2 bulan..

Lama saya tidak mengemaskini catatan, walaupun banyak kisah yang ingin dikongsi bersama. Banyak kali juga saya membuka ‘Add New Post’ tetapi selalu berakhir kosong. 

Alhamdulillah, Ramadhan yang lepas mencatat 1001 kenangan yang cukup manis sebenarnya. Bermula sebelum Ramadhan dan berterusan sehingga kini. Transformasi yang diatur Allah berlaku dengan cukup terkesan di hati kami. Ada peristiwa yang berlaku di pertengahan Ramadhan di mana kami benar-benar dan amat-amat berasa betapa Allah mendengar doa kami selama ini. Rezeki yang datang tanpa disangka-sangka dan tidak terlintas langsung di fikiran kami. Ia menjadikan kami cukup-cukup dapat merasai kehebatan dan kebesaran-NYA. Betapa besar kasih sayang Allah kepada para hamba-NYA yang kerdil dan hina yang sering lupa.

Alhamdulillah, kami sekeluarga sedang berusaha untuk menjadi Mukmin yang sebenar-benarnya. Doakan kami. Pinta kami kepada Allah setiap usai solat hanya janganlah ditarik kembali hidayah dan petunjuk yang telah diberi kepada kami. Biarlah segala yang dilakukan dapat diteruskan dan ditingkatkan sehingga hujung nyawa. Ramadhan kali ini juga membuatkan kami benar-benar bertekad dan dalam usaha untuk menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dulu, saya niatkan akan mengunjungi Baitullah jika Aiman mampu melangkah dengan izin-NYA. Insya-Allah, ia akan ditunaikan bila tiba masanya. Cuma ketika ini, ia lebih dari itu. Semoga kami sekeluarga diberi keizinan dan rahmat untuk menjadi tetamu Allah yang istimewa. Beribadat semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah.

Pagi pertama Syawal. Kami agak berdebar. Ini harinya setahun yang lalu, Aiman diserang sawan kali ke-2. Saya sendiri masih trauma bila teringatkan Aiman kaku biru di pangkuan saya. Alhamdulillah, Alhamdulillah…Melepasi waktu itu, tiada apa-apa yang berlaku pada Aiman. Aiman ceria seperti selalu. Bersama menziarahi pusara datuknya di pagi Syawal. Kini, sudah melepasi setahun Aiman tidak diserang sawan tanpa sebarang ubat hospital diberi kepadanya. Alhamdulillah…Terus berusaha dan berdoa kepada Allah.

483930_631871560169872_1311535049_n

933957_631831283507233_853787238_n

Alhamdulillah..!!! Ramadhan dan Syawal. 2 bulan yang memberi makna, impak tersendiri dan ingatan pada famili kecil kami.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dan hari ini 28 Syawal. 2 hari sebelum Syawal menutup tirai. Sebelum terlewat, di kesempatan ini, saya mewakili keluarga mengucapkan ‘Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin’ andai ada catatan di blog ini yang pernah menyinggung. Sungguh, ia bukan niat saya, sekadar menulis catatan dari hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: