Aiman, Adam & Minah…

Sudah memasuki 8 bulan Aiman mengikuti terapi pertuturan bersama Mr Mano. Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ini banyak kemajuan yang dicapai Aiman dalam pertuturannya. Aiman juga telah berjaya mencapai target ‘100 patah perkataan dalam tempoh 6 bulan’…!!

Tetapi ada satu yang kurang…Bila Aiman masih tidak mahu bersuara langsung semasa sesi terapi…Hatta, ketawa pun tidak keluar suara…Yang lucunya, bila keluar sahaja daripada bilik terapi, terus kedengaran suara Aiman. Di rumah, siap meniru gaya Mr Mano semasa sesi terapi.

Jadi, bagi memudahkan Mr Mano melakukan pembaikan dan pemulihan pada oral motor Aiman, kami perlu merakam video khas. Jadi, inilah video yang terbaru, dirakam sementara menunggu azan berkumandang..dan seperti biasa, budak kecil itu masih penuh dengan taktik nakalnya..Kata Mr Mano selepas melihat rakaman video, tubuh Aiman tidak sama2 bergerak keseluruhan lagi semasa bersuara seperti mula2 dahulu, malah dia dapat mengawal pergerakan bahunya dengan baik sekali.

Sebelum Aidilfitri tahun ini, Mr Mano mensasarkan untuk Aiman mampu membina ayat dengan menggabungkan tiga perkataan mudah…Moga2 Allah memudahkan urusan ini dan memberi keizinan-NYA…Amin dan Ganbatte!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: