Aiman @ WHI, TV3..

Rabu 7hb November 2012, mencatat kenangan manis bila saya dan Aiman mendapat peluang menjadi tetamu di siaran Wanita Hari Ini (WHI) bagi berkongsi cerita tentang topik ‘Bayi lemas dalam kandungan’…

Asalnya seorang adik di MyCP memberitahu tentang pencarian WHI…Mencari individu yang dapat berkongsi pengalaman tentang bayi yang lemas dalam kandungan….Kawan-kawan menggalakkan saya  mencubanya sementelah Aiman adalah salah seorang bayi yang pernah lemas semasa dalam kandungan….Jadi apalagi, terus saya memberanikan diri mencuba…dan bila petang 31 Oktober 2012, produser WHI, Norazlina Nekmat menelefon sendiri tentang jemputan mereka untuk slot WHI…. Saya tidak berfikir panjang untuk berkata  “Ya..!!”…. 

Sebelum ke Kuala Lumpur, saya membelek2 kembali rekod-rekod lama Aiman…..dan mengimbas kembali cerita lepas…dan  inilah kisah Aiman..

Pada usia kandungan 27 minggu– Pendarahan mula berlaku ..Saya masih ingat lagi, pagi itu juga kami bergegas ke Klinik Penawar dan Dewan Bersalin Muslimah di Permatang Pauh untuk pemeriksaan…Melalui scan yang dibuat, tiada yang abnormal pada kandungan saya…..Sebenarnya, di sini juga Aina dan Alya dilahirkan….dan saya mendapat cuti sakit untuk berehat…

Usia kandungan 30 minggu– Sekali lagi saya mengalami pendarahan…Kali ini, doktor yang bertugas di Klinik Penawar merujuk kes saya kepada pakar di Bagan Specialist…Melalui ujian Doppler di Bagan Specialist, baru saya dan suami tahu tentang keadaan Aiman….Aiman kekurangan oksigen (di paras ‘lower limit’ sebenarnya)  dan menyebabkan air ketubannya juga kurang…Kata doktor pakar, pendarahan mungkin isyarat daripada bayi dalam kandungan untuk memberitahu sesuatu tentang keadaan dirinya yang tidak ok…..!!! Saya diberi cuti sakit selama 2 minggu..Teringat lagi kata2 doktor….”Hanya duduk berehat….jangan lakukan sebarang kerja…hanya makan, baring dan berehat”..Pendarahan masih berlaku…

Usia kandungan 32 minggu-Selepas 2 minggu saya datang lagi untuk pemeriksaan……Ada peningkatan sedikit pada paras oksigen Aiman, namun masih membimbangkan doktor…Kali ini doktor memberi seminggu lagi cuti sakit dan meminta kami mempertimbangkan untuk saya menjalani ceasarean…pendarahan masih berlaku..

Usia kandungan 33 minggu– Menjalani pemeriksaan lagi dan doktor menyarankan kami segera membuat keputusan dan bersiap sedia dengan kosnya…”At least 20k..Namun masih punya risiko…Organ dalaman Aiman mungkin masih belum bersedia…” Kata-kata doktor pakar yang akhirnya membawa saya ke  Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani setelah Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kulim menolak kerana tidak lagi mempunyai ventilator untuk Aiman..!!

Usia kandungan 34 minggu-Berada di wad untuk pemerhatian…Kini, pendarahan terus berlaku setiap hari..!!

Usia kandungan 35 minggu-Akhirnya saya memohon keluar dari wad setelah berasa amat tertekan kerana tiada apa2 yang dilakukan…Sebelum itu, 2x mengalami kontraksi, 2x juga saya diberi ubat untuk menghentikan kontraksi…

Pada  lewat petang Khamis 31 Mac 2009, air ketuban pecah…Suami bergegas membawa saya ke Hospital Besar Sungai Petani…Air ketuban masih turun pada Jumaat 1 April 2009…tiada sebarang antibiotik diberikan kepada saya ketika ini…dan pihak hospital seboleh-bolehnya mahu saya bersalin secara normal…Menjelang  tengah malam saya mula mengalami kontraksi….

Usia kandungan 36 minggu– Kira2 pukul 2 pagi, keluar tanda…dan saya dibawa ke ‘labour room’…Kontraksi yang makin kuat mula dirasai selepas jururawat yang bertugas memasukkan ubat untuk mempercepatkan proses

Ketika bukaan rahim baru mencecah 4-5cm..Setelah 33 jam air ketuban mula turun, Aiman mengalami ‘fetal distress’ di mana degupan jantung Aiman mula tidak stabil ..  

Akhirnya, pada hari pertama minggu ke 36, 2 April 2009, Sabtu, tepat pukul 5.41 pagi, Aiman lahir ke dunia dengan berat 2.01kg melalui kaedah ceasarean kecemasan.

…..Saya sekadar mendengar tangisan kecil Aiman tanpa sempat melihat wajahnya……Aiman terus dibawa ke NICU….dan kata2 doktor di bilik pembedahan sejurus Aiman dikeluarkan…”Your son is very lucky..!!” Rupanya baki air ketuban yang tinggal sudah berbau….Nama Muhammad Aiman diberi bila saya teringat kata2 doktor tersebut…dan Aiman bermaksud ‘Yang bertuah’….!!…

…Dan berkongsi kisah ringkas Aiman di slot WHI, TV3 sebenarnya cukup memilukan….Saya menahan sebak hampir di sepanjang program….Teringat Aiman yang berjuang sejak dalam kandungan hingga kini….Memohon pada Allah supaya saya diberi kekuatan untuk terus berkongsi kisah…

 Moga kemunculan kami tempoh hari membuka mata mereka yang di luar sana dan membangkitkan semangat pada ibu bapa yang punya anak istimewa untuk terus berjuang…

Terima kasih kepada WHI TV3 yang sudi menjemput kami….Layanan mereka cukup bagus!! Sempat juga bergambar dengan Lisdawati dan Neelofa yang kebetulan datang untuk slot selepas kami..

Kenangan manis untuk dikenang sepanjang tahun 2012 ini…!!

2 responses to this post.

  1. sentiasa ceria n gembira aiman ensem ni…

    Reply

  2. Posted by syikin on November 27, 2012 at 12:17 pm

    semoga tabah mengharungi dugaan…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: