Aiman & Rolfing…

12 Januari 2013, Aiman melalui sesi Rolfing ke-3 dan ke-4 bersama Fay Brodie di No.2, Jalan Kelab Golf, Ipoh, Perak. May Chin, salah seorang Rolfer di KL memberi saya nombor Fay apabila mengetahui saya membuat panggilan dari Kedah. Kata May, lebih dekat jika saya berminat untuk ber’Rolfing’. Malah katanya, Fay adalah Rolfer paling berpengalaman di Ipoh. Caj setiap sesi ialah RM200 bagi kanak2 dan RM 250 untuk dewasa. Aiman ialah kanak2 CP  kedua yang menerima sentuhan Fay Brodie, salah seorang Rolfer terlatih yang ada di Malaysia.

IMG09115-20130112-1639

IMG09116-20130112-1645

Kali pertama membaca tentang Rolfing di link ini: http://www.sfgate.com/health/article/To-help-kids-move-docs-try-Rolfing-4145478.php dan bikin hati teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Rolfing dapat membantu anak2 Cerebral Palsy. Saya mula melakukan pencarian tentang Rolfing di Malaysia. Rupanya Rolfing sudah agak lama juga di Malaysia, tetapi teknik ini tidak terdedah kepada anak-anak istimewa di sini rupanya.

Apa itu Rolfing? Rolfing ialah  satu sistem saintifik yang diakui dalam penyusunan semula struktur badan (sistem muskuloskletal) dan memberi perubahan dramatik pada struktur tubuh semasa sesi dijalankan. Sistem integrasi struktural ini dibangunkan oleh Dr. Ida Pauline Rolf (May 19, 1896–March 19, 1979). Rolfing bekerja dan memberi tumpuan kepada ‘ connective tissue / fascia’. Fascia adalah struktur tisu perantara (connective tissue) yang mengelilingi otot dan organ, kumpulan otot, saluran darah dan saraf, dan mengikat struktur tubuh kita. Tanpa fascia yang kuat dan normal, manusia tidak akan mampu untuk berdiri dan pasti rebah. Itulah juga yang berlaku kepada anak2 CP kebanyakkannya. Terdapat 10 langkah asas dalam Rolfing yang membawa kepada pencapaian matlamatnya yang tersendiri. Seperti ABR, teknik ini juga tidak menyakitkan. Rolfing dilakukan dalam keadaan yang cukup lembut dan perlahan. Aiman tidak menangis sepanjang sesi yang memakan masa lebih sejam ini.

Selain akupuntur dan accuprressure, saya masih mencari-cari terapi sampingan yang boleh digandingkan bersama terapi utama ABR. Melihat2 lagi tentang rolfing, saya terjumpa satu penyelidikan yang dibuat oleh Fakulti Perubatan, Universiti Stanford di US tentang rolfing dan anak2 Cerebral Palsy di mana menyakinkan lagi hasrat saya untuk meneruskan Rolfing.

poster1m

Dari setiap sesi Rolfing memang ada perubahan dramatik pada struktur tubuh Aiman. Bermula dengan pemanjangan pada lapisan permukaan fascia di bahagian tulang rusuk, telah mempertingkatkan pernafasan Aiman. Begitu juga pada sesi-sesi berikutnya terdapat perubahan pada ‘rib cage’ Aiman. Semoga Rolfing memberi lebih kebaikan kepada Aiman dan saya amat gembira jika kawan2 Aiman di luar sana turut dapat mencuba teknik ini…!!

” No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!!”

Rolfers @ KL

1. May Chin, (012-3271855),Body Work Therapy, C/P Pilate Central, 2nd Floor, Wisma Perintis, No 47, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490, KL. http://www.rolfing.com.my/index.html.  Caj RM250/sesi.

2. Margureite Brodie, (012-3151008), Ampang (Perkhidmatan beliau akan disambung semula pada bulan April. Ketika ini sedang berehat selepas menjalani pembedahan. Caj RM250/sesi.

3. Catherine Fong, (6012 916 7252), Next to Bangsar Shopping Centre. http://www.rolfing2u.com/index.php. Caj RM250/sesi.

Rolfer @ Ipoh, Perak

1. Fay Brodie,017-5790303, No.2, Jalan Kelab Golf, 30350 Ipoh, Perak. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: