Kami @ Port Dickson…Santai!!

Sebelum keluar bekerja pagi Rabu 14 Nov lalu, suami tinggalkan pesan supaya ‘stand-by’ mana tahu dia akan berubah fikiran untuk ke Port Dickson untuk bertemu kawan2 lamanya daripada Batch ke-5, SEMESTI (Sekolah Menengah Sains Teluk Intan) setelah perjumpaan pertama kira-kira 10 tahun yang lepas…Beberapa hari sebelum itu,suami masih berbelah-bagi…Saya memujuknya untuk turut serta..Saya tahu di dalam hati suami, dia benar2 ingin bertemu kawan2 lamanya…..Kata suami ” Kita nak guna duit banyak lagi Disember ni….”…Saya memujuknya untuk pergi..Kata saya,  “Jika tidak cukup, Ma akan keluarkan wang simpanan Ma…” …Suami sudah terlalu banyak berkorban, dan saya merasakan perjumpaan dengan kawan2 lamanya sebagai satu terapi untuknya…..Dan petang itu suami pulang awal…Apalagi menuju Permaisuri Resort, Port Dickson…!! …dan Aiman macam biasa..terapi dalam kereta…

IMG08354-20121114-1713

Langkah kanan, kami sempat sampai untuk jamuan makan malam….Melihat wajah berseri dan ceria suami berjumpa kawan2 lamanya bikin hati saya tersentuh dan gembira….!! Aiman juga ‘hot’ di kalangan kawan2 suami….Mereka bertanya perihal dan perkembangan Aiman….Gembira bila kawan2 suami yang ramah memberi sokongan kepada kami untuk terus berjuang demi Aiman…

Pagi esoknya, suami sempat membawa 3 beradik ke tepi pantai…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kemudiannya, sementara suami bermesyuarat bersama kawan2nya, saya menemani 3 beradik bermain di kolam….Walaupun pada mulanya hujan turun lebat, 2 beradik tarik muka, menahan perasaan, akhirnya matahari kembali……Jom, lihat2 foto2 3 beradik ..

IMG08385-20121115-1115

IMG08400-20121115-1145

IMG08399-20121115-1143

IMG08389-20121115-1120

Selesai pertemuan Batch ke-5 SEMESTI, kami singgah ke Restoran Asam Pedas yang popular di PD..memang sedap dan mantop..!!

IMG08404-20121115-1344

Usai makan tengahari terus ke Ostrich Farm, menunaikan janji 2 beradik….sebelum bergerak pulang ke Kedah…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG08412-20121115-1400

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG08417-20121115-1412

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalam perjalanan pulang, suami bertanya,” Nak tak pergi perjumpaan Batch-5 SEMESTI lagi?”…Tanpa berfikir panjang saya menjawab “Ya…”…Kawan2 suami, kawan2 saya juga….lantas teringat keramahan mereka…

Perjalanan kali ini,perjalanan terapi jiwa untuk kami sekeluarga…Walau masih belum berkesempatan untuk benar-benar bercuti…Masih bersyukur…. Terima kasih kepada kawan2 suami yang memberi duit raya kepada Aiman….Buat beli supplements untuk  Aiman kata mereka…Moga hidup kalian dilimpahi sejuta rahmat..!!

-EVERLASTING FRIENDSHIP-

hubby2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: