ABR ke Malaysia…!!

Hari Sabtu 3 Nov 2012 bertempat di Eastin Hotel, Petaling Jaya mencatat sejarah bila akhirnya ABR (Miracle Kids, Singapore) dapat dibawa ke Malaysia….Walaupun agak mustahil pada mulanya…Saya pernah bertanyakan perkara ini kepada Jensen semasa di Singapura…Jawapannya, mereka memerlukan sekurang-kurangya 10 peserta yang dapat mengikuti program ini …dan itulah juga yang saya khabarkan kepada rakan2 di MyCP…

Namun, bila kak Hakimah bersungguh bertanya kemungkinan ABR dapat dibawa ke Malaysia, saya cuba menghubungi Puan Kim Hong Yap, salah seorang jurulatih bertauliah ABR yang berasal dari Johor….Setelah pertimbangan demi pertimbangan, Miracle Kids bersetuju untuk datang sekaligus merealisasikan impian ibu bapa yang mempunyai anak2 Cerebral Palsy khususnya di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ABR ini…Malah mereka turut dapat mengikuti keseluruhan program ini tanpa perlu ke Singapura…!! 

Gembira bila akhirnya, lebih ramai ibu bapa di sini dapat membawa anak2 mereka mengikuti program ini….Harapnya di masa depan, lebih ramai yang bakal menyertai program ini nanti..!!

http://www.miraclekidz.com

http://www.blyum.com

Leave a comment