Aiman & Rolfing (Finale)..

Jumaat lepas lengkaplah sudah sesi Rolfing Aiman di mana selama 5 minggu ini juga kami berulang-alik dari Kulim ke Ipoh untuk melengkapkan 10 langkah Rolfing bersama ‘rolfer’, Fay Brodie. Berkongsi antara foto2 yang sempat dirakam di sepanjang sesi Rolfing terakhir Aiman…

IMG09510-20130301-1239

IMG09511-20130301-1245

IMG09512-20130301-1251

IMG09513-20130301-1308Saya sedikit sebak semasa mahu beredar. Melihat ke mata Fay, saya mengagak Fay juga begitu. Kombinasi latihan ABR dan Rolfing yang  membawa perubahan drastik pada struktur tubuh Aiman. Paling ketara dada Aiman semakin nampak lebar dan tidak ketat. Pernafasannya juga bertambah bagus. Kata Fay, lihat perkembangan struktur tubuh Aiman dalam tempoh 6 bulan ke setahun ini. Dia yakin perubahan yang positif akan terus berlaku pada struktur tubuh Aiman dalam tempoh tersebut. 

IMG09514-20130301-1313

Kami sempat merakam foto Aiman bersama Fay Brodie sebelum pulang. Petang tadi membaca balasan e-mel daripada Fay. Rupanya benar Fay juga merasa sedih pada sesi terakhir itu. Terharu bila Fay turut sama mendoakan kemajuan Aiman dan melahirkan rasa kagumnya atas dedikasi, kasih sayang dan pemahaman yang ditunjukkan oleh kami suami isteri kepada Aiman dan keperluannya.

Semoga Fay Brodie beroleh kebaikan dan akan terus dapat memberi khidmatnya kepada anak2 istimewa khususnya anak2  Cerebral Palsy.

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!”

2 responses to this post.

  1. Posted by farah on March 4, 2013 at 11:50 pm

    Assalam.sy suka baca entry aiman ni..skrg ni aiman jalani berapa jenis terapi?

    Reply

    • As Salam, terima kasih sudi luangkan masa menjenguk blog ini. Sekarang Aiman mengikuti latihan ABR di rumah,rawatan di PUSRAPI, OT dan Speech Therapy.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: