Tentang solat..

Allah memberi ilham kepada saya di satu pagi, mencatat sesuatu yang sering direnungkan tentang solat. Alhamdulillah, ia dikongsi bersama di ‘Page FB’ Inspirasi Sunnah kami dan kini dikongsikan pula di sini untuk renungan semua. 

solat1

 

Jika tidak tahu solat, belajarlah bersolat.

Jika masih belum bersolat, berusahalah untuk mula bersolat.

Jika masih meninggal-ninggal solat, berusahalah mencukupkan 5 waktu solat.

Jika masih solat di hujung waktu, berusahalah solat di awal waktu,

Jika masih solat seorang diri, berusahalah berjemaah dalam solat.

Jika sudah cukup 5 waktu, mulalah berusaha untuk solat sunat.

 

Belajarlah, berusahalah, berusahalah, berusahalah dan istiqomah dalam solat.

Solat demi mencari redha Allah. Semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah!!

 

KERANA…

 

Abu Hurairah berkata, “Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda”:

“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman:

” Lihatlah ( Hai para malaikat ) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?’

Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu “

( Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426 )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: