Homeschooling…

Aiman sudah mula ‘bersekolah’ tahun ini..Bezanya sekolah Aiman cuma ada seorang murid yang diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang tanpa batas, dan 2 orang guru yang tidak bertauliah dalam dunia pendidikan khas tetapi bersemangat untuk mendidik Aiman..sementelah tiada tadika biasa yang sanggup untuk menerima kehadiran anak istimewa ini…Pernah juga menguhubungi PPD Kulim & Bandar Baharu untuk kepastian tentang Pra-Pendidikan Khas. Jawapan yang diterima cukup menghampakan saya..Hanya anak2 istimewa yang boleh menguruskan diri sahaja akan diterima di aliran pendidikan khas di daerah ini..?? Pelik bukan, sekolah yang dibina khas untuk anak2 istimewa juga tidak mahu menerima malah menafikan hak anak2 Cerebral Palsy untuk menerima pendidikan..Walhal kebanyakan anak2 CP pintar walau ‘severe’ keadaan mereka…

Sebelum itu….Dari masa ke masa kami melihat perkembangan  IQ Aiman…Kami percaya dengan izin Allah, doa yang berterusan, akupuntur di The Tole selama 10 bulan semasa umur Aiman berusia 1++  lalu, rangsangan dan pengambilan ‘supplements’ otak  memberi kesan yang cukup positif dalam perkembangan IQ Aiman. 

Aiman nampak bersungguh untuk belajar…Aiman pantas menyelesaikan ‘self-correcting puzzles’nya, Aiman selalu merenung bila kakak2nya sibuk membuat kerja sekolah, melihat nombor2 di buku aritmetik Alya penuh teruja, mula ‘membaca’ buku2 Alya, menconteng kertas….Saya tahu sudah tiba masanya…untuk Aiman menerima pendidikan yang lebih bersistematik walau hanya di rumah…

Sejak November tahun lepas, saya mula mempertimbangkannya secara serius…Bagaimana memulakan langkah pertama ‘homeschooling’ untuk Aiman…Ditambah dengan rasa terpukul dengan penjelasan pegawai di PPD itu, saya menyahutnya sebagai cabaran…Tidak apa jika saya memegang satu lagi jawatan untuk Aiman…Sekarang ini pun saya sudah memegang pelbagai jawatan untuk keluarga ini…suami memberi sepenuh sokongan @ guru ke-2…

‘Google’ yang sentiasa menjadi teman baik saya sejak dulu hingga sekarang dalam menuntut ilmu..Kali ini tentang ‘homeschooling’ pula…Alhamdulillah,saya mendapat sokongan daripada 3 orang sahabat di FB, yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan khas/tadika dalam memberi nasihat juga pandangan mereka kepada saya yang masih mencari ilmu ini…Terima kasih cikgu Norhamimah, cikgu @ kak Rosezeta dan kak Azlina (kak Nina), pemilik Tadika Bestari Indah!! Saya turut mencetak dan mememahami Kurikulum PraSekolah Kebangsaan juga membaca buku karangan Saayah Abu, ‘Menjadi Guru Tadika’ terbitan PTS untuk dijadikan panduan dan rujukan…

download

Saya mencetak juga jadual perkembangan kognitif  untuk kanak2 seusia 3-5 tahun…Saya lihat satu persatu keupayaan Aiman dengan kanak2 tipikal….Alhamdulillah, ada keupayaan Aiman yang melebihi umurnya!! Jadual ini penting dalam mengenal pasti keupayaan Aiman dan memudahkan saya untuk merancang  pembelajarannya..

Ada 5 perkara yang saya tekankan dalam ‘home schooling’ Aiman…Tema mingguan, artikulasi dan bahasa, asas matematik, pemantapan IQ dan pemantapan motor halus Aiman…Walaupun Aiman masih belum dapat bertutur, tidak bermakna Aiman tidak mampu belajar….Oleh itu, kami perlu menjadi guru yang  K.R.E.A.T.I.F…!!!

Kemudian saya mula mengumpul bahan2 pembelajaran yang sudah ada di rumah, mencetak sendiri juga, dan kami ke kedai buku untuk mencari bahan2 pengajaran yang sesuai untuk Aiman…Proses ini cukup membuatkan kami teruja, terutamanya saya….Kebetulan membeli-belah semasa promosi buka sekolah..Apalagi, poster2 untuk tadika dan buku2 tadika mendapat diskaun sehingga 30%!!

Cikgu Mim mencadangkan saya mengunakan IEP  ‘Individual Education Plan’. Saya mula melakukan pencarian dan seterusnya mewujudkan borang IEP… IEP penting untuk saya menetapkan matlamat kepada  Aiman, mengatur strategi, bahan2 yang diperlukan untuk mencapai matlamat dan catatan penilaian pencapaian Aiman. Saya suka IEP!! Kerana ia menjadi bukti bertulis tentang semua malah ia boleh dijadikan alat untuk penambaikan!!!

IMG09149-20130115-2244

Jom lihat apa yang kami sediakan untuk Aiman dan antara aktiviti2 Aiman !!

IMG08995-20130107-0841

IMG09148-20130115-2243

IMG09003-20130107-0850

IMG09000-20130107-0846

IMG09001-20130107-0846

IMG08998-20130107-0843

IMG09215-20130123-1931

IMG09227-20130125-2101

IMG09200-20130121-2045

IMG08970-20130105-1903

Saya percaya, tidak semua perkara perlu dimulakan selepas segalanya sempurna….Langkah pertama, kedua dan ketiga akan menyakinkan kita untuk menjadi seorang guru di rumah…Yang penting terus berusaha mencari ilmu, berguru dengan orang2 berilmu, praktiskan dan lakukan penambaikan sepanjang masa..!! Selama 3 minggu ini juga, kami melihat Aiman gembira dan cukup teruja dengan aktiviti baru ini. Di sebalik kekurangannya, kami gilapkan kelebihan yang ada pada Aiman…H.O.M.E.S.C.H.O.O.L.I.N.G….Yeah!!

afidahper

Ganbatte!!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!!”

5 responses to this post.

  1. Aiman hebat..teruskan usaha mama Aiman..!

    Reply

  2. Posted by ieza on January 28, 2013 at 10:53 am

    Salam..anak sy juga kanak2 cp berusia 5 thn.mula bjalan pd usia 3 thn tapi anggota sbelah kanannya sedikit lemah.mampu bertutur tapi tidaklah sesempurna kanak2 tipikal yg lain.belum mampu utk menguruskn diri dan tahun ini sy mula mnghantarnya ke PDK utk belajar mnguruskan diri sendiri dan berharap agar dia mempunyai harapan utk ke pndidikan khas.smoga usaha yg kita sama2 lakukn utk anak2 ini mendapat keizinan dariNya

    Reply

  3. Posted by ieza on January 30, 2013 at 8:01 am

    Boleh sy tnya..aiman cp type yg mana? Anak sy cp jenis hemiplegia.otak sbelah kiri damage n effect pergerakan anggota tgn n kaki sbelah kanan.masih dlm usaha menyembuhkn anak sulung sy ini.mmg sedih melihat pergerakannya terbatas.utk jd sesempurna kanak2 normal mmg smua ketentuanNya.apa yg dihrpkn cuma dia mampu mnguruskn dirinya sendiri.itu sudah cukup membahagiakn.sama2 kita usahakn apa yg termampu

    Reply

    • Salam..Aiman Spastik Triplegia..Kedua2 bhgn otak cedera tetapi otak sebelah kiri lebih serius kecederaannya..Memberi kesan pada kedua belah kaki dan tangan sebelah kanan serta menjejaskan pertuturan. Belum mampu untuk duduk sendiri…Tapi kami yakin, selagi berusaha, berdoa dan tawakal, Insya-Allah pasti ada perubahan yang positif….

      Reply

      • Posted by ieza on January 30, 2013 at 9:39 pm

        Insyaallah.. Kekadang hati sy cemburu melihat kanak2 normal yg sebaya dgn anak sy.berkata2 andai dia sesempurna mereka…… Bila ditanya tentang apa yg berlaku ketika melahirkn hati jd sgt sebak wlupun sudah hampir 5 thn berlalu.maaf sekiranya sy tersilap kata.hanya ingin bkongsi keresahan di hati.hanya ibu yg sama2 punya anak ini shj yg faham sgalanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: