Salam Ramadhan…

Hampir sebulan juga rupanya saya tidak berkongsi kisah di blog ini…Banyak yang ingin diceritakan, tetapi masa agak terbatas kebelakangan ini..

Jom, saya ceritakan secara ringkas perkembangan famili kecil kami…

15.5.2013…Saya dan suami telah melancarkan page kami..’Inspirasi Sunnah’…Saya dan suami kini menjalankan perkhidmatan bekam sunnah di sekitar Kulim…

inspirasi sunnah

Alhamdulillah, bisnes ini mendapat sambutan yang agak baik.. Buat kami bersyukur memandangkan kami yang masih baru dalam bidang ini..dan itulah salah satu faktor mengapa saya tidak dapat mengemaskini blog selalu seperti dahulu…

Belajar dan belajar….Selepas mengikuti kursus urutan meridian tempohari, masa saya banyak dihabiskan untuk mendalami ilmu ini…juga ilmu bekam sunnah….Semangat belajar yang tinggi datang daripada Aiman….Untuk Aiman terutamanya, saya perlu menimba ilmu sebanyak yang mungkin, supaya saya dapat membantu Aiman dalam pemulihannya dan mereka yang memerlukannya dengan izin Allah….

7.7.2013…Saya juga telah mengikuti ‘Kursus Lanjutan Bekam Sinergi’…..Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk menambah ilmu di dada…

9.7.2013..Hari lahir saya yang ke 37…Alhamdulillah….Antara catatan saya yang sempat di’update’ di laman sosial FB…

fb

Suami dan 3 beradik menghadiahkan sebuah buku istimewa kepada saya..

IMG12768-20130710-1551

Super Alya dalam ucapannya yang tertulis dalam kad buatannya sendiri…mendoakan saya panjang umur dan ramai orang yang akan datang untuk berbekam….bikin saya terharu!!

Aiman..?? Alhamdulillah, sihat, ceria dan sentiasa bersedia untuk dibekam…Aiman juga sudah berjaya menyahut cabaran ‘100 patah perkataan dalam tempoh 6 bulan’….Malam tadi saya perasan Aiman sama2 melafazkan sebahagian ayat terakhir surah al-Fatihah..!!

Satu lagi berita gembira…Alhamdulillah, dengan sokongan daripada Dr Izmi, pakar rehab di Unit Rehabilitasi Hospital Besar Pulau Pinang, Aiman memperolehi kerusi roda comel yang ditaja sepenuhnya oleh Tabung Kebajikan Sosial hospital tersebut. Terima kasih Dr Izmi!! Aiman cukup gembira dan teruja bila dapat menggerakkan sendiri kerusi rodanya..

Image0343

Aina dan Super Alya..?? Alhamdulillah..Aina mendapat hadiah subjek terbaik untuk subjek Sains semasa Majlis Julang Bestari baru-baru ini… dan Alya pula mendapat hadiah di majlis yang sama untuk tempat ke-2 dalam kelasnya…Beberapa hari sebelum Majlis Julang Bistari berlangsung, bila Alya khabarkan kepada kami tentang pencapaiannya semasa pulang dari sekolah….spontan saya melompat gembira…Alhamdulillah, berbaloi rasanya usaha2 kami bila Alya dapat menyerlahkan potensi akademiknya…

???????????????????????????????

Oops!! Panjang juga ‘ringkasan update’ saya dan famili…Itu sahaja dulu…..Salam Ramadhan daripada kami seisi famili…Moga-moga Allah memberi rahmat dan keberkatan juga tercapai segala hajat di bulan yang penuh barakah ini..!!

1016697_616939228329772_2005279777_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: