Jom berbekam!!

Kelmarin, hari Selasa bersamaan 17 Zulhijjah….Antara hari dan tarikh paling elok untuk berbekam..!! Dan Aiman berbekam lagi untuk sekian kalinya sejak pertama kali berbekam pada awal Februari tahun ini sebagai salah satu ikhtiar untuk pemulihannya dengan izin dan rahmat dari Allah. Kali ini, Aiman berbekam di 25 titik..!!

IMG13775-20131022-1822

Sengaja saya ‘reserved’kan tarikh-tarikh ini untuk kami sekeluarga berbekam kerana hari-hari 17,19 dan 21 bulan hijrah ialah hari-hari paling baik untuk melakukan bekam. Paling bagus kerana pada ketika ini darah kotor paling banyak berkumpul di bawah kulit terkesan daripada aktiviti bulan. Ia juga disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis yang dikongsikan dalam catatan ini: 

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21, maka akan menyembuhkan berbagai penyakit”

(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
“Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21”.

(Riwayat at-Tirmizi)

Untuk Aina dan Alya pula, pada hari-hari terbaik ini saya akan melakukan ‘Bekam Minda’ bagi tujuan meningkatkan tahap kecerdasan, fokus pada pembelajaran dan mudah menghafal juga untuk kesihatan keseluruhannya. Kami pula sudah tentu untuk ikhtiar bagi mengekalkan tahap kesihatan!!

Moga-moga ada keberkatan  dan kesembuhan dalam kami mengamalkan sunnah ini secara istiqomah…Jom berbekam!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: