Aiman & Doc Wan @ Setiawan (Part 2)

Semalam seperti biasa jika Dr Wan ada,  pasti setiap minggu seawal pagi, kami akan datang untuk membawa Aiman ke sesi fisio bersama Dr Wan…dah hampir setahun…Sejak 3 bulan lepas juga, kami mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan rawatan Kak Raw di Gedangsa, setelah 29 minggu berturut2 kami berkejar ke Gedangsa….Sekarang untuk sesi fisioterapi, Aiman hanya mendapat sentuhan Dr Wan dan Dr Sham…Selainnya ‘home program’ di rumah…

Alhamdulillah, Dr Wan beritahu, kekejangan (stiffness) Aiman makin berkurangan…dan Aiman berada dalam keadaan yang bagus….Kebelakangan ini, kerap kali Dr Wan memberitahu kami, Aiman ini hanya tinggal ‘matter of time’ dan rezeki dari-NYA…Jadi kami harus bersabar menunggu detik itu dan jangan sesekali kami berputus asa, pinta Dr Wan berulang kali….

Hari ni, saya nak kongsikan foto2 Aiman semasa sesi fisio bersama Dr Wan..Sudah masuk langkah ke-27 kata Dr Wan daripada 80++ langkahnya…

Dulu, masa Mak Teh Aiman pergi bersama kami, Mak Teh Aiman sampai menangis  melihat Aiman….Mungkin Mak Teh Aiman menjadi begitu sebak melihat Aiman yang perlu melalui sesi yang perit….Sementelah Aiman menangis sepanjang sesi bersama Dr Wan….Sekarang Aiman sudah kurang tangisannya…Kata Dr Wan, badan Aiman sudah dapat menerima kesakitan semasa sesi dijalankan dan dalam masa yang sama berlalu sudah sesi2 yang amat memeritkan Aiman….

Jom lihat foto2 di bawah…

Tahap mana kesakitannya??? Suami juga pernah beberapa kali mendapat sentuhan Dr Wan..sampai berkerut muka dan mengerang kesakitan…jadi kami tahu mengapa Aiman menangis…!!

Habis sahaja sesi, pasti Dr Wan akan cium dan peluk Aiman…dan sebelum pulang Aiman akan cium tangan Dr Wan pula!! Dan itulah rutin Aiman di setiap hujung minggu….Dari Kulim ke Setiawan……Ganbatte!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

7 responses to this post.

  1. mama first time jumpa Aiman kat sini..sangat sakit hati bila dengar Aiman nangis. Rasa nak pergi marah Dr Wan je..sedih sangat

    Reply

  2. Posted by sakinah muslim on August 6, 2012 at 3:52 am

    Di bulan Ramadhan yang mulia ini,bulan di mana doa dikabulkan, saya berdoa pada Allah, semoga Aiman (tak pernah jumpa, tapi sangat dekat di hati) cepat sembuh dan dapat berjalan seperti kanak-kanak lain. Rasa kasih sangat setiap kali menatap wajah Aiman di fb. Btw, Aiman bertuah sangat dapat ibu setabah Ju.

    Reply

  3. salam…alhamdulillah sy tjumpa blog ni…sy mencari2 mna tpt yg ssuai n tdekat utk bantu ank sy CP: spastic diplegia..da 3 thn umo dia..dgn kak raw da try..rupanya ada jgk yg tdkt cuma sy x tau je kt area sitiawan ni..padahal sy dok kt TLDM Lumut je..tq byk2..harap dapat bkongsi ilmu -ct marlina

    Reply

  4. Saya pon ulang alik seremban- setiawan…sblm ni Kulai – setiawan…utk rawatan anak saya..penyakit thalassemia…:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: