Kami & Aiman @ Alor Setar, Kedah…

Kembali dari Kuala Lumpur, rehat sehari sebelum bertolak sebelah malamnya usai solat Maghrib menuju ke Alor Setar pula…Pertama kali Aiman diminta oleh pakar kanak2 di Hospital Sungai Petani untuk melalui ujian EEG selepas episod tidak sedarkan diri di pagi Syawal….

Apa itu EEG? EEG ialah singkatan nama daripada’Electroencephalogram’ salah satu teknologi untuk mengukur aktiviti elektrik otak melalui siri elektrod yang dilekatkan di kulit kepala. Satu lagi nama untuk EEG adalah Ujian Gelombang Otak. EEG boleh membantu mendiagnosis beberapa keadaan, termasuk epilepsi, gangguan tidur dan ketumbuhan otak. Seseorang yang mempunyai epilepsi mungkin mengalami sawan kesan daripada provokasi yang dicetuskan oleh pelbagai rangsangan yang digunakan dalam prosedur, termasuk lampu yang berkelip. Jadi, ujian ini amat penting untuk kami mengetahui status aktiviti elektrik otak Aiman, keadaan sawan yang mungkin dihadapinya dan ubatan/rawatan susulan…..

Untuk itu…daripada hotel, kami menuju ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah sekitar 6.45 pagi…kami pernah datang ke hospital ini setahun lepas untuk Aiman melalui ujian MRI…Jadi tidak sukar untuk suami mengingati arah jalan ke hospital ini…

Selepas pendaftaran, prosedur pertama… Aiman perlu makan ubat tidur!! Penting kerana ujian EEG perlu dilakukan semasa kita berada dalam keadaan ‘deep sleep’ untuk mendapat bacaan tepat aktiviti elektrik di otak.  Lepas mengambil ubat tidur, kami ke kafeteria hospital…cadangnya untuk mengambil sarapan sebelum Aiman tertidur….dan Aiman mula lali, tapi masih meminta nasi lemak untuk disuap…sekejap jaga balik, sekejap lali balik….lucu pun ada melihat Aiman yang hampir mahu tidur, terus bangun bila mendengar Alya mahu minum air kotaknya..!!

Aiman tidur….Terus kami ke bilik EEG….Tapi bila letak sahaja Aiman atas katil, sudah celik kembali…Lihat pula komputer di sebelah, apalagi minta saya pasangkan…Sabar jerlah dengan Aiman….Sebab tak mahu tidur2….Aiman kena makan dos kedua….tak lama, terus tidur lena di bahu suami dan ujian EEG selamat dilakukan….

Kata jururawat yang bertugas, laporan berdasarkan keputusan EEG Aiman akan siap dalam tempoh sebulan…dan akan dihantar ke Hospital Kulim…

Nak tahu apa jadi pada Aiman selepas EEG???? dari HBSB Alor Setar, singgah makan tengahari di restoran popular Haji Ramli di Pekan Simpang Empat, singgah ke Sungai Petani, pulang ke Kulim…hingga jam 5 petang baru Aiman terjaga daripada tidur…7 jam !! Alhamdulillah, bangun dari tidur, terus Aiman makan,minum dan tak lupa cerita Upin Ipinnya…

Semoga keputusan EEG Aiman nanti lebih positif daripada yang sebaliknya… Yang pasti, kami sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan Aiman nanti dengan hati yang terbuka…..dan tidak akan patah usaha kami untuk melihat Aiman terus sihat dan maju….!! Ganbatte!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: