Aiman, Pagi Syawal & Biru

Usai solat sunat Aidilfitri, kami terus pergi menziarahi kubur arwah abah yang terletak berhampiran kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok…Kali ini, terasa berat benar untuk meninggalkan pusara abah…Semasa suami meletakkan Aiman dalam kereta sebelum beredar, Aiman merengek kecil sebelum sesuatu yang tidak kami jangkakan akan berlaku….

Melihat Aiman yang secara tiba-tiba nampak kurang bertenaga, saya dan suami mengagak mungkin Aiman keletihan dan dahaga..Tetapi Aiman menolak bila disua straw minuman kotak kepadanya….dan selepas itu dalam masa kurang daripada 10 minit, semuanya berlaku dengan begitu pantas…saya cuba titiskan air kotak ke dalam mulut Aiman..air yang dititik hanya keluar semula begitu sahaja….Muka Aiman kelihatan pucat..Saya bacakan ayat Kursi sambil mengusap badan Aiman yang berada di pangkuan saya…Tetapi apa yang saya nampak Aiman semakin lemah…Bibir Aiman yang pucat mula menjadi biru…dan kakinya mula nampak kekuningan…Ketika itu kami sudah berada di simpang empat keluar dari Laguna Merbok dan melihat keadaan Aiman begitu, kami mengambil keputusan untuk membawa Aiman ke hospital terdekat secepat mungkin…

Suami terpaksa menggunakan ‘hazard light’, membunyikan hon kepada kereta2 di depan dan menurunkan tingkap untuk meminta kami diberi laluan kecemasan…Mujur mereka memahami situasi kami….Dan dengan simpang empat besar, suami berhati-hati, memberi isyarat lampu, membunyikan hon berterusan untuk meminta diberi laluan, sementelah lampu isyarat kami masih merah…Suami memecut laju setelah diberi laluan sepenuhnya….
Aiman semakin lesu, semakin tidak bermaya..ada ketika matanya hampir tetutup rapat..tetapi bila ditepuk badannya, Aiman membuka kembali matanya….Saya sudah mula menangis ketika itu….Tidak henti-henti saya cuba bercakap dengan Aiman diselang-seli dengan bacaan Ayat Kursi dan Allahuakbar….Semasa kami semakin hampir dengan Hospital Besar Sultan Abdul Halim, Aiman tidak sedarkan diri sepenuhnya…mata Aiman tertutup rapat…Walau saya cuba menepuk-nepuk muka dan menggoncang badannya, Aiman diam kaku….”Aiman, hidup Aiman…..Ma sayang Aiman, Allahuakbar…..Hidup Aiman…Aiman kena hidup, Ma nak bawa Aiman pergi Singapore…Aiman kena hidup..”..Berulang-ulang kali saya bercakap pada Aiman dan air mata semakin deras turun…dengan pelbagai persoalan, gambaran masa lalu tentang Aiman menerjah otak fikiran bertubi-tubi….Dan terlintas di fikiran, kami akan kehilangan Aiman di pagi Syawal…..Aina dan Alya yang sedang berada di tempat duduk belakang mula menangis sambil memanggil-manggil nama Aiman…..
Sampai di pintu unit kecemasan, saya turun dengan pantas mendukung Aiman….Di wad kecemasan Aiman terus diberi oksigen dan Aiman seperti tersedar dan menangis kuat….Alhamdulillah…Cukup lega mendengar Aiman menangis…..Setelah keadaan nampak stabil, Aiman dimasukkan ke wad untuk pemerhatian…
Dalam sejam di wad, Aiman semakin baik keadaannya..Aiman meminta air dan roti yang dibeli suami…Dalam masa 2 jam kemudiannya, badan dan kaki Aiman perlahan-lahan kemerah-merahan semula….Alhamdulillah..tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya di pagi Syawal bila melihat Aiman tersenyum semula…Kami saling bermaafan selepas nenek Aiman dan ahli keluarga lain berkumpul di hospital…Petang, Aiman semakin pulih dan aktif seperti biasa…Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Namun hati tertanya-tanya punca Aiman tidak sedarkan diri…Ujian darah Aiman menunjukkan keputusan yang normal….Doktor yang bertugas juga tidak dapat mengesahkan jika Aiman telah diserang sawan...
Bila doktor pakar kanak-kanak datang keesokan harinya, setelah meneliti semua maklumat lepas (Aiman pernah diserang sawan semasa hari ke-2 kelahirannya di NICU) dan keadaan terkini, doktor pakar berpendapat Aiman mungkin diserang sawan….Doktor bertanyakan kepada kami adakah kami mengetahui tentang status otak Aiman dan kemungkinan2 yang bakal berlaku..Kami mengangguk tanda kami faham tentang PVL dan risiko yang Aiman hadapi…Kata doktor PVL Aiman yang di tahap ‘severe’ menyebabkan Aiman mempunyai risiko yang cukup tinggi untuk diserang sawan…
Kerana itu jugalah selama ini, saya dan suami memberi Aiman ‘supplements’ untuk menghalang berlakunya sawan…Walau Aiman nampak cukup sihat 2 tahun ini, saya masih memantau kesihatannya kerana bimbang Aiman diserang sawan…
Aiman dibekalkan dengan Epilim sementara menunggu temujanji dibuat untuk ujian EEG di Hospital Besar Alor Setar…dan Aiman dibenarkan keluar hospital tengahari Syawal kedua…
Kami mengambil keputusan untuk tidak memulakan ubat sawan Epilim kepada Aiman….Mengapa?? Epilim bukan penyelesai masalah jika benar Aiman diserang sawan….ia bersifat sementara dengan pelbagai kesan yang lebih banyak negatif daripada positifnya…Dan diakui sendiri oleh doktor pakar….
Menuju ke Kuala Lumpur semalam untuk mencari punca sebenar mengapa Aiman diserang sawan dan jalan mengatasinya….dan kami bertemu jawapan dan cadangan penyelesaiannya….!! Yang pasti, rejim latihan yang dilalui Aiman sekarang bukan puncanya!!
Jika benar Aiman diserang sawan, kami menerimanya dengan redha walau telah berusaha untuk mengawalnya….Namun, kami tidak akan beralah dengan situasi baru ini….Mood raya hilang begitu sahaja tahun ini….tetapi yang pasti, semangat kami menjadi semakin kuat untuk terus mencari,mencari dan mencari penawar bagi segala keadaan yang dihadapi Aiman….”Ya Allah, berikanlah ihsan, berkat dan rahmat-Mu dalam usaha dan perjuangan kami untuk Aiman Si Hebat CP..” Ganbatte!!
“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

3 responses to this post.

  1. Posted by oneneym on August 22, 2012 at 8:57 am

    Strong k ju!

    Reply

  2. Posted by ct-su on August 23, 2012 at 4:37 am

    saya pernah berhadapan situasi yang sama pada raya 2008 bila Haziq tiba-tiba biru dan saya pun ingat dia dah tiada waktu itu. Bila nak dibawa ke hospital tiba-tiba dia sedar. Kami tak bawa dia ke hospital sebab tak mahu ditahan, lagipun kami tahu itu salah satu bentuk sawan yang dialami Haziq. Berbekalkan ubat sawan yang ada itulah kami suakan ke Haziq tapi perasaan yang hadir tak terbendung rasanya…Kuatkan semangat ye Kak Ju. Saya percaya Kak Ju ada semua itu…

    Reply

  3. TQVM Wanie & Su..Insya-Allah!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: