Tribute untuk Putera Kecil…

18 Jun 2012-Saya cukup teruja bila Fidah memberitahu sudah turun tanda untuk bersalin..Masih mampu bertenang walaupun ketika itu berada di bengkel dek enjin keretanya tidak dapat dihidupkan selepas menghantar Janna ke sekolah….Namun menjelang petang, hati mula tidak tenteram…Malamnya melalui sms, Fidah memberitahu sudah berada di wad…Entah mengapa hati semakin tidak tenteram…Saya buat tidak endah dengan perasaan sendiri….2-3 malam sebelum itu saya bermimpi seseorang yang rapat yang telah pergi….Saya agak gusar..kebetulan atau tidak, jika saya bermimpi dirinya, seolah-olah memberi isyarat kepada saya tentang perkara luar jangkaan yang bakal berlaku….

Saya terjaga dari lena……Terus teringatkan Fidah..sedang sakitkah dia, sudah bersalin ke dia….selamatkah kedua2nya…berzikir…saya tertidur semula diulit mimpi…

19 Jun 2012-hati semakin tidak keruan bila tidak mendapat sebarang berita dari Fidah, saya cuba menghubunginya tapi tiada jawapan…Petangnya saya telefon lagi..kali ini berangkat..Azli suami Rafidah yang menjawabnya..Saya tanya keadaan Fidah dan anaknya….Azli beritahu Fidah dah bersalin anak lelaki….dan Fidah sedang tidur keletihan…itu sahaja..Alhamdulillah…!!Lega rasanya mendengar perkhabaran itu…Pantas saya meng’update’ status terkini…

Malamnya berempat bersama Mummy Rizki, Mazni dan Noina kami bersetuju ingin bikin kejutan…hadiah untuk putera kecil kami minta dihantar terus ke rumahnya..!!

20 Jun 2012-Bila membaca sms Fidah pada subuh hari tadi..saya terkedu…Terus saya sms beberapa kenalan rapat untuk memberitahu kondisi sebenar..Saya buka FB …berdoa dan terus berdoa sambil menanti perkembangan Fidah dan putera kecil……

Awal petang, menerima berita…..dan itulah takdirnya…Putera kecil berusia sehari dijemput Ilahi.

Ingin sekali saya pergi ke Semenyih..ingin sekali saya peluk Fidah kuat2 untuk menenangkannya…Menitis air mata tidak dapat bersamanya ketika badai melanda…sahabat yang juga  punya anak istimewa.. yang berkongsi suka duka selama ini…

Damailah dikau, putera kecil di sana…didakap erat saudara kandungmu yang telah menanti mu di sana…Al-Fatihah untuk si putera kecil…!!

Semoga Fidah dan suami menerima takdir ini dengan redha…..Semoga akan datang senyuman selepas diujiNya….

 

4 responses to this post.

  1. Posted by kimmohd on June 21, 2012 at 9:24 am

    knowing the anticipation and hopes for the new baby, especially in helping Janna – because we discussed this a lot for those who cn still hv babies, medically, physically and emotionally, it is such a heart rending outcome, but then again Allah knows best .. ada hikmah di sebaliknya, ada cahaya di sebalik mendung yg seketika.

    Reply

  2. apa maksud akak – didakap erat saudara kandungmu yang telah menanti mu di sana….sblm ni perkara ni pernah berlaku pd fidah ke ? means baby sehari ni, anaknya yg ke 4 ke ?

    Reply

  3. kak, bunyamin’s toys yg jual bilibo tu ada kat kulim la kedai nya..http://bunyaminstoyco.blogspot.com/ …saja je nak habaq mai..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: