Kifarah…

Tidak lama dulu, kami pernah berjumpa seorang lelaki. Katanya Aiman ini menjadi seperti ini (oku) kerana dosa-dosa yang mungkin pernah dilakukan oleh saya, suami, atau datuk nenek Aiman atau mungkin juga keturunan kami yang terdahulu. Kaget kami seketika. Tetapi saya tidak mahu memanjangkan hal ini.

Kifarah?? Terguris benar hati bila membaca catatan seseorang awal pagi ini yang mengulangi kenyataan yang sama. Tidak perlu terus mencari kesalahan saya…Allah…Sayu benar hati….sementelah tidak langsung saya menjentik hidupnya….

Hari ini saya tinggalkan catatan di FB saya..

” Jika benar Muhammad Aiman, anak Cerebral Palsy saya itu kifarah atas kesilapan2 saya pada masa lalu, saya masih bersyukur. Alhamdulillah, kifarah itu membawa saya dekat pada Allah, melahirkan empati dan meningkatkan simpati saya pada insan lain. Jika benar anak ini anak kifarah, anak ini masih membawa rezeki terbesar dan rahmat pada famili kecil kami. Allahu akbar!!! “

Sudah lama rasanya air mata saya tidak tumpah kerana mengenangkan keadaan Aiman…kerana saya sudah cukup redha atas apa yang berlaku pada anak lelaki tunggal saya ini. Melihat Aiman yang ceria dan sentiasa ketawa membuatkan saya sedar anak ini gembira dengan apa yang dilaluinya ketika ini walau dalam serba kekurangan…Setiap kali saya bertanya padanya, mahukah dia duduk sendiri, berjalan dan berlari…Pasti akan diangguk kepalanya sambil tersenyum..

untitledUsai solat Subuh tadi, laju air mata mengalir…Manusia ini kadang-kadang mudah menjatuhkan hukum melebihi Penciptanya. Siapa kita untuk menghukum anak yang suci itu anak kifarah??? Siapa kita untuk menilai seorang individu lain yang kita sendiri tidak kenal hati budinya ??? 

Bacalah catatan email ini,perkongsian daripada seorang sahabat yang juga punya anak istimewa. Semoga mata hati kita terbuka luas. Bersyukurlah jika anak2 kalian cukup sempurna, tetapi janganlah sampai menghina mereka yang kurang. Jika sudah tertulis di Luh Mahfuz itu, anak cacat ini bisa berlari suatu hari nanti, ia juga mungkin boleh terjadi sebaliknya. 

KIFARAH

Semoga kita menjadi manusia berakal yang penuh dengan empati…..

3 responses to this post.

  1. Posted by Suhaila on July 31, 2013 at 8:48 pm

    ganbatte!!!

    Reply

  2. Saya pun pernah seorg rakan sekerja kengatakan yg saya dpt anak cacat disebabkan dosa2 yg saya lakukan. Saya akur saya bukan sempurna byk melakukan kesilapan antara sedar atau pun tidak tp x perlulah sampai menggores perasaan saya. Tp saya bersyukur adanya anak istemewa ini rezeki saya melempah wpun x dpt naik pangkat tp alhamdullilah terima kasih pd mu ya Allah. Tak dpt bayangkan bila tiba masanya kira ajal menjemput anak istemewa ku pasti duniaku terhenti kerana selama ni hidupku meriah dgn kehadirannya

    Reply

  3. Asssalamualaikum dik, terjumpa blog adik dalam carian google, nak cari pasal pekara lain sebenarnya, Akak x sempat membaca semua, cuma akak bermula catatan adik pergi ke felda gendangsa bertemu dgn kak Raw.

    Untuk komen catatan di atas, biarlah apa jua kenyataan yg di berikan oleh orang sekeliling. Sememangnya mmg ada dalam hadis menyatakan ada musibah yg berlaku terhadap anak-anak kita adalah berpunca dari kesalahan masa lalu ibu bapa tersebut. Tapi itu hanyalah satu kenyataan TAPI banyak jenis huraian nya…
    Akak pun pernah di beri kata-kata tersebut oleh orang yg x setinggi mana pun ilmunya. Tapi bila akak pergi kelas-kelas usrah dan bertanya dgn yang lebih arif, akak jadi terima seadanya. Tapi yang akak pegang sampai sekarang, “setiap apa yg berlaku terhadap kita dan anak-anak kita, itu satu ujian dari Allah, Allah tidak akan menguji kita kalau Dia tidak sayang pada umatNya…betul tak dik?”

    Akhir kata, kita sama-sama berdoa untuk di beri keberkatan oleh Nya dalam apa jua yg kita lakukan. Insya Allah.. Harap adik tabah…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: