Usaha dalam pertuturan…

Setiap kali solat, setiap kali itulah saya menadah tangan memohon Allah memulihkan pertuturan Aiman. Saya selalu membayangkan anak Cerebral Palsy ini petah bertutur seperti 2 kakaknya yang tipikal…Alhamdulillah, dengan izin Allah, sejak melakukan latihan ABR bersama latihan2 yang diberi oleh guru terapi pertuturan Aiman juga terapi tambahan lain, kami dapat melihat perkembangan yang cukup positif pada pertuturannya..

Selain itu, setiap pagi, selesai pengambilan air zam2 dan makanan tambahan sunnah yang lain, saya akan letakkan tangan saya di dada Aiman sambil membaca Surah Taha, ayat 25-28, berdoa dan menghembuskannya ke dalam mulut Aiman. 

download

Maksud Surah Taha (ayat 25-28):

“Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku”.

Semasa mandi pula, Aiman akan turut bersugi…Menggunakan kayu sugi, saya akan tarikkan kayu sugi dari bahagian dalam tengah lidah Aiman ke bahagian hujung lidahnya sambil berdoa. Bersugi banyak keistimewaannya. Selain mendapat keredhaan Allah, menyucikan mulut dan gusi, bersugi juga dapat membantu dalam pemulihan pertuturan, mencergaskan minda, menajamkan pemikiran dan mencerahkan penglihatan.

images

Moga usaha2 ini mendapat keberkatan daripada Allah. Moga2 Aiman mampu bertutur dan petah bertutur seperti mereka yang tipikal..Amin..!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!”

One response to this post.

  1. thanks Kak Ju sebab kongsi entry ni. Untuk sugi tu jugak. Put dah try buat kat Lope. Meraung dalam toilet. In sha Allah. Nak amalkan doa ni pulak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: