Pengembaraan mencari ilmu…dan santai..!!

Isnin lepas menuju ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah…Seperti biasa, selama 3 tahun ini, perjalanan jarak jauh tujuan utamanya pasti untuk terapi/rawatan Aiman dan disulami aktiviti untuk 2 beradik…Kali ini pengembaraan mencari ilmu…

Singgah sebentar ke Cheras untuk sesi bekam sahabat lama suami yang menelefon seawal pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Bermalam di hotel bajet di Bandar Hilir.

Paginya terus menuju Bukit Katil untuk ke rumah Puan Mazidah, jurulatih urutan bertauliah yang berdaftar dengan KKM di bawah divisyen ‘Traditional and Complementary Medicine’.

Mengapa..?? Selepas 3 tahun, saban minggu, ke sana ke sini berkejar untuk terapi Aiman, kesihatan saya dan suami terjejas. Lama menimbangkannya, memohon petunjuk dari Allah, saya dan suami sepakat untuk saya mula mempelajari ilmu-ilmu yang dapat membantu Aiman terutamanya. Hanya di rumah….Saya yakin, perancangan daripada Allah itu yang terbaik. Selepas ilmu bekam disusuli ilmu urutan ‘body meridian’ ini, walaupun urusan kursus urutan ini telah diusahakan lama sebelum saya menghadiri kursus bekam namun tertangguh atas hal-hal tertentu.

Urutan ‘body meridian’ ini merupakan terapi tekanan kuat pada titik-titik tenaga organ Yin dan Yang di sepanjang saluran tenaga atau meridian di tubuh. Tujuan khusus urutan ini ialah untuk merangsang pengaliran tenaga secara lancar dan berkesan ke seluruh sistem tubuh.

Terima kasih kak Mazidah atas ilmu yang sudi dikongsi..!! Walaupun terkial-kial mulanya untuk melakukan pada Aiman selepas pulang ke Kedah…Alhamdulillah, sekarang sudah bertemu rentaknya..!!

Klik link website kak Mazidah di sini : http://urutdanbekammelaka.blogspot.com/

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selesai urusan di Bukit Katil, apalagi terus jalan-jalan sekitar Melaka yang mana sempat dan paling jimat untuk kali ini..Mula-mula ke  Muzium Lebah…kalau nak tahu, sarang2 lebah yang berada di sini semuanya sarang asli..Sarang2 ini diambil oleh salah seorang pekerjanya di merata ceruk rantau…Dengar cerita, ilmu mengambil sarang lebah ini dipelajari di Thailand..!! Di sini kami sempat belikan Royal Jelly asli berharga RM120 untuk Aiman…sudah lama kami mencari Royal Jelly yang asli dan belum diproses..juga makan ais krim madu….Sedap..!!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selesai di Muzium Lebah, misi isi perut….Kami singgah ke Perhentian Kuih Kampong,JJCM’ di Jalan Ujung Pasir…Pelbagai kuih muih dan makanan ada untuk di cuba…Kami pula mencuba asam pedas Pak Man yang sedap rasanya…Memandangkan si kecil Aiman tidur, kami membeli kuih-muih untuk Aiman…

IMG11865-20130604-1424

Selepas itu barulah jalan2 ke tempat2 yang mesti  dikunjungi…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Berakhirlah pengembaraan mencari ilmu siri 1 dan acara santai….Insya-Allah siri 2 pengembaraan mencari ilmu bakal menyusul..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: