Aiman & Mesin ABR..

Menemui Miracle Kids, Singapura yang datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini, bukan sahaja untuk menimba ilmu, menilai kembali teknik latihan manual saya…juga untuk mengambil mesin ABR yang disewa….Sebenarnya, semasa di Singapura, Sarah sudah menggalakkan kami menyewa mesin ini….Tetapi memandangkan pada masa itu, kami tidak mempunyai bajet untuk mesin ini, kami terpaksa menyimpan impian dahulu…Deposit dan minimum 4 bulan penyewaan mesin sahaja sudah mencecah hampir RM10k…..

Untuk apa mesin ini? Mesin ABR bertindak sebagai latihan tambahan bersama latihan manualnya..Apa yang menguntungkan, mesin ini tidak menjadi penat seperti tangan saya….ia boleh digunakan secara optimum sehingga 8 jam..dan kami menggunakannya semasa Aiman sedang tidur atau duduk…Saiznya kecil seperti komputer riba….Dan aplikasinya meliputi latihan untuk keseluruhan badan manusia…

Memandangkan kami sering melakukan perjalanan terapi jarak jauh, suami membeli ‘power inverter’ pada harga RM 100++ untuk kegunaan dalam kereta….Kata Kim Hong, salah seorang ‘ABR Certified Trainer’, kami mungkin orang yang pertama menggunakannya di dalam kereta…!!

Sewa bulanan mencecah RM900…Sebelum membuat keputusan menyewa mesin ini, kami terpaksa menimbang semula perbelanjaan kami…Akhirnya mencapai kata sepakat…Antaranya kami mengambil keputusan utuk mengurangkan perjalanan terapi jarak jauh daripada setiap minggu ke 3 minggu sekali..Kami bukan sahaja dapat menjimatkan kos perbelanjaan perjalanan tetapi memberi perhatian yang lebih pada latihan ABR di rumah….

Dari 3 jam sehari, kini kombinasi latihan manual + penggunaan mesin ABR mencecah 6-10 jam sehari…Meningkat 2-3 kali ganda…

Moga Aiman dapat memperolehi lebih kebaikan nanti…Amin!!

http://www.miraclekidz.com

http://www.blyum.com

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: