Ganbatte!! (Part 6)

Teringat kata2 guru terapi pertuturan Aiman tidak lama dulu..Katanya, kalau 10 tahun dulu berjumpa anak CP seperti Aiman ini, pasti dia akan katakan anak seperti ini tidak mampu untuk bertutur…Masa berlalu dengan ilmu2 baru dan pengalaman2 yang dilalui bersama anak2 istimewa yang lain….dan bila beberapa bulan lepas sewaktu Aiman mula mengikuti sesi pertuturan bersamanya, dia cukup positif memberitahu saya, Aiman mampu untuk bertutur…

Alhamdulillah, Alhamdulillah…Syukur pada Allah..Hingga hari ini, Aiman sudah berjaya mengeluarkan hampir 40 patah perkataan…Ada yang masih sedikit pelat sebutannya, atau hujung perkataan sebutannya dan ada yang penuh sebutannya… Yang pasti, Aiman faham dengan apa yang dituturkannya dan kami juga faham apa yang Aiman tuturkan…

Seminggu dua ini, Aiman juga sudah mampu menggabungkan 2 suku kata dengan agak baik…Kami teruja melihat semangat Aiman yang terus berusaha untuk bertutur…

Semenjak Aiman mula mengeluarkan perkataan demi perkataan, ada perubahan positif pada aktiviti sosialnya…Aiman nampak lebih yakin dan tidak segan lagi bila dibawa keluar berjalan2 di waktu petang sambil melihat anak2 jiran dan 2 kakaknya bermain….Riuh mulutnya bila anak2 jiran berkumpul hendak bergurau dengannya…..

Kata Mr. Mano, Aiman kena keluarkan 100 patah perkataan dalam masa 6 bulan ini…Tambahnya, sengaja dia letakkan target yang tinggi untuk Aiman…

IMG09678-20130325-2128

Insya-Allah kami akan berusaha mencapai target itu….Ia bukan sekadar target, tetapi mencapai impian untuk melihat anak CP ini mampu bertutur seperti anak2 tipikal…

Terus berusaha, berdoa dan tawakal……!!! 

GANBATTE!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!!”

** Speech Therapist Aiman iaitu Mr Mano boleh dihubungi melalui e-mail: manos700@yahoo.com**

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: