Jurubekam..

Saya pernah khabarkan kepada Ustazah Lin, walaupun saya tahu secara kasar tentang  kewujudan rawatan bekam ini sudah lama, saya tidak pernah berminat untuk mencubanya lagi…Malah saya berasa agak geli melihat isi ditarik naik..seperti mana saya tidak suka bila melihat kesan gigitan nyamuk…meremang bulu roma saya…

Kali pertama berbekam pada tahun lepas, berbekam di muka…ketika saya berusaha mengatasi masalah resdung saya dek kegagalan menemani Aiman memasuki ‘chamber’ untuk sesi HBOT..Saya terpaksa bersetuju untuk mencuba kerana tiada jalan lain selain ubat-ubatan yang diberi oleh pakar ENT…dan saya cukup takut, hingga jantung berdegup kencang sepanjang sesi berbekam…..Yang pasti, hal bekam itu sendiri saya kurang berminat untuk mengetahui sejarahnya apalagi kebaikannya…..Tetapi itu dulu…

Semuanya kerana Aiman…dan saya amat percaya Allah bukakan hati saya untuk mencubanya pada Aiman sebelum saya bertekad membantu Aiman dengan mempelajarinya dan mempraktiskannya.

Rasulullah SAW bersabda :“Pada malam aku diisra’kan, aku tidak berlalu di hadapan para malaikat, kecuali mereka itu mengatakan, Wahai Muhammad perintahkan umat mu supaya berbekam” (HR. Ibnu Majjah no. 5671).
IMG11140-20130518-2221

Alhamdulillah..akhirnya tercapai juga hasrat saya..11 Mei 2013 bersamaan 1 Rejab 1434 saya bersama 3 peserta yang lain menghadirkan diri untuk kursus bekam ini di PUSRAPI. Sepasang suami isteri dari Sabah dan seorang pakcik yang datang dari Alor Setar. Kata Ustazah Lin, kami insan terpilih….Teringat kisah saya sendiri suatu masa dulu…Allahu Akbar..!!

Bekam bukan baru, malah bermula sejak zaman Nabi Luth a.s…Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, alat-alat bekaman yang digunakan termasuk cawan, tanduk dan mangkuk kaca. Orang-orang Cina pada zaman kuno juga menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

Berbekam dengan izin Allah, dapat mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit. Darah kotor ialah darah yang mengandungi toksid/ toksin (majoriti),  darah beku, oksidan, asid urik, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak, sel bermutasi, adrenalin berlebihan, kuman, cas/tenaga negatif, unsur jin/syaitan dan sebagainya; yang tidak boleh diserap oleh sistem tubuh manusia yang normal. Ia mampu menyembuhkan 93 jenis penyakit dengan izin Allah.

Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ‘kay’. (Shahih Bukhari)

Berbalik pada kursus, selain sejarah dan hadis2 sahih tentang bekam, kami diajar tentang peralatan2 yang digunakan untuk berbekam, langkah2 sebelum, semasa dan selepas proses bekaman, ayat2 Al-Quran yang dibacakan sebelum memulakan bekaman dan latihan praktikal bekam itu sendiri . Tambah Ustazah Lin, jurubekam ialah pekerjaan yang tidak disukai oleh syaitan/jin, kerana itu jurubekam perlu meningkatkan amalan kerohaniannya. Ada satu hadis tentang jurubekam yang ingin saya kongsikan bersama:

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: “Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya.” (HR. Tirmidzi, Hasan Gharib)
IMG10218-20130511-1422

IMG10217-20130511-1421

Saya percaya, Allah sudah menetapkan sesuatu untuk saya melalui ilmu sunnah ini. Saya ingin membantu Aiman dengan 2 tangan dan akal yang dikurniakan Allah kepada saya. Saya ingin menjadi jurubekam kepada ahli keluarga saya dan mereka yang memerlukan. Semoga Allah memberkati  usaha2 ini dan memberkati setiap langkah saya pada amalan sunnah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: