Terus berusaha..!!

Rutin Aiman dalam sehari…Pagi hingga petang jadual Aiman dipenuhi dengan sesi ABR dan urutan..Sebelum ini, deretan latihan untuk pertuturan Aiman juga dibuat pada sebelah pagi dan petang namun telah dihentikan atas arahan terapis Aiman selepas melihat kemajuan pada kondisi oral motor Aiman..Fokus utama latihan pertuturan kini lebih menumpukan kepada latihan kawalan pernafasan untuk pertuturan yang lebih baik..

‘Home-schooling’ Aiman hanya bermula selepas rehat seketika usai makan malam….Suami dan saya akan bekerjasama dalam pelaksanaan ‘home-schooling’ Aiman…Tugas utama saya menjadi perancang aktiviti untuk tema yang telah ditetapkan dan suami akan menjadi pelaksana utama @ gurunya… selebihnya kami akan bergilir…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Minggu ini tema ‘home-schooling’ Aiman berkenaan pakaian…Alhamdulillah, menggunakan ‘flash cards’ Aiman berjaya mengenal 10 item untuk pakaian dan aksesorinya…Paling penting, Aiman mengetahui di mana 10 item tersebut patut berada..!!

Lepas selesai sesi tema mingguan, tiba masa latihan OT mudah.. merenyuk kertas bagi menguatkan jari-jemari Aiman untuk memudahkannya menulis kelak…dan sesi ST dengan meniup kertas yang dikoyak kecil yang diletak atas tapak tangan saya…Memang teruja, bermula tiupan yang perlahan, Aiman akhirnya dapat meniup kertas dengan agak kuat…Latihan mengawal pernafasan ini penting supaya Aiman dapat membunyikan 2 suku kata berturut2 bagi membentuk perkataan..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Terus berusaha…berdoa dan tawakal…Walau semua ini mengambil masa dan menuntut kesabaran….Dengan izin Allah, semoga hari2 mendatang seindah yang diimpikan….Ganbatte!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!”

One response to this post.

  1. Posted by Suhaila on March 19, 2013 at 11:31 pm

    Ganbatte Aiman!!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: