Ouch!! Memang panas..!!

Sudah lama tidak kemaskini blog. Banyak yang ingin  dikongsi bersama tetapi mencari keserasian jari-jemari dan cerita2 yang tersimpan di kotak fikiran agak sukar kebelakangan ini. Rasa bersalah dan masih berhutang dengan seorang adik yang sedang menunggu tulisan saya untuk bahan tesisnya. Alhamdulillah, keserasian bertaut kembali…

Pertengahan bulan April lalu, dalam perjalanan balik daripada mengambil stok susu kambing segar GMilk di Sungai Buluh kami singgah ke Kolam Air Panas Perubatan di Changkat Jering. Kalau balik ke Bruas memang kami akan lalu di sini, tapi tidak pula kami sempat menyinggah. Pertama kali pergi pada hujung Mac, suami melihat-lihat tempat dan mengambil kad nama.  Kali ini baru kami ingin mencuba. Telefon tuan empunya kolam, menempah kolam air panas VIP…Mencuba jadi VIP keluarga Hisham!!….RM 30 untuk selama mana yang mampu, berendam dalam kolam panas…VIP kerana punya privasi dengan hanya kita sahaja yang mandi di situ dan punya bilik air berasingan. ..Di sini juga ada kolam air panas untuk orang ramai atau boleh juga sekadar merendam kaki dalam baldi yang disediakan,,,

Kami tiba jam 8:00 malam…Ouch!! Memang panas…Walaupun kata isteri En Samsudin, air di kolam diisi sekitar jam 5:30 petang selepas saya maklumkan akan datang bersama anak2 sekitar jam 8:00 malam…Suami, 2 beradik dan Aiman memang teruja dan tahan dengan turun perlahan-lahan…Saya mengambil masa juga…sebab air yang bukan suam2 kuku rasanya…bila sudah masuk ke dalam kolam, perlahan2 kepanasan air tersebut dapat diterima oleh badan…Sejam juga kami dapat bertahan, keluar masuk, keluar masuk dalam kolam…Haruslah pecah peluh dan rasa segar badan..Antara kebaikan mandi air panas ini termasuklah mampu menyahkan toksin dalam badan dengan terbukanya liang2 roma di badan, memulihkan penyakit kulit, sakit otot, stroke, menguatkan jantung dan pelbagai kebaikan lagi..

Jadi jom mandi air panas..Maaf yer, tiada foto untuk dikongsi bersama kerana semuanya sibuk berendam kali ini….!!

airpanas

airpanas2Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja link ini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: