Aiman @ Miracle Kids, Singapore (Part 1)

Perjalanan terapi jarak jauh untuk Aiman kali ini yang paling jauh…Dari Kedah ke Singapura…perjalanan terapi yang dianggap mimpi pada penghujung tahun lepas…menjadi realiti dengan izin-NYA pada 1-2 September 2012…Kami mengorak selangkah lagi dalam usaha memberi yang terbaik untuk pemulihan dan pembangunan Aiman Si Hebat CP…. dan masanya telah tiba untuk kami mencuba ABR…

ABR ialah singkatan nama untuk ‘Advanced BioMechanical Rehabilitation’…Diasaskan oleh Leonid Blyum, merupakan satu rawatan pemulihan bagi pembetulan semula struktur ‘musculoskeletal’ manusia yang mengalami masalah…Pembetulan struktur ‘musculoskeletal’ terlebih dahulu mampu menjadikan proses ‘brain plasticity’ menjadi lebih efisyen.

Saya mula mengetahui tentang ABR apabila membaca komen dari seseorang di ‘page’ ‘Hope to Walk’…di mana kemudiannya saya menghantar mesej kepada Puan Fadzidah untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan alternatif yang dimaksudkan…dan ia terhenti di situ apabila mengetahui rawatan pemulihan ABR ini, paling dekat ditawarkan di Singapura…Masa berlalu, dan bila saya melihat video2 tentang ABR kembali, hati mula terusik…

Walau menjalani  latihan dan stimulasi di rumah secara konsisten, kebelakangan ini, naluri saya kuat mengatakan ada yang masih tidak kena pada tubuh Aiman…Perkembangan mobiliti Aiman seolah-olah terhenti…Aiman tidak lagi mahu belajar merangkak..sedangkan sebelum ini Aiman sentiasa berusaha…Aiman juga tidak mahu di’hanging’ lagi…Hingga akhirnya saya terpaksa berhenti melakukan aktiviti tersebut…Kaki Aiman juga mula bertambah silangnya…Walau berat Aiman makin meningkat, keseimbangan badan yang  nampak makin bertambah baik, kedua kaki  dan tangan kanan Aiman juga semakin nampak bertenaga dan mampu melakukan latihan ‘sit-up’, ia tidak mampu menghilangkan kegusaran saya…dan akhirnya saya memberanikan diri menghantar email kepada wakil ABR di Singapura – Miracle Kids untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ABR ..dan saya juga menghubungi semula kak Fadzidah untuk bertanyakan pendapat dan pengalamannnya tentang ABR….dan akhirnya saya semakin yakin untuk mencubanya….

Pelaburan kali ini yang termahal…17k setahun..dan kami perlu ke Singapura 3x dalam tempoh setahun…Setelah berbincang secara amat serius dengan suami, akhirnya kami  mengambil keputusan ke Singapura!!

Ternyata naluri dan telahan saya tentang Aiman benar. Walaupun nampak luaran Aiman semakin maju walau perlahan, struktur dalaman Aiman masih lemah sebenarnya. Ia seperti bangunan cantik yang nampak dari luarannya tetapi menunggu masa untuk runtuh akibat struktur bangunan yang lemah….Itu yang saya boleh gambarkan tentang keadaan Aiman…

Cerita Sarah, ‘ABR Trainer’ tentang kisah 2 kanak2 CP yang sudah boleh berjalan tetapi pada satu ketika rebah dan tidak mampu untuk melangkah lagi sudah cukup menakutkan saya…Kata Sarah, puncanya bila struktur ‘musculoskeletal’ mereka yang agak lemah pada awalnya dan tidak disedari, menjadi semakin lemah di mana akhirnya tidak mampu menampung keadaan kanak2 ini yang semakin menginjak umurnya…

…dan kisah tentang 2 kanak2 ini menyakinkan kami bahawa kami datang tepat pada masanya apabila tubuh Aiman sudah mula memberi ‘signal SOS’…

Melalui penilaian dan latihan asas selama 2 hari, merungkaikan mengapa dan mengapa kemajuan mobiliti Aiman terhenti….mengapa Aiman memberi reaksi negatif tidak mahu di’hanging’ lagi…mengapa paru2 Aiman bermasalah, mengapa kaki Aiman mula bertambah silangnya, mengapa ‘hip dislocated’ boleh berlaku…semuanya terjawab di Singapura…Tidak menyangka leher Aiman yang dikira kuat bagi kami, rupa2nya juga mempunyai masalah!

Untuk sesi permulaan ini, kami diberi 5 latihan yang perlu dilakukan di rumah selama 3 jam sehari…Latihan ‘3Q-Stomach & Chest’, ‘Ball Rolling-Upper Cross’, ‘Ball Rolling-Chest’ dan ‘Egg Rolling-Upper Cross’…dengan objektif utamanya “to strengthen the internal fascia and attachments and achieve compressional strength as hydrostatic support for the trunk”.

Setiap latihan disertai dengan demo dan praktikal. Nampak mudah…tetapi ia tidak semudah yang disangka. Lembut, perlahan dan konsisten menjadi kunci utama latihan ABR ini…untuk mendapat rentak, pada mulanya sudah membuat saya berasa agak stres….Alhamdulillah, perlahan2 kami mendapat rentaknya…

Sepanjang 2 hari berada di Singapura, ada 2 perasaan yang mengusik jiwa saya…Pertama, saya berasa amat2 bersyukur kerana dengan izin-NYA kami dapat membawa Aiman untuk mengikuti program pemulihan ini. Kedua, terasa sedih bila teringat kawan2 yang komited pada pemulihan & pembangunan anak2 istimewa mereka tetapi belum berpeluang menyertai rawatan pemulihan ini. Bagaimana ABR dapat membantu anak2 CP yang mempunyai masalah ‘musculoskeletal sytem’  untuk mampu duduk, merangkak, berdiri dan melangkah…. Di mana kelemahan ‘musculoskeletal sytem’  adalah di luar jangkauan kita sebagai ibu bapa untuk menyedarinya…

Kini, kemajuan Aiman melalui kaedah ABR menjadi fokus dan tanggungjawab kami…Walau ia akan mengambil masa, kami amat berharap agar Aiman pulih daripada masalah  ‘musculoskeletal sytem’ yang dihadapinya sekarang dan kembali maju dalam perkembangannya selepas ini nanti..Insya-Allah…Ganbatte!!

http://www.miraclekidz.com

http://www.blyum.com

http://networkedblogs.com

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

3 responses to this post.

  1. Alhamdulillah..rezeki anak syurga.Semoga aiman semakin berkembang dan terus maju.

    Reply

  2. Posted by linda on September 14, 2012 at 10:52 am

    Salam…. Minggu lepas anak saya berumur 3 tahun baru sahaja didiagnosed sebagai CP diplegia( berjalan dengan kaki berjingkit2) dan masalah GDD. Saya mula mengumpul pelbagai maklumat sebelum mengambil langkah seterusnya supaya anak saya dapat berjalan secara normal. Sehingga saya berjumpa blog ini yang sangat informatif dan konsisten. Terima kasih banyak atas perkongsian ini dan TERUSKANLAH BERUSAHA DEMI AIMAN SEHINGGA BERJAYA!!

    Reply

  3. TQVM Linda!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: