Aiman @ PUSRAPI (Part 2)

Hari Ahad lepas adalah sesi ke-4 Aiman mengikuti rawatan di PUSRAPI. Kali ini Aiman berbekam di 28 tempat di seluruh badannya termasuk bekaman di kepala seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Di tengah kepala, rambut Aiman dicukur rapi. Banyak kali juga ‘cup’ bekam tidak dapat melekat di kulit kepala Aiman. Selepas beberapa kali, barulah berjaya. Kata perawat di PUSRAPI, terlalu banyak angin di kepala Aiman. Bila tiba sesi bekam sunnah, saya melihat sendiri darah kotor yang keluar membuak-buak seperti air yang mendidih. Kata perawat itu lagi, itu tandanya angin yang terlalu banyak hinggakan mengganggu pengaliran darah kotor keluar. Aiman tidak kisah langsung semasa kepalanya dibekam dek asyik melihat i-Pad yang disediakan di PUSRAPI.

Berkongsi foto2 Aiman selepas berbekam, termasuk foto pada minggu ke-3 di mana Aiman dibekam di 51 tempat di seluruh tubuhnya..!!

IMG09485-20130224-2102

IMG09524-20130303-1716

IMG09525-20130303-1717

IMG09523-20130303-1714

Selepas berbekam, terapi gerakan syifa dilakukan pada tubuh Aiman. Di PUSRAPI, hati saya cukup senang bila setiap langkah rawatan termasuk dalam gerakan syifa, akan dimulakan dengan doa dan disertai dengan doa. Aiman selesa dengan setiap gerakan. Selesai rawatan, Aiman diberi air campuran madu dan habbatus sauda.

Tiada apa yang kami harapkan selain keserasian rawatan ini dengan diri Aiman. Semalam semasa melakukan urutan di rumah, saya melihat perubahan pada pinggul Aiman yang membuatkan air mata saya bergenang…Allah Maha Besar..Saya yakin gabungan rawatan di PUSRAPI dan terapi Aiman yang lain mula membuahkan hasil yang positif. Hati mejadi semakin kuat dan tabah untuk berusaha demi anak istimewa ini…..Semoga segala usaha kami dipermudahkan dan diberkati Allah…Amin.

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: