pekan Rabu, dan kami singgah untuk caj tenaga baru dengan Kuey teow Sup yang mantop sebelum bersedia kembali ke teratak kami…

IMG13826-20131102-1656

Oopss!! Kami sempat berjumpa Mak Teh Aiman sebelum pulang…Kakak suami yang pergi ke Jitra untuk mengambil anaknya sempat singgah ke Alor Setar….dan ‘The Minion’ hadiah daripada mak Teh untuk Aiman…!!

IMG13828-20131102-2141

Tempat-tempat yang tidak sempat dilawati, Insya-Allah akan dilawati Aina bersama rombongan sekolahnya nanti….Tempat-tempat yang sudah dijanji kepada anak-anak jika pergi ke Kuala Lumpur juga Insya-Allah akan ditunaikan juga nanti…..

Jalan-jalan yang punya hikmah tersendiri….Rupanya kereta biru punya isu penghawa dinginnya……dan Allah memberi hanya sedikit ujian panas bila menukar haluan kami….Alor Setar dan Kuala Lumpur yang jauh berganda beza jaraknya…..Alhamdulillah!! 

Jadi…”Selamat Tinggal Alor Setar..”..dan “Kuala Lumpur, tunggu kedatangan kami..!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: