Aiman & ABR @ Home…

Sejak balik dari Singapura awal September lepas, bermulanya sesi ABR Aiman di rumah selama 3 jam setiap hari….Pada Dr Sham, saya khabarkan, kami terpaksa memberhentikan dahulu temujanji dan program latihan yang dilalui oleh Aiman sebelum ini….Objektif utama kami sekarang ialah untuk memulihkan dan menguatkan sistem muskuloskletal Aiman….

Minggu pertama, saya hampir tertidur bersama Aiman semasa sesi ABR di rumah….Pada mulanya, tidak biasa dengan pergerakan yang sungguh lembut, perlahan tetapi memerlukan konsistensi…Alah bisa tegal biasa….

Aiman juga sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan rutin baru kami…..Sambil menonton Upin Ipin di netbook saya, Aiman memberi kerjasama yang baik….Tapi kerjasama yang paling baik tentulah semasa Aiman sedang lena tidur….!! 

Kebas juga tangan bila selesai satu sesi….Sesekali terasa sakit tapak tangan dek beban yang tidak diletak di tempat sepatutnya….Adakala saya mahu menangis….Ya…ABR memerlukan kesabaran yang cukup tinggi selain fokus….Tetapi cukup puas dan bersyukur bila saya dapat menghabiskan 5 sesi yang diberi kepada kami walaupun ada harinya kami tidak dapat melengkapkan sesi kerana perjalanan jarak jauh dan terapi Aiman…Suami juga mengambil tanggungjawab berkongsi membuat setengah daripada 1 sesi di sebelah malam….Terima kasih Pa!!

Yang pasti ABR juga mengingatkan saya pada kata-kata di bawah ini…

Moga Aiman ‘bertemu jodoh’ kali ini…..Amin…..!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP..!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: