Epilim lagi…

Ingat tak kisah tentang insiden serangan sawan ke-2 Aiman pada pagi Syawal tahun lepas..?? Kami baru mendapat keputusan EEG Aiman hampir 2 minggu sudah. Aiman disahkan mengalami sawan. Ada bacaan tidak normal pada keputusan EEGnya, terutamanya pada otak sebelah kiri Aiman yang mengalami kecederaan major. Namun begitu, Alhamdulillah, status sawan Aiman hanya bertaraf ringan atau ‘mild’ tetapi masih perlu dipantau dari masa ke masa.

Sudah 9 bulan episod sawan Aiman berlaku. Alhamdulillah setakat ini tiada serangan sawan lagi. Doktor yang meneliti keputusan Aiman tidak mencadangkan pengambilan ubat sawan, tetapi selepas merujuk pada pakar kanak2, mereka mencadangkan Aiman mengambil Epilim lagi…Kata doktor pakar, Aiman masih punya risiko untuk diserang sawan lagi.

Botol Epilim pertama yang kami ambil 9 bulan lepas dibuang sebulan selepas itu tanpa sebarang pengambilan. Kami tawakal untuk tidak memberinya juga kali ini walaupun terpaksa mengambil stok Epilim lagi semata-mata untuk mengelakkan sebarang perselisihan pendapat dengan doktor. Mengapa? Saya kongsikan mengapa kami membuat keputusan begini : http://sensasihot.wordpress.com/2012/04/17/kesan-pengambilan-epilim/

IMG11034-20130517-1842

Aiman dijadualkan melalui ujian darah untuk melihat fungsi hatinya bulan hadapan selepas pengambilan Epilim. Tiada apa2 perasaan ketika doktor memberitahu hal ini. Semuanya kosong. Yang pasti, pengambilan Epilim jika dibuat secara berterusan, bertahun-tahun, ianya berisiko menjejaskan fungsi hati pesakit itu.

Kami akan terus berusaha untuk Aiman..mencari penawar untuk sawan Aiman…terus berdoa dan menyerahkan semua urusan kepada Allah. Keputusan kami masih sama ketika ini. Tidak pada Epilim…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: