Aiman @ Great Life Physio & Rehabilitation

Apa itu Kinesio Tape? Tape elastik ini sebenarnya sudah berusia lebih 25 tahun. Ia dicipta oleh Dr Kenzo Kase yang berasal dari Jepun dan mula diperkenalkan pada Sukan Olimpik 1988, di mana Kinesio tape ini mula menjadi fenomena dalam industri sukan dengan keberkesanannya dalam mengurangkan kesakitan kesan daripada otot atlit yang cedera, mengurangkan tekanan pada ‘overused muscles’ dan pelbagai faedah lain.

Masa berlalu…melalui penyelidikan, Kinesio tape kemudiannya telah digunakan dalam bidang rawatan/pemulihan untuk mereka yang kelainan upaya. Bagi kanak2 Cerebral Palsy, Kinesio tape ini dapat membantu mengurangkan spastik, menguatkan otot yang lemah , memudahkan paten pergerakan, mempertingkatkan fungsi skil motor, membetulkan struktur tubuh dan lain2.

Sebenarnya Kinesio Tape ini diperkenalkan dalam ‘group SMSD’ oleh Puan Siti Fazilah, pemilik Great Life Physio & Rehabilitation…Mencari2 masa yang sesuai..Alhamdulillah kelmarin, selepas sesi fisio bersama Dr Wan di Setiawan, kami terus ke Kota Damansara untuk sesi temujanji bersama Puan Siti Fazilah pula…

Selepas bertanyakan latar belakang Aiman dan penerangan ringkas tentang Kinesio Tape,  Puan Siti Fazilah mula menilai keadaan tubuh Aiman dan menunjukkan bahagian2 yang sesuai untuk mula di’taping’ dengan teknik yang betul.

Secara asasnya, sebelum ‘taping’ dimulakan :

1) Pastikan kulit dalam keadaan kering dan bersih.

2) ‘Taping’ dilakukan dengan lebih regangan dalam posisi asal anak.

3) Tape tidak ditarik di atas kulit sekadar melekatkannya.

Istimewanya, Kinesio tape boleh bertahan selama 3-5 hari….tidak mudah tanggal semasa mandi atau melakukan aktiviti…Yup, memang betul…Masuk hari ke-2, tape yang dipakai Aiman masih kekal di kulit.

Terharu bila Puan Siti Fazilah memberitahu, dia sanggup membatalkan urusannya di Johor semata-mata mahu berjumpa Aiman..!! Terima kasih Puan Siti Fazilah…untuk masa yang diluangkan kepada kami, juga atas ilmu yang dicurahkan kepada kami untuk Aiman Si Hebat CP. Moga2 Aiman akan lebih maju nanti..Insya-Allah..Ganbatte!!

Great Life Physio & Rehabilitation, 

1: NW 0303A Cova Square, Jalan Teknologi, PJU5, Kota Damansara, Petaling Jaya,47810 Selangor.

2: Lot 6, UTM Technovation Park, Skudai, Johor.

H/P untuk dihubungi : 014 2233193

http://www.greatlifephysio.com.my

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: