Tribute untuk Siti Nur Najwa…

Siti Nur Najwa, anak syurga Cerebral Palsy yang pergi menemui Ilahi semasa tidurnya pada hari Sabtu, 20 Oktober lalu…..Anak syurga yang dekat di hati bila mana perkenalan kami bermula bila ibu Najwa mula mengikuti blog saya pada awalnya….Sebelum mengikuti langkah kami membawa Najwa dari Pulang Pinang ke Gedangsa,Plaza Pekeliling juga ke Setiawan untuk rawatan alternatif/terapi…..

Bila pagi Sabtu itu suami memberitahu menerima sms daripada abang Sabri tentang Najwa yang meninggal dunia….Saya amat terkejut dan hampir  tidak percaya kerana hanya pada hari Khamis 2 hari sebelum itu, kami ke rumah Najwa untuk sesi terapi pertuturan bersama Mr. Mano…..Malu-malu Najwa bila saya menegurnya…dan Najwa kelihatan ok2 sahaja dari pandangan mata kasar saya….

Bila abang Sabri memberitahu jenazah akan dikebumikan selepas Asar, kami mengambil keputusan pergi selepas Zuhur….Rupanya pengebumian jenazah dilakukan lebih awal dari yang dirancang setelah semua adik-beradik Najwa dapat sampai ke rumah lebih awal….Sempat melihat jenazah diturunkan dan disemadikan……dan hujan lebat seketika mengiringi pemergian Najwa…

Ada sesuatu yang cukup indah bila melihat gambar2 terakhir arwah yang ditunjukkan kepada kami……Wajah anak syurga ini berseri-seri tanpa tiub…..bercahaya dan tersenyum…..Sungguh, arwah benar2 tersenyum…seolah-olah melihat gamitan tangan kawan2nya yang setia menanti di taman syurga….Terharu dengan kekuatan abang Sabri dan kak Fazilah yang masih mampu tersenyum…Kata kak Fazilah…Najwa sudah selamat di sana….Cukup redha dengan pemergian anak bongsunya…..

Selepas 6 tahun berjuang, akhirnya anak syurga ini pulang dengan penuh ketenangan………Al-Fatihah…!! 

 

2 responses to this post.

  1. Posted by umminajwa on December 14, 2012 at 2:43 pm

    JAZAKILLAHIKHAIRAN KATHIRA atas tribute ini.Marilah kita sama2 doakan moga rohnya dicucuri rahmat ALlah swt.Al-Fatehah. Ameen.
    Didoakan agar Ju sekeluarga akan terus diberikan kekuatan, ketabahan & kesabaran dlm meneruskan’ perjuangan’ ini. Agar segala yg kita lakukan menjadi ibadah & bekal kita di akhirat kelak.

    Reply

  2. Amin…Terima kasih kak..!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: