Birthday Putera Puteri..

Birthday Aina jatuh hujung bulan 3…birthday Aiman pula jatuh awal bulan 4…Selalunya kami gabungkan sekali sambutannya…Tahun ini sambutan ringkas2 sahaja…Malam Sabtu lepas, cadangnya ke Damiral’s Grill untuk makan malam isimewa..tetapi selepas memusing-musing mencari parking dan masih tiada ruang kosong, sedangkan perut pula sudah memusing-musing kelaparan, kami terus beralih ke De Pauh Garden..dan selamat menikmati makan malam ringkas namun istimewa….

IMG09740-20130330-2134

Tahun ini, Aina mendapat hadiah birthday lebih awal…buku dan buku pilihannya..Super Alya juga turut memberi hadiah pada Aina dan Aiman…Super Alya beli guna duit sendiri yang disimpan…

IMG09800-20130404-2056

IMG09801-20130404-2057

Mak Teh juga turut beri hadiah pada Aina dan Aiman…

IMG09799-20130404-2056

….dan bila membelek-belek kalendar sehari sebelum birthday Aiman…Ada sesuatu yang istimewa pada tarikh yang tercatat….21 Jamadil Awwal antara hari yang paling elok untuk sesuatu.. Terus saya capai telefon…

Tahun ini, hadiah untuk Aiman berbeza dari tahun-tahun sebelumnya…Kami sepakat menghadiahkan rawatan bekam untuk Aiman…21 Jamadil Awwal bersamaan hari Selasa, antara 3 hari dan hari yang terbaik melakukan bekam….Alhamdulillah…kali ini, darah toksid Aiman yang keluar juga agak berbeza dan lebih banyak…Paling gembira, bekas merah di badan Aiman selepas bekam juga semakin berkurangan..!!

Tahun ini, tiada kek besar….namun doa untuk putera puteri masih sama…”Semoga anak2 Ma dan Abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, menjadi anak2 anak soleh dan solehah, baik budi pekerti dan akhlak, sentiasa diberi perlindungan oleh-NYA, diberi kecerdikan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat…..Amin..”.

Untuk Aiman, ada doa dan harapan yang sempat saya kongsikan bersama-sama kenalan di FB..

aiman bday

Terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa untuk putera puteri dan kami sekeluarga. Semoga Allah jua yang dapat memberi kembali kebaikan dan kesejahteraan untuk semua…!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: