Aiman, kami @ PUSRAPI…

Selalunya sampai sahaja majalah iklan kecil tempatan, terus saya letakkan ke dalam kotak kertas2 lama dan kotak2 terpakai untuk dijual semula…Tapi hampir sebulan yang lepas, terdetik di hati untuk membelek2 apa yang ada dalam majalah iklan kecil tersebut…dan bila mata saya tiba2 terhenti pada satu muka iklan tentang PUSRAPI….Esoknya saya cuba menghubungi PUSRAPI untuk mendapatkan maklumat dan hati sudah mula berdetik untuk mencubanya kepada Aiman…Namun dek kesibukan, saya terlupa seketika tentang PUSRAPI..

pusrapi

…dan bila seminggu yang lepas hati saya berdetik kembali..Kali ini, hati dan naluri seperti beriya untuk melakukan rawatan sembuh tanpa ubat ini kepada Aiman…Saya mula melakukan pencarian tentang kebaikan salah satu rawatan yang ditawarkan di PUSRAPI iaitu rawatan Al-Hijamah khususnya kepada anak2 Cerebral Palsy..

images

Rawatan bekam mampu menyembuhkan 93 jenis penyakit kritikal dengan izin Allah. Antara kelebihan bekam atau Al-Hijamah ini ialah mengeluarkan toksin yang berada dalam tubuh, memecah dan mebuka sumbatan yang terdapat dalam pembuluh darah, memulihkan saraf, menghilangkan kekejangan, merawat sawan, merawat asma/lelah, memperbaiki sistem pernafasan dan perkumuhan, menajamkan penglihatan, meningkatkan fokus, membuang angin dalam badan dan pelbagai faedah lain…

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan.”
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami’ dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Saya menghubungi sekali lagi PUSRAPI untuk temujanji dan akhirnya menemui Ustazah Lin yang merupakan penasihat dan pengasas PUSRAPI untuk sesi diagnosis Aiman…PUSRAPI terletak di Taman Cengal, Kulim dan rupanya sudah beroperasi selama 7 tahun…Selepas berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan daripada Ustazah Lin, kami mengambil keputusan untuk melakukan rawatan sunnah ini kepada Aiman juga kepada suami….

Kelmarin bermula sesi pertama rawatan untuk Aiman dan suami..Kami laburkan RM1,500 untuk 3 sesi rawatan Aiman dan RM 690 untuk rawatan batu karang suami…Sesi bermula dengan bacaaan Ruqyah kepada Aiman…Alhamdulillah, tiada gangguan pada tubuh Aiman…Selesai berruqyah, perawat di PUSRAPI memulakan urutan asas sebelum terapi Al-Hijamah dilakukan….Bermula dengan bekam angin dan diakhiri dengan bekam sunnah di 17 tempat di bahagian tubuh Aiman dari tapak kaki hinggalah tapak tangan….Alhamdulillah, Aiman hanya menangis seketika kerana gayat berada dalam keadaan telentang agak lama…Hanya perawat yang dibenarkan mengambil foto2 di sepanjang sesi rawatan…

IMG09379-20130211-1408

IMG09380-20130211-1409

IMG09383-20130211-1410

Selepas berbekam, terapi Gerakan Syifa dimulakan…Gerakan Syifa ialah gerakan2 yang dilakukan pada seluruh anggota tubuh berselang seli dengan bacaan doa…Ustazah Lin turut serta semasa terapi Gerakan Syifa ini…Ustazah Lin juga menerangkan keadaan tubuh Aiman …teruja bila penerangannya sama seperti ABR!! Jadi saya yakin Ustazah Lin, bukan calang2 orangnya…Aiman ralit hingga tertidur…Kata Ustazah Lin, gelombang aura Aiman kuat walau Aiman anak istimewa…hinggakan walau Aiman tidur, getaran auranya masih dapat dirasai…Tambahnya, Insya-Allah penyakit2 serius agak susah hinggap di tubuh Aiman….Alhamdulillah, mudah-mudahan begitu…

IMG09386-20130211-2030

Turut serta dalam pakej rawatan ini ialah amalan pemakanan sunnah..Aiman dan suami dibekalkan dengan 2 jenis madu, habbatus sauda, siwak, alga Mekah, minyak habbatus sauda dan pelbagai barangan berasaskan madu dan habbatus sauda untuk diamalkan secara istiqamah…

Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu”
(Lihat Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazzar)

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” ( Riwayat Imam Bukhari.)

Semoga Aiman dan suami khususnya memperoleh kebaikan dan rahmat dalam amalan sunnah Rasulullah S.A.W ini…Insya-Allah selepas ini saya dan 2 beradik juga akan menyusul mengikuti rawatan Islam ini….
‘No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: